FAN SSFC

Monday, February 28, 2011

Game Lagi......

Salam untuk semua...

Kepada Pemain Statistik Selangor FC,sok 01/03/2011 ( selasa ) ade game lawan Kilang Silastri,jam 5.30 petang,Padang JKR Seksyen 17,Shah Alam.Harap dapat hadir pada waktu yang telah di tetapkan.TQVM

Friday, February 25, 2011

FC DOSS kembali...

Ramai lagi yang masih tertenya-tanya...sape FC DOSS?

FC DOSS adalah team futsal Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor atas inisiatif  pemain sendiri...nama FC DOSS wujud sempena Futsal Club Department Of Statistics Selangor...pemain terdiri daripada staf Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor...tapi,kalo x cukup pemain,terpaksa gak import kawan2 dari luar...
FC DOSS mula ditubuhkan pada Jun 2009 untuk menyertai Kejohanan Futsal Terbuka Shah Alam 2009...

Selepas itu FC DOSS menyertai beberapa siri kejohanan lain di sekitar Selangor...kali terakhir adalah pada Mei 2010 di Kejohanan Rentap Futsal Kosmo Putrajaya...kami belum memenangi apa2 kejohanan tapi,kami sentiasa berusaha ,x kenal putus asa...

Dah lama x menyertai kejohanan...esok,kami kembali bergabung...tanpa pemain dari luar...semua terdiri daripada staf,kerana itu adalah salah satu syarat2 pertandingan...kami akan menyertai Pertandingan Futsal Jabatan Perdana Menteri 2011 di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya...
gambar kenangan,kali terakhir beraksi pada Mei 2010

Pertandingan ini tertutup kepada jabatan dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri sahaja...turut menyertai adalah pasukan futsal yang akan mewakili Zon Tengah ke Sukan Antara Zon Jabatan Perangkaan 2011..pasukan itu terdiri daripada pemain yang terpilih dari JP Selangor dan JP Kuala Lumpur...5 pemain FC  DOSS turut telah diserap ke pasukan itu...kira macam main tuk negara la...FC DOSS main kelab...

Diharapkan kedua2 pasukan mampu membawa cabaran dengan cemerlang pada kejohanan ini...doakan kejayaan kami...Amin....

Sekian tuk kali ni...

Majulah sukan untuk negara dan Statistik Selangor FC serta FC DOSS...

Semakin Popular

Nampaknya populariti pasukan SSFC semakin meningkat..dengan peningkatan corak permainan dan keputusan perlawanan yang semakin baik telah menarik perhatian ramai staff-staff perangkaan selangor.Ini berdasarkan kajian yg telah dilakukan dimana ramai yang semakin tertanya-tanya tentang keputusan perlawanan,tentang pemain2 SSFC.Jumlah pengunjung di laman blog ini juga telah bertambah sehinggakan individu-individu yang terkenal seperti K.Rajagopal,Ong Kee Swee,Khairul Fahmi aka Apek sama2 meluangkan masa menjengah blog SSFC ini..tidak ketinggalan juga pihak2 penyiaran di negara kita seperti rtm,Astro Arena dan HotFM memberi perhatian kepada pasukan SSFC..dengan ini diharapkan pasukan SSFC akan lebih bersemangat untuk menghadapi perlawanan2 yang akan datang..terutamanya perlawanan menentang pasukan HotFM pada 4hb Mei nanti.Apapun diharapkan pemain2 SSFC akan lebih fokus dan tidak terlalu dibuai populariti agar keputusan yang cemerlang terus dicapai.

Akhir kata seperti kata pengurus lagenda SSFC,saudara Shah "HIDUP DULU , KINI DAN SELAMANYA BUAT STATISTIK SELANGOR FC "

aku x sedar pun kite kalah..ingatkan seri...huhuhu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada follower dikasihi....

Amacam,sihat x korang semua? hope sihat la...

Semalam Statistik Selangor FC mengadakan perlawanan persahabatan kali ke 5 untuk tahun 2011...
perlawanan menentang Team Suk Selangor yang berlangsung di Padang B, SUK Selangor...Padang B jela kitorang main...coz,Padang A Team Selangor training...nak main kat Padang B pun kena tunggu Team Piala Presiden Selangor tamat training....

Okeh,nak cerita pasal game semalam...game agak seimbang..sebenarnya Statistik Selangor FC yang lebih banyak kuasai game...gol pertama dijaringkan oleh Fais yang melepaskan rembatan kencang dari penjuru kanan kotak penalti,menewaskan keeper SUK Selangor...selang beberapa minit selepas itu,Qayyum telah menjatuhkan pemain SUK Selangor di dalam kotak penalti...dan mereka menyamakan kedudukan 1-1 menerusi penalti itu....sebenarnya saya tidak sedar pun pasal penalti ni...coz ngah sibuk wat warming up kat tepi padang...huhuhu...banyak peluang Statitik Selangor FC yang gagal disempurnakan....xpe,tajamkan lagi finishing kita yer...sebelum tamat separuh masa mereka dihadiahkan 1 lagi penalti kerana bola terkena tangan Hisyam di dalam kotak penalti...tetapi,sepakan itu tersasar tepat ke arah tiang gol...lega jap....pada separuh masa kedua,mereka menjaringkan gol kemenangan pada saat2 akhir perlawanan...gol berpunca dari penyerang nya yang berjaya memperdaya Hanif dan terus mencuba dari jarak jauh dikala Fiqie telah meninggalkan golnya....game berakhir dengan keputusan 1-2...

ni la player yang score...tp,time nak balik tayar keretanya pancit la pulak...

Itulah cerita pasal game semalam...aku mati2 ingat game tu seri 1-1....pasal aku x sedar pun penalti tu...last2 nya baru aku tahu diorang ada dapat 2 penalti...untuk game semalam ,adalah kali ketiga berturut2 gawang Rafiqie di uji dengan sepakan penalti...jangan give up yer...

Tu jela cerita semalam....nanti aku post cite lain yer...bubbye...

Majulah sukan untuk negara dan Statistik Selangor FC

Salam Perkenalan

Salam.

Akhirnya dapat jugak aku mencuri ruang untuk melepaskan ape yg terfikir dalam fikiran bagi memajukan lagi PASUKAN BOLASEPAK STATISTIK SELNGOR,tapi untuk kali pertamanya
hanya salam perkenalan yang mampu di ucapkan,moga dilain kali akan berbicara lebih panjang lebar lagi.
terima kasih semua.....

"HIDUP DULU , KINI DAN SELAMANYA BUAT STATISTIK SELANGOR FC "

Wednesday, February 23, 2011

Fikir2 kan...

Assalamualaikum....dan Selamat Sejahtera kepada follower2 yang di kasihi....

Ape khabar semua? harap semua sihat hendaknya....syukur,latihan kita berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari pemain2....korang memang terbaik dan pencinta bolasepak sejati...

okeh,disini saya nak dedahkan..bahawa,saya banyak menerima respon dari pihak2 tertentu,yang mahukan team kita lebih maju...lebih kehadapan...dan memang itu lah yang kita semua pihak pengurusan & dan pemain Statistik Selangor FC mahukan...k,harini,saya postkan salah satu email yang saya terima...untuk pandangan pemain2 dan follower2 Statistik Selangor FC...pengirimnya dirahsiakan identitinya....jom kita sama2 amati pandangan beliau...dan minta komen untuk pandangan yang bernas...zassss!!!!


Assalamualaikum…. 

HARAPAN & MATLAMAT 


 First ….tahniah kepada semua kerana team bolasepak kita semakin berkembang & meningkat dari  masa ke semasa 


 Persoalan ????? 


 Sampai bila team kita mcam ni jer ( friendly match ) bagus !!!! Biasa nyer team buat friendly match untuk memantapkan pasukan untuk sesuatu kejohanan… Team kita sekarang dah agak mantap kerana sudah banyak giler friendly dibuat…. Tapi matlamat xada ( hanya untuk sukan zon tu pn futsal JER yang ada ) 


Sebenarnya ????? 


 Kita ada potensi untuk maju lebih jauh…. Beberapa pemain-pemain kita boleh pegi lebih jauh… Bukan setakat main team kita untuk friendly…?? untuk pemain kita di pancing team-team pro / ala-ala pro agak susah… OLEH ITU kita jadikanlah team kita ini pro / ala-ala pro pun OK dah… 


 Masalah ??????? 


 Biasalah masalah nyer tentu ONGKOSSSSSSSS Nyer……. 


 Penyelesaian ????? 


 Penaja ???? ( dah ada ura-ura penaja nak mencari team untuk ditaja ) tapi xkan diorang nak taja kita hanya untuk kita buat FRIENDLY ??????????/ TAK BEBALOIIIIIIII……….. 


 SOOOOOO …..!!!!! 


 Kita cubalah risik-risik untuk tahun 2011… kita masuk LIGA SELANGOR !!!!! 


 LIGA SELANGOR ????? 


 mungkin bunyinyer agak giler… tp itulah aku rasa matlamat yang kita perlu ada untuk pergi lebih jauh untung-untung ada player kita yang dipancing oleh team lain…. ada pihak yang sedia untuk taja kita kalau kita masuk liga ni menang kalah dalam liga tu no.2 dulu…tahun pertama kita cr pengalaman kita pun pernah main ngan team yg main liga selangor ape….( NESTLE ) kalah pun xteruk sgt + masa tu kt kekurangan tonggak… tapi….xkan lah kita kena belasah jer kot….kita dah mantooop apa sekarang…… banyak kelebihan bila kita dah masuk liga selangor… busuk-busuk pun kita boleh dpt kad diskaun utuk masuk stadium shah alam.. 


ANDA BERANI ?????? 


 Sahutlah cabaran ni… apa kata pihak pengurusan team kita….                                                                               

Monday, February 21, 2011

Selangor Statistik FC vs Staff PNSB FC

Selamat bertemu kembali....

Diharapkan anda semua,follower2 yang dikasihi..sihat2 belaka...
Seperti yang diketahui..Statistik Selangor FC telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang Staff PNSB FC ,yang perlawanannya berlangsung pada,Jumaat 18/2/2011 pada pukul 845 malam,di Stadium Mini Shah Alam, Seksyen 13...perlawanan itu berkesudahan dengan seri 2-2...

Perlawanan ini,berlangsung dengan agak seimbang...pada separuh masa pertama,tiada gol dapat dihasilkan oleh kedua-dua pasukan....Gol pertama dihasilkan oleh Statistik Selangor FC pada separuh masa kedua oleh penyerang prolifiknya Talib..rembatan daripada penjuru kiri..terus menerjah jaring menewaskan keeper Staf PNSB FC...Staf PNSB FC menyamakan kedudukan 1-1 apabila berlaku sedikit kucar kacir di depan pintu gol Statistik Selangor FC...


Gol Talib memberikan semangat kepada semua pemain...

 Pada separuh masa ketiga...Staf PNSB FC telah menambah gol mereka menerusi pemain sayap kanan mereka yang yang melarikan bola ke dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan menewaskan keeper Staristik Selangor FC pada malam itu Anip. Statistik Selangor FC tidak berputus asa...terus melancarkan beberapa serangan untuk menyamakan kedudukan...gol penyamaan akhirnya terhasil 2 minit sebelum game tamat, menerusi jaringan cantik Azrul Messi yang tenang memperdayakan keeper Staf PNSB FC...menjadikan kedudukan 2-2 hingga wisel penamat...
Gol Azrul menyelamatkan maruah...

Untuk pengetahuan,ini adalah kali kedua kita menentang team yang sama...yang mana perlawanan pertama pada tahun lepas,di tempat yang sama dan keputusan yang sama..2-2...

Tahniah diucapkan kepada semua pemain Statistik Selangor FC yang tidak mengenal kalah dan cuba yang terbaik untuk perlawanan itu...diharapkan semangat ini akan kekal berterusan...untuk rekod 2011..Statistik Selangor FC telah 2 menang, 1 seri dan 1 kalah...

Sekian dulu tuk kali ini...bubbye...


eh...nape gambar dia ni pun ade? huhuhu...sebenarnya Hashim merangkap manager pada malam itu...tidak dapat main kerana injured....

Majulah sukan untuk Negara dan Statistik Selangor FC...



Sekian dulu tuk kali ini...bubbye...

Friday, February 18, 2011

Lama Tak Ke 'Udara'

Salam Semua....Salam SSFC...
Sedang menanti sepak mula Liverpool bermain Liga Europa...
So ambil la kesempatan menulis blog....dah lama tak ke udara...
Apa pun saya sentiasa peduli...dengan SSFC
Game hari ni jam 8.30pm di Stadium Mini...SSFC vs Staf PNSB...
Maybe saya dapat turun kejap jerrr...Ada game futsal di Triways Sport Center
Semoga esok menang setelah seri dengan team yg sama....
Team ni SSFC akan lawan esok ada ex player S'gor  Talib Sulaiman...
tapi jangan takut...kita pun ada TALIB jugak...TALIB BERBA....
Sentiasa mendoakan SSFC dapat buat yg terbaik...
Tahniah kerana dah mula menjalani latihan...dh beli bola baru...
Satu langkah maju yg semakin maju....Tahniah sekali lagi....
Lama juga x bersama sembang2 kedai kopi tingkat LG...
Kerja Luar + Cuti Maulidur Rasul...So citer2 bola x de la sgt
Menyentuh ttg BOLA SEPAK semasa....
The Red Warrior...hebat di puncal MSL...MU menunjukkan mereka Manchester yg ORI
ARSENAL menunjukkan permainan menakjubkan membenam BARCA, SPURS mengganas di San Siro
Buat pasukan Kolam Hati...Suarezzz...pembelian yg baik...lupakan jer Torres....
Ok laaa geng2 SSFC...sampai jumpa lagi diruangan akan datang....
Sekian,HIDUP SSFC

~Saya Peduli

Thursday, February 17, 2011

Tewas bukan bererti gagal...

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada follower setia blog ini....

Maaf kerana mengambil masa yang lama tuk update...bukan pasal Statistik Selangor FC tewas kepasa SIRIM punca lewat update...so,jangan la cakap,kalah jer x nak update yer...lambat update kerana banyak tugasan yang perlu diselesaikan....saya akan cuba yang terbaik untuk anda semua...

Seperti yang di ketahui..Statistik Selangor FC  tewas 0-2 kepada SIRIM, perlawanan yang berlangung di Stadium Mini SIRIM itu hari...kekalahan adalah sesuatu yang pahit...tp,kita sebagai manusia harus menerima dengan hati yang terbuka...daripada kekalahan kita akan mengenalpasti kelemahan kita...so,sama2 lah kita membaiki segala kelemahan itu..bukan lah untuk jadi sempurna...pasal kita ni tahapnye bawah dari amatur..bukan profesional pun...tp,kite cube perbaiki untuk jadi lebih baik..dan mengurangkan kesilapan...sepertimana yang rakan saya dah post sebelum ini...

Ingat,tewas bukan bererti gagal...tewas adalah satu permulaan untuk jadi yang lebih baik...langkah-langkah akan diambil untuk membaikinya...Syukur,latihan petang sudah bermula...terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pemain2 terbabit...yang belum terbabit tu,sila2 la luangkan masa yer...latihan petang ni penting untuk keserasian team Statistik Selangor FC...cuma joging belum dapat dilaksanakan...macam susah sangat jer joging ek...susah ke? ingat main bola kita kena berlari...dan terus berlari...saya cadangkan,Isnin ,21/2/2011...kita joging di Tasik Shah Alam...depan pejabat je pun...harap dapat kerjasama dari semua pemain...

Barisan pemain Statistik Selangor FC ketika melawan SIRIM

Okeh,untuk logo rasmi,kami akan cuba untuk adakan pemilihan dalam masa terdekat...kami akan mendapatkan pendapat pemain-pemain untuk menentukannya...pasal jersi baru..kami masih cuba uruskan untuk mencari design terbaik...kepada pemain,leh update size,nama & no. kepada saya selepas ini...

Sekian untuk kali ini...saya akan cuba postkan apa2 info terkini...

Majulah sukan untuk Statistik Selangor FC (SSFC) & FC DOSS

Thursday, February 10, 2011

Tewas Lagi Di Bumi SIRIM

Salam Sukan...Salam Bola Sepak
Buat pembaca setia,rasanya dah lama x menaip catatan baru...
Hari ni berada di SIRIM...menyaksikan team SSFC tewas 2-0
Kekalahan...mana ada org suka kalah...tapi alam realiti...
X kan selama lamanya menang....rasanya kekalahan pertama 2011team SSFC
Kalau imbas rekod...SSFC selalu buat rekod buruk bila lawan SIRIM
Mungkin lawan SIRIM, SSFC memang xnak menang kot....
Namun faktor penyebab kekalahan perlu dianilisis...perlu ada post moterm...bedah siasat...
Lepas tu perbaiki....Sekadar pandangan...faktor-faktor kekalahan adalah seperti berikut :

1) Kecergasan pemain .... berapa org jer yg betul2 cergas???so mengembalikan stamina...perlu buatdgn lebih giat...jogging petang....
2) Persefahaman.... Latihan petang2 perlu digiatkan bagi memupuk persefahaman... rasanya kebanyakan pemain SSFC hanya ada bila hari perlawanan....macam mana nak saling memahami....so training kena buat, rasanya No9 dh buat alternatif mengadakan latihan di Sek24,...good job...
3) Posisi pemain perlu kena pada tempatnya...rasanya ada ketidaksesuaian posisi pemain dalam game menentang SIRIM,sekadar pandangan peribadi...kalau silap mintak maaf
4) Pengadil - Ini pun menjadi punca jugak...pengadil nampak bias...penalti x patut....
5) SIRIM....bermain dibumi sendiri....diaorg takut nak main kat luar....

Rasanya itu sahaja yg ingin dikongsikan
Tahniah kepada kawan2 yg turun petang tadi....
Komitmen u all memang baguih....
Insyaallah catatan akan datang saya akan menulis tentang... MATLAMAT PENUBUHAN...
Sampai jumpa lagi...Maaf jika ada tersilap kata tersalah bahasa....saya manusia yg lemah
Sekian, wassalam


~SAYA PEDULI

Wednesday, February 9, 2011

joging & latihan ptg bermula...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Ape khabar follower2? logo cam ner? ade yang baru x? apepun,khamis ptg ni kita wat pemilihan...

Okeh,wat pengetahuan ...sesi latihan untuk mengembalikan serta mengekalkan stamina dan skill telah bermula minggu ini....joging telah dijalankan pada hari isnin...tp,kedatangan x memberangsangkan,2 orang jer..huhuhu...sesi latihan ptg juga telah berjalan pada hari selasa...kehadiran hanya 8 orang...so,mane yang lain lagi ek? terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama...mungkin minggu depan,latihan kita dalam kolompok yang lagi ramai...

Sebagai sebuah team bolasepak,latihan adalah sesuatu yang sangat penting...ini adalah untuk,mengekalkan fitness..skill..keserasian..dan disiplin...tanpa latihan,kita x kan dapat semua tu...

Nak cite bola Malaysia sikit la...Malam ni,Team Harimau Malaya kita akan turun menentang pasukan Hong Kong...doakan kejayaan mereka..kepada yang mampu,pergi la ke Stadium Shah Alam...jam 8 malam...

Last sekali...saya postkan logo yang baru saya terima...











So,korang bagi la komen yer...
Sekian,terima kasih...
Majulah sukan untuk negara dan Statitik Selangor FC...

Monday, February 7, 2011

Cuba Nasib...










Nampaknya sudah ramai yang menghantar logo-logo untuk dicalonkan..saya sebagai salah seorang pemain yg paling hebat dalam pasukan ni(sbb selalu main full time..hehehe)dengan ini menghantar logo untuk dicalonkan...yang kt tgh logo tu boleh buh logo jp tp aku xde copy..


Cepat2...sape lagi yang nak cipta logo??

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera...

Ape khabar semua follower Statistik Selangor? Harap nye sume sihat walaupun penat pulang dari kampung masih terasa...ape taknye..sana sini jalan raya sesak...Harapnye menjelang Khamis kite semua dah kembali cergas..ingat tau game Statistik Selangor FC vs SIRIM ,Khamis 10.2.2011,kul 530 PM, di Stadium mini SIRIM.

Berbalik kepada topik, disini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan2 yang telah mencipta banyak logo untuk dipilih menjadi logo rasmi Statistik Selangor FC. Usaha anda semua amat dihargai. Saya berharap lebih banyak logo yang akan dicipta sebelum pemilihan dibuat. Pemilihan akan dibuat pada 10 Februari 2011..time kat padang SIRIM. Maka tarikh akhir untuk menghantar logo kepada kami adalah pada 10 Februari 2011 ,pukul 4.00 PM.

Disini saya postkan di antara logo2 yang telah saya terima...untuk tatapan ,pandangan atau sumber ilham kepada yang masih belum menemui idea.









ni jer yang leh saya post kan...yang lain bukan dalam format image...saya telah explore la ni tuk upload kan gak...sabar ek...

Sekian tuk kali ni...






Thursday, February 3, 2011

Kolam Hati Sentiasa Di Hati

GENG2 JP...SELAMAT BERCUTI

Sekadar berkongsi....
Menonton The Reds main pagi ini...TAHNIAH menang 2-0
Suarez score 1st debut...sebagai penyokong SETIA The Reds...
Aku mengalu-alukan kedatangan SUAREZ & CARROL(Bukan ex keeper MU)
Masih terngiang-ngiang sambutan hangat,pemain pertama dari luar sain kontrak 6 TAHUN (Torres) di Liver
Namun kita tinggal SEJARAH,Si Torres dh masuk The Blues...
Penyokong CHELSEA happy ker???? Harap happy la yek....Torres tuuuu....
Sebagai salah seorang peminat Torres semasa dia kat The Reds,
Aku adalah penyokong sentiasa menyanjung dan mengkagumi Torres...
Tapi kini Torres telah berpaling arah menyertai Kelab London...The Blues
Torres cakap "Ini adalah Kelab Terbaik yg dia sertai, yang bakal menaikkan kariernya sebagai pemain"
Emmmm terus terang aku hangin dgn statement tu...Bukan memperkecilkan Chelsea...
Tapi dia kata Kelab TERBAIK!ker pasal duit???Gaji tinggi tuuu,170,000 pound seminggu,fuhhh!betul ker?
Kalau BETUL nk pi KELAB TERBAIK, sepatutnya TORRES pilih...
BARCA ker...REAL ker...AC MILAN ker...INTER ker...BAYERN ker...MAN U ker...
Yang sememangnya terbukti sebuah KELAB yg telah MENCETAK REKOD...
Samada peringkat domestik atau peringkat benua....yer pun LIVERPOOL sedang merosot...
Bukan ke Chelsea destinasi Torres,tapi ke kelab lain, mungkin sebab perasaan SAYANG pada LIVER
Torres tidak memilih datang ke MAN U, dan sebab sayang kan ATLETICO...TORRES x balik SPAIN
Tapi Torres boleh pilih Liga ITALI atau JERMAN jika betul dia SAYANGKAN LIVERPOOL
6 TAHUN tu dia sain kontrak satu ketika dulu...lama tuuuu
Tapi jelas Torres x ada KOLAM DIHATINYA,yang ada hanya DU... Apa-apa pun
Sebagai seorang peminat yang sentiasa mengkagumi TORRES, TQ atas sumbangan kepada LIVERPOOL
Semoga sukses di The Blues... Jumpa THE REDS Ahad ni....Sekadar luahan dan pandangan
EL-NINO hanya tinggal kenangan....KOLAM HATI sentiasa dihati...YNWA....

Wednesday, February 2, 2011

LIGA MALAYSIA & EPL

Liga Malaysia...Result
T-Team kalah 1-3 ditangan N9, Juara Sumbangsih seri 1-1 dgn Terengganu, Naib Jura Sumbangsih menang 2-0 di Kangar, Perak Menang 1-0, KL menang 1-0, Harimau Muda Jinakkan Pendahulu Liga Perlawanan Pertama Pahang 3-1, Sang Kenari pun Menang 1-0

EPL pagi nanti...1st game Torres dgn The Blues vs Sunderland, MU vs Aston Villa, Arsenal vs Everton, Birmingham vs MCity, Blackpool vs West Ham, WBA vs Wigan & Bolton vs Serigala, apakah keputusanya??? Mari sama-sama kita saksikan....

Tuesday, February 1, 2011

Cadangan Logo Statistik Selangor FC

Assalamualaikum....
Sebagai menyahut cabaran rakan seperjuangan untuk mencipta logo statistik selangor fc,di sini saya& shah juga berkesempatan untuk mereka cipta logo berkenaan.nie hanya sekadar cadangan dari mata kasar aje,klu ade yang lebih menarik+comel+cun+MENGERUNKAN LAWAN,amat2 lah dialu-alukan selalu,hehe

Nie adalah hasilnyeeeeeeeeeeeeeeeeee,




segala penambahbaikan amat2lah diharapkan.
majulah STATISTIK SELANGOR FC,DULU KINI DAN SELAMANYA......

Jom same2 kita cipta logo...

Asslamualaikum dan salam sejahtera...

Sebagai mane yang kite semua ketahui,Statistik Selangor FC belum mempunyai logo rasmi...
logo rasmi adalah sesuatu yang penting untuk sesebuah team atau lain-lain organisasi...daripada logo la kite akan mewujudkan bendera,chants,name gelaran dan lain....

Disini,saya ingin meminta pendapat dan pandangan untuk mewujudkan logo Statistik Selangor FC..ataupun kalo anda mahir dalam mencipta logo,anda boleh cipta dan persembahkan kepada kami...dan pilihan akan dibuat..

Dibawah ni adalah satu contoh logo yang telah dicipta oleh Fais dan Talib...thanxs diatas inisiatif untuk melihat Statistik Selangor FC memiliki logo rasmi..
- kalo nk buat pertandingan mencipta logo pun,kami xde bajet nak bagi hadiah...
- minta jasa baik kawan2 sekalian la untuk menyumbang kemahiran yang ada..

sekian..thanxs..