FAN SSFC

Thursday, March 29, 2012

SSFC BANGKIT KEMBALI

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's yang dihormati sekalian. Bertemu kita sekali lagi diruangan SSFC Blog ini untuk mengetahui serba sedikit perjalanan bola sepak SSFC. Seperti sedia maklum, semalam telah diadakan perlawanan ke-5 buat SSFC menentang pasukan UiTM Fakulti Perakaunan (FP) yang sepatutnya diadakan petang semalam bertempat di Padang JKR, Seksyen 17, Shah Alam. Namun, perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan kerana bertindih jadual perlawanan dengan pasukan lain di padang tersebut.

Perlawanan telah ditunda namun, setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak pengurusan dan sebulat suara, perlawanan dilangsungkan di Stadium Kota Raja, Klang pada pukul 8.45 malam semalam. Berikut sedikit laporan yang telah disediakan oleh PENA JPsel :



KOTA RAJA - Klang : Perlawanan persahabatan diantara SSFC menentang UiTM FP yang berlangsung di Stadium Kota Raja malam tadi adalah perlawanan ke-5 buat pasukan SSFC. Dengan kehadiran penonton lebih 5 ribu orang malam tadi telah membangkitkan semangat kepada SSFC. Jaringan awal bermula apabila ketua pasukan SSFC, Zulham Mansor(gambar kanan) merembat masuk sepakan percuma untuk menghadiahkan gol pertama SSFC menewaskan panjaga gawang UiTM FP.

Perlawanan seimbang dari kedua-dua pasukan namun SSFC berjaya mengawal permainan. Keadaan padang yang terlalu teruk boleh diibaratkan seperti bermain di sawah padi telah merencatkan permainan kedua-dua pasukan. Mujur tiada pemain yang tercedera. SSFC lebih berhati-hati terutama ketika mengawal bola kerana keadaan padang yang licin dan teruk. Beberapa percubaan bahaya dilancarkan oleh UiTM FP ke kubu SSFC yang dikawal sementara oleh panjaga gol gantian, Shalahuddin yang berjaya menepis beberapa kali peluang-peluang UiTM FP. Keputusan kekal 1-0 sehingga wisel separuh masa pertama dihentikan.

Separuh masa kedua bersambung semula, SSFC memasukkan beberapa pemain gantian yang lebih baik untuk memantapkan setiap posisi SSFC. Penjaga gawang gantian SSFC, Shalahuddin digantikan dengan penjaga gawang pinjaman, Khairul Amry. SSFC berjaya mengawal permainan diseparuh masa kedua ini, beberapa siri percubaan dilakukan ke kubu UiTM FP. Antara peluang menarik ketika Firdaus Ghani melorongkan bola kepada Halimi Merun yang cuba merampas bola yang terlepas dari dakapan penjaga gawang mereka namun pengadil lebih awal meniup wisel kerana berlaku kekasaran.

SSFC sekali lagi mendapat peluang apabila, Talib Mansor melambungkan bola melepasi perangkap offside lalu dikejar oleh Razan namun sedikit jauh dari kawalannya. Perlawanan berkesudahan tanpa jaringan di separuh masa kedua ini. Pengadil banyak memberikan kelebihan kepada pasukan lawan. Banyak keputusan yang tidak telus oleh pengadil tersebut namun pemain SSFC cuba mengawal perasaan.

Perlawanan yang dilangsungkan secara 3 half ini telah digunakan dengan sebaik mungkin oleh pasukan SSFC untuk mencari kemenangan akibat keletihan pihak lawan. Perlawanan sedikit tegang dimana, pada minit ke-65, satu terjahan keras dari Nadzri Salleh disebelah kiri padang telah menimbulkan sedikit kekecohan apabila penjaga gawang UiTM FP cuba menjerit dan melepaskan amarah yang cuba dibalas oleh ketua pasukan SSFC, Zulham Mansor namun ditenangkan oleh para pemain kedua-dua pasukan.

Pengadil perlawanan, Gurjeet Singh dari Pakistan berjaya mengawal kekecohan tersebut dan hasilnya satu kad kuning telah dilayangkan malam tadi. Talib Mansor yang diletakkan sebagai Attacking Midfielder, sedikit sebanyak membuatkan pemain tersebut lebih bebas untuk mencari ruang kosong. Ini terbukti, dari satu serangan pada minit ke-71, bola dari larian kencang Azrul 'Messi' disebelah kanan berjaya membuat hantaran silang kedalam kotak penalti UiTM FP lalu dikejar oleh Talib Mansor(gambar kanan) yang menanduk cantik apabila membuat tandukan 'terbang' dihadapan gawang yang gagal ditangkap kemas bola lalu melantun dicelah kangkang panjaga gawang UiTM FP. Kedudukan permainan berubah 2-0.

Pecubaan demi percubaan dilakukan terutama dari sayap kiri, Mohd Qayyum juga sayap kanan, Ahmad Fais namun tersasar. Tidak ketinggalan beberapa percubaan jarak jauh dari Firdaus Ghani dan Razan gagal menemui sasaran. Gol ketiga muncul beberapa minit selepas jaringan kedua, apabila satu sepakan percuma yang diambil dari luar kotak penalti selepas Firdaus Ghani dikasari betul-betul dihadapan pengadil. Sepakan kemas yang diambil oleh Zulham Mansor, gagal didakap kemas oleh penjaga gol UiTM FP lalu berjaya disambar oleh Jefri Jani (gambar kiri)untuk menghasilkan gol ke-3 buat SSFC. Kedudukan kekal 3-0 sehingga tamat permainan.

"Saya amat berpuas hati dengan permainan kami terutama dibahagian tengah kerana bahagian tersebut terlalu rapuh jika diperhatikan beberapa perlawanan sebelum ini." Kata Zulham Mansor selaku ketua pasukan SSFC yang ditemuramah sejurus tamat perlawanan malam tadi.

Barisan pemain SSFC :
Khairul Amry(GK), Zulham Mansor, Shalahuddin, Halimi Merun, Syed Shairazi, Mohd Qayyum, Hisham, Nadzri Salleh, Razan, Azrul 'Messi' Zamahuri, Ahmad Fais Misbah, Firdaus Ghani, Talib Mansor, Mohd Ariff, Jefri Jani


Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!


PENA JPsel


p/s : TAHNIAH buat SSFC, jangan dibuai mimpi diatas segala pujian, teruskan usaha kerana 'kita' ada misi PENTING di Tour D' Kelantan nanti... :)


Tuesday, March 20, 2012

JERSI BARU HARIMAU MALAYA

Apa kata anda...cun.....????

Wartawan kurengskru.com

TERBARU...!!!


MERCURIAL VAPOR 8's


PENA JPsel


P/S : Ada Bran...??!!



Monday, March 19, 2012

GUA TEMPURUNG ROAD TOUR

Assalamualaikum.......
Biro riadah SSFC yang dicintai ini akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Gua Tempurung, Gopeng, Perak Darul Rizuan....
Ini kerana setelah kita berjaya pada trip yang pertama pada tahun lepas...kita KECEWA xdapat masukkan???......kesian........

(muka-muka kecewa xdapat masuk Gua Tempurung )

La Nie.... kita buatlah trip yang kedua...
Tapi......
Trip ini tiada bayaran yang ditetapkan..
Trip ini tiada syarat-syarat dikenakan...
Sapa nak pegi kita kumpul ramai-ramai kat Opis...
Gerak...tumpang-tumpang....
Kolet duit masing-masing...
&&&&&& GOOOOoooo.......
Sedikit Info Gua Tempurung

Tarikh dicadangkan 14 April 2012*tertakluk pd perubahan

Sampai sana pilihan masing-masing nak masuk pakej mana...tapi kena bagitau urusetia awal untuk proses BOOOking....PAHAM.......!!!!!
Segala perbelanjaan pengangkutan adalah urusan tuan punya kereta dan penumpang...pandai-pandailah nak TONG TONG...
Segala perbelanjaan lain seperti makan, minum, rokok, bayaran masuk tandas dan lain-lain ADALAH URUSAN SENDIRI...
post ini hanyalah makluman awal..

Sekian....

Majulah SSFC untuk Diri Sendiri...

Wartawan kurengskru.com



LAUNCHING JERSEY

APA KATA ANDA...??




Sekadar lakaran sahaja...

SATU LAGI JERSEY

Harap maklum, Ada satu lagi jersey yang akan dipaparkan disini. Sila buat pilihan anda...


PEMILIHAN JERSEY TERBARU SSFC



Yang mana satu jersey yang menjadi pilihan anda untuk diguna pakai oleh pemain-pemain SSFC musim 2012

P/S : Pilihan warna yang garang...SSFC mengaum...Aaumm!!!.

DUA PERLAWANAN TERAKHIR

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Bertemu kita sekali lagi di dalam blog pasukan SSFC ini untuk melihat perjalanan atau aktiviti pasukan SSFC sepanjang musim 2012 ini. Kali ini, penulis ingin mengulas serba sedikit perlawanan terakhir pasukan SSFC baru-baru ini. Penulis memohon maaf diatas kelewatan melaporkan berita mengenai perlawanan tersebut akibat tugasan lain.

Baiklah, untuk makluman follower's sekalian, SSFC telah mengadakan siri perlawanan persahabatan menentang pasukan Intekma FC.Perlawanan ini diadakan secara timbal balik bagi kedua-dua pasukan. Ini merupakan perlawanan ke-3 dan ke-4 bagi pasukan SSFC yang secara keseluruhannya telah mengadakan empat perlawanan dimana SSFC mencetak satu kemenangan, 2 seri dan 1 kalah.

Berikut kita saksikan sedikit ulasan berkaitan perlawanan tersebut. Laporan telah disediakan oleh PENA JPsel :-

SHAH ALAM - Selangor :
Pasukan SSFC telah mengadakan dua siri perlawanan timbal balik menentang pasukan Intekma FC yang berlangsung di padang JKR, Seksyen 17 Shah Alam.


Perlawanan pertama yang berlangsung itu berkesudahan seri 2-2. Perlawanan tampak seimbang oleh kedua-dua pasukan. Jaringan pertama pasukan SSFC dijaringkan oleh Mohd Nadzri (gambar kanan) dan Jefri Jani(gambar bawah) menjaringkan gol kedua untuk mengikat kedudukan.

Perlawanan timbal balik seminggu kemudian, berkesudahan SSFC tewas 0-1 kepada pasukan sama. Banyak peluang-peluang yang hadir namun tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pemain-pemain SSFC.

Pemain-pemain SSFC juga bermain dibawah keupayaan sebenar mereka. Beberapa pertukaran dilakukan bagi mengisi kelemahan beberapa posisi namun SSFC gagal menemui jaringan. Aggregat keputusan perlawanan memihak kepada Intekma menewaskan SSFC 3-2.


Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara...!!!




PENA JPSel


P/S : Bernama memohon maaf kerana berita update perlawanan tidak dapat di ulas dengan lebih baik. Bernama akan mencoretkan ulasan-ulasan perlawanan lain pada masa akan datang... :)


Friday, March 9, 2012

PERLAWANAN HARI INI

Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera kepada semua follower's blog SSFC sekalian. Pengumuman kepada SEMUA PLAYER SSFC, petang ini dijadualkan satu perlawanan persahabatan menentang INTEK FC seperti ketetapan berikut :

MASA : 5:30 Petang
TEMPAT : Padang JKR, Seksyen 17, Shah Alam

* Sila bawa jersi biru lengkap untuk perlawanan petang ini.

Sekian, terima kasih.

Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!


PENA JPsel


p/s : Harap mencatat kemenangan petang ini... :)



Friday, March 2, 2012

KEMENANGAN BESAR

SHAH ALAM - Selangor. Bertempat di padang JKR, Seksyen 17 Shah Alam telah berlangsungnya perlawanan kedua SSFC menentang UiTM Fakulti Perakaunan pada hari Sabtu pagi yang lalu. SSFC berjaya 'mambaham' pasukan UiTM dengan keputusan 4-1.

Pesta gol SSFC bermula di separuh kedua apabila SSFC mendapat sepakan sedut yang diambil oleh Razan dari sebelah kanan gawang lawan lalu masuk menerjah jaring. Antara sepakan 'corner kick' terbaik setakat ini. SSFC didepan 1-0 pada minit ke-37.

SSFC sekali lagi dihadapan apabila Jefri Jani berjaya melepasi perangkap offside dari tengah padang dimana bola yang dikeluarkan dari kotak penalti SSFC terus ke arah Jefri yang berada ditengah padang lalu mengawal secara solo dan berjaya menewaskan penjaga gol UiTM FP pada minit ke-43 untuk kedudukan 2-0.

UiTM FP bingkas bangkit merapatkan jurang gol apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-65 apabila penyerang UiTM FP berjaya menyambar peluang dihadapan gawang untuk menewaskan penjaga gol SSFC, Rizal Za'aba.

Pada minit ke-77, SSFC sekali lagi di depan selepas satu sepakan sudut yang diambil dari sebelah kiri disambar oleh pemain SSFC dihadapan gawang UiTM FP, berlaku sedikit kekalutan lalu ditendang oleh pemain UiTM FP untuk jaringan sendiri dan SSFC mendahului 3-1.

Penyerang veteran SSFC, Ahmad Fais Misbah sekali lagi menghukum kealpaan UiTM FP apabila mendapat bola hantaran lintang dari Firdaus lalu merembat deras kearah gawang gol yang gagal ditepis keluar oleh penjaga gol UiTM FP pada minit ke-84.

Perlawanan berkesudahan SSFC menewaskan pasukan UiTM FP dengan jaringan 4 berbalas 1. SSFC sekarang mengumpul 4 mata dengan 5 jaringan dan bolos 2. Tahniah buat pasukan SSFC.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!


PENA JPsel

PERMULAAN HAMBAR

SELANGOR - Shah Alam. Bertempat di padang JKR Seksyen 17, telah berlangsungnya perlawanan persahabatan di antara SSFC menentang Muzium FC yang berkesudahan seri 1-1.

SSFC banyak menyerang dan mengasak kubu lawan di separuh masa pertama, dimana percubaan demi percubaan bertali arus ke arah pintu gol lawan, namun buntu. Sedikit kealpaan dari pertahanan SSFC, Muzium FC berjaya menjaringkan gol melalui arah kanan SSFC melalui sayap kiri mereka lalu mudah merembat masuk menewaskan penjaga gol gantian, Ahmad Fais Misbah pada minit ke-42.

Pertukaran pemain SSFC diseparuh masa kedua, cuba mengimbangi rentak permainan dan cuba mencari gol penyamaan. Gol yang dicari hadir pada lewat permainan apabila, Fauzi berjaya meloloskan diri dari sayap kiri lalu melintangkan bola ke dalam kotak penalti namun bola terus menuju ke jaring pada minit ke-89.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1. Permulaan hambar dari SSFC untuk musim 2012 ini hanya sekadar seri dengan pasukan yang kurang menyerang ini. Namun, SSFC tetap bersemangat walaupun ketinggalan 0-1 dan terus mengasak pasukan lawan dalam mencari gol penyamaan. SSFC berjaya mengutip 1 mata pada perlawanan tempoh hari.

PENA JPSel