FAN SSFC

Friday, December 30, 2011

Perlawanan Futsal

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's yang dihormati. Seperti kita sedia maklum, semalam SSFC telah mengadakan perlawanan futsal pada sebelah petang untuk persiapan dan juga latihan ringan bagi saingan padang akan datang. Laporan telah disediakan oleh JP PENASel :



SHAH ALAM, Selangor -
Bertempat di gelanggang futsal Triways Padang Jawa, telah diadakan perlawanan futsal anjuran pemain-pemain SSFC sendiri dalam mempersiapkan diri menghadapi saingan bola padang pada masa akan datang.

Perlawanan yang berlangsung pada sebelah petang semalam(Khamis) itu berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua terutama pemain-pemain dalam menjayakan perlawanan tersebut. Untuk kali ini, format pertandingan masih sama seperti sebelum ini dimana pemain SSFC telah siap dibahagi kepada empat kumpulan yang terdiri dari Kumpulan A,B,C dan D dimana setiap pasukan juga telah dikumpulkan pemain mengikut posisi masing-masing supaya terdapat keseimbangan dalam setiap pasukan.

Namun, hanya dua orang penjaga gol sahaja yang tidak dapat bermain pada perlawanan semalam. Perlawanan yang dijalankan secara liga untuk pusingan pertama seterusnya ke perlawanan akhir namun, pihak penganjur mendapati ada lebihan masa dan perlu dipergunakan sebaik mungkin dan menukar peraturan perlawanan dimana acara separuh akhir telah dijalankan.


Di bawah adalah gambar-gambar pemenang yang terdiri dari pemain Kumpulan A dan B :




(KLIK FOR FULL VIEW)


Tahniah kepada semua pemain yang menjayakan program berfutsal semalam, anda adalah juara sebenar dan menunjukkan komitmen serta semangat yang tinggi dalam menyokong bola sepak SSFC. Kita akan berjumpa dilain waktu dengan pelbagai topik-topik berkaitan SSFC selepas ini.

Sekian dari meja meja blogger, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!







JP PENAsel

P/S : Semangat kesukanan dari semangat pemain SSFC... :)

Thursday, December 29, 2011

Suka Ria Futsal JP

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Pemberitahuan berkaitan perlawanan futsal pada petang ini :-



SHAH ALAM - Selangor, bertempat di gelanggang futsal Triways, Padang Jawa akan berlangsungnya perlawanan futsal JP Shah Alam bermula jam enam petang ini.

Perlawanan tersebut akan diadakan secara liga dan diwakili oleh empat pasukan.Harap semua pemain terlibat dapat menghadirkan diri tepat jam 6:00 petang ini supaya tidak berlaku kelam-kabut semasa acara dijalankan.



Sekian, Majulah Sukan Untuk Negara!!!





PENA JPSel

P/S : Bemain dengan semangat kesukanan... :)

Thursday, December 22, 2011

Mesyuarat Kelab SSFC

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Agak lama penulis tidak membuat huraian di laman ini memandangkan penulis sedikit sibut kebelakangan ini. Insyaallah, penulis akan cuba memastikan info-info SSFC selepas ini akan dapat disampaikan kepada follower's sekalian. Baiklah, untuk kali ini, penulis ingin menyampaikan sedikit laporan berkaitan Mesyuarat Kelab SSFC yang telah dijalankan baru-baru ini. Laporan telah disediakan oleh PENA JPSel :

SHAH ALAM, Selangor - SSFC baru-baru ini telah mengadakan mesyuarat kelab pada 11 Disember 2011 bertempat ditingkat 19, Unit Harga, Bangunan Darul Ehsan. Pelbagai perkara berbangkit telah diusulkan bagi meningkatkan lagi pasukan. Antara agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat kali ini adalah perlantikan baru bagi membentuk organisasi sedia ada.

Perkara utama diusulkan adalah perlantikan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Jawatankuasa bagi sesi 2011-2012. Ahli mesyuarat telah sebulat suara melantik Encik Zulham Bin Mansor untuk menjawat tugas sebagai Pengerusi. Manakala, jawatan bagi Setiausaha disandang oleh Encik Hashim Bin Rejab. Bagi jawatan Bendahari pula, Encik Zaizullyadi Bin Yasti secara sah memegang jawatan tersebut yang dianggap sebagai jawatan terpenting dalam pasukan.

Bagi Jawatankuasa Peralatan dan Pakaian, masing-masing dipegang oleh Encik Ridzwan Bin Razali dan Encik Nadzri Bin Salleh. Satu lagi Jawatankuasa telah ditubuhkan atas kesepakatan ahli-ahli, Encik Ahmad Fais Bin Misbah telah memegang peranan sebgai Jawatankuasa Riadah iaitu jawatankuasa yang akan memastikan tahap kecergasan pemain akan lebih baik.

Setelah selesai sesi pemilihan jawatankuasa baru ini, mesyuarat diteruskan lagi dengan beberapa perkara berkaitan antaranya isu-isu berkaitan pembayaran atau yuran yang dimana telah dipersetujui sebulat suara, akan dibayar pada dua hari sebelum menjelang sesuatu perlawanan. Pada musim baru ini, Pengerusi bersama ahli-ahli, telah mempersetujui bahawa pemain-pemain(anggota tetap) akan diberi keutamaan pada perlawanan akan datang.

Beberapa perkara berbangkit juga telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut serta mencari jawapan dalam memastikan kelab sentiasa dalam perancangan terbaik. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Sehubungan dengan ini, penulis mengharapkan agar semua pihak dapat bersama-sama dengan organisasi baru ini dalam memastikan perjalanan kelab untuk mengharungi musim 2012 berjalan lancar.Sekian dari penulis, diharap kita dapat bersua lagi dilain masa.


Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara dan juga SSFC!!!




PENA JPsel


P/S : Ingin melihat SSFC lebih kehadapan dimasa akan datang. Hidup SSFC!!! : )