FAN SSFC

Thursday, September 22, 2011

SSFC Kembali Lagi

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's yang dihormati sekalian. Dikesempatan ini, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua terutama para pemain SSFC, peminat SSFC serta semua warga kerja Jabatan Perangkaan Malaysia khususnya dari Negeri Selangor.

Telah lama rasanya penulis tidak menulis diruangan ini memandangkan terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan-tugasan penting yang perlu disiapkan segera. Bagaimana dengan aktiviti terutama kepada para pemain SSFC yang telah berehat lama dari mengadakan pelbagai perlawanan persahabatan.

Buat pengetahuan semua follower's sekalian, dari apa yang saya dapat tahu dan merisik dari pelbagai pihak, ada kemungkinan bahawa ahli jawatankuasa dalam Persatuan Bola Sepak SSFC akan dirombak bagi memberi laluan kepada jawatankuasa yang baru mengambil alih tugas seterusnya memberi nafas baru buat pasukan SSFC.

Tetapi siapa yang layak untuk menerajui jawatankuasa tertinggi dalam persatuan ini yang dapat memberi nafas baru dan menggerakkan pasukan seperti yang telah dilakukan oleh Pengerusi sebelum ini iaitu Dato' Shahrizal bin Alias serta beberapa ahli-ahlinya yang bergerak aktif dalam mengemudi pasukan SSFC ini dengan jayanya pada musim lalu.

Setakat ini sahaja yang dapat penulis sampaikan buat masa ini, sekadar renungan bersama untuk kita dalam memantapkan pasukan untuk menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang.Insyaallah, dikesempatan lain akan penulis ulas lebih lanjut beberapa perkara berbangkit khususnya buat pasukan bola SSFC ini.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara dan Juga SSFC!!!


p/s : Harap ahli kabinet baru lebih bermutu dan tidak jadi macam 'cabinet', kaku je... :)