FAN SSFC

Monday, January 31, 2011

Statistik Selangor FC vs SIRIM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca blog ini...minggu ini cerita bolasepak dirangkumi dengan kejayaan kali pertama Kelantan membawa pulang Piala Sumbangsih,kejayaan Jepun menjuarai Piala Asia kali ke 4, dan cerita2 Liga Malaysia dan Piala FA Inggeris...pendek kata,bola sepak adelah sukan no.1 dunia...yang dah boleh dianggap sebagai satu budaya oleh sesetengah pihak...


31 Jan 11, 09:14 AM
shah: salam.untuk game yang seterusnya,lawam SIRIM SHAH ALAM,pada 10/02/11 ( KHAMIS ) minggu hadapan.harap dapat diberitahu pada rakan STATISTIK SELANGOR yang lain.terima kasih

okeh,berbalik kepada Statistik Selangor FC...kami akan bertandang ke stadium mini Sirim pada 10/2/2011 untuk perlawanan persahabatan...pertemuan dengan Sirim adalah tidak asing bagi kami,kerana kami telah banyak kali bertemu dengan mereka..keputusan perlawanan lepas juga diagak seimbang..kami berharap akan meraih kemenangan ke 3 untuk tahun ini...di harapkan kerjasama ,disiplin dan semangat berpasukan dapat memberikan kami kejaayaan...

Untuk memantapkan dan membaiki kelemahan yang ade kami akan mengadakan 1 hari sesi latihan petang dan 1 hari joging..pada setiap minggu..harinya akan ditentukan nanti..masih dalam perbincangan...

Sampai disini saja untuk kali ini...sekian.

-Majulah sukan untuk Negara dan Statistik Selangor FC

Sunday, January 30, 2011

Latihan Team Volley Ball Semakin Baik

Salam...Salam SAZ...
Yang mengikuti blog ini pasti tau apa itu SAZ...
Kehangatan SAZ semakin dirasai....
Hangat utk bertanding, dan hangat sebab staff JP Selangor diarah menyumbang utk tampung kos SAZ
Namun bukan itu ceritanyer...
Alhamdulillah hujung minggu ni (Sabtu/Ahad)
Team Volley Ball Zon Tengah turun training (jam 8am-11am) di Dewan Bola Tampar MBSA
Hari Sabtu  Boy, Halimi, Muriza, Joe, Iskandar, Aizu, Rusy turun training...
Hari Ahad Halimi, Muriza, Iskandar, Joe, Aizu turun training, siap ada ex coach team Selangor bagi bimbingan
TQ Halimi sebab jemput coach...banyak juga dipelajari
Disamping team sparring yg sememangnya hebat,geng2 dari PeBT/MPP Zon 6 (Seksyen 17)
Walaupun Team Zon Tengah Tewas, peningkatan mula ada
Jika komitmen diteruskan, x mustahil KEJUARAAN akan dipertahankan...
Teruskan training di Dewan MBSA Seksyen 19, jam 4pm-7pm
Dan hujung minggu di Dewan Bola Tampar MBSA,geng2 JP KL (Rusy & Iskandar) TQ sbb turun

~ Saya Peduli

Friday, January 28, 2011

Sukan Antara Zon (SAZ)

Salam JP Selangor...
Berjumpa dalam blog yang semakin hangat di pasaran...Ada cerita baru???Adaaaa.... Ce cite Ce Cite Ce Cite
So bermula la cerita...mengenai SAZ...di N9
Kos Penginapan + Makan minum untuk 1 MALAM = RM140, maka RM280 perlu dibayar untuk setiap atlit
Dasyat gak belanja SAZ, maka JP Selangor dijangaka menghantar 51 atlit, maka pengurusan mesti keluar belanja - RM14280.00 (Woo...satu perbelanjaan yg besar)...itu baru citer penginapan + makan minum...
Belum masuk belanja latihan, buat t-shirt, track bottom dan lain-lain...anggran perbelanjaan dijangkakan mencecah RM20,000+++...so PIHAK PENGURUSAN mesti membuat keputusan bagaimana hendak menampung kos...maka mula didengari cerita setiap staff perlu menyumbang RM30 - RM100 (mengikut gred),sebagai satu pengorbanan untuk Jabatan,tapi bila difikirkan semula...kalau ada attachment untuk atlit yg mewakili Jabatan...rasanya x perlu la kutip sumbangan dari staff2 JP Perangkaan...saya cakap atas alasan logik...saya dh buat perkiraan...

Andaikan atlit seramai 51 orang
Jika diberi attachment setiap atlit boleh claim RM280 (Penginapan) + RM80 (Elaun Makan) = RM360
maka jumlah penuh boleh claim adalah sebanyak RM18360.00

Kos yang perlu ditanggung

Penginapan - RM14280
Latihan - RM1000
Baju Atlit - RM4000
Minuman - RM500
Pendaftaran - RM900

JUMLAH PENUH - RM20680.00

Maka jika KSKS ingin menyumbang hanya RM2320.00 SAHAJA, adakah ahli KSKS akan membantah jika RM2320.00 disumbangkan untuk SAZ,rasanya tidak membantah...so pihak pengurusan tolong teliti bajet dan pastikan attachment boleh diperolehi setiap atlit,maka x perlulah staff jabatan menyumbang dari RM30-RM100 (mengikut gred)...itu mengikut perkiraan saya...tapi kalau x betul saya pun x pasti....yang penting ATTACHMENT mesti dapat, bila lagi nak hargai atlit-atlit yang mewakili Jabatan.

So jika KSKS menyumbang RM2320 untuk SAZ, saya nk menyelit la jugak....buat geng2 JP...mari sama-sama kita bayar YURAN KSKS...RM2.00 sebulan,rasanya tertangguh 2 Tahun coz support dari org2 atas utk melantik wakil kutip yuran selalu tak terlantik...so dh ada perlantikan baru si pengutip yuran utk setiap seksyen, risik2 la siapa diaorang...sampai jumpa lagi...sekian...TQ

~ SAYA PEDULI

Super Comeback!!

 Tahniah diucapkan kepada Statistik Selangor FC kerana berjaya meraih kemenangan kedua berturut-turut di permulaan 2011. Walaupun ketinggalan dengan 0-1 pada separuh masa pertama..kami berjaya bangkit pada separuh masa kedua dengan 3-1...pihak lawan A.B.G cuba mengasak dan berjaya memperolehi gol kedua mereka,dan perlawanan berkesudahan dengan keputusan 3-2 memihak kepada Statistik Selangor FC..gol-gol kami disumbangkan oleh, Edy ,Fais dan Talib...pujian patut diberikan kerana Statistik Selangor FC cube sedaya upaya untuk memenangi perlawanan tersebut..sekali lagi Tahniah!!
 Edy menolak cantik bola hantaran Zulham menewaskan keeper A.B.G

 Bola hantaran Jeff berjaya disudah kan oleh Fais dengan rembatan kaki kanan
Talib mengucar kacirkan pertahanan dan memperdayakan keeper sebelum menguis bola ke dalam gol

Thursday, January 27, 2011

Kemenangan Kedua!

Shah Alam-Statistik Selangor FC membuktikan yg pasukan mereka benar-benar hebat.Kemenangan pertama tempoh hari dipandang sebelah mata oleh beberapa pihak kerana perlawanan tersebut berlangsung di padang bersaiz kecil.kali ini perlawanan berlangsung di padang yang bersaiz internasional iaitu di padang B,Stadium Mini Shah Alam.Kemenangan 3-2 ke atas pasukan A.B.G yang boleh dikatakan agak bagus telah memadamkan anggapan awal ramai peminat yang menyangka pasukan Stats Sel akan kecundang.Walaupun pada mulanya pasukan Stats Sel ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama ia tidak mematahkan semangat pasukan.setelah di asak dari pelbagai penjuru pemain-pemain Stats terus bertahan dgn kental terutamanya penjaga gol yang beraksi dgn agak cemerlang pada hari ini.Memulakan babak kedua pasukan stats sel telah melakukan beberapa pertukaran pemain di mana pemain-pemain utama telah dimasukkan menggantikan pemain yang telah mengalami keletihan.Dan hasilnya gol yang cantik daripada penyerang yang telah menjalani latihan di Old Trafford selama 2 minggu iaitu Ryan Eddy telah memadamkan kelebihan awal pasukan lawan dan Eddy telah meraikan gol tersebut dgn aksi yang sangat menarik.Semangat juang pasukan Stats Sel terus meningkat setelah gol penyamaan tersebut dan hasilnya gol kedua dari penyerang yang kembali menemui sentuhan gol bagi 2 perlawan berturut-turut iaitu Ahmad Fais.Aksi pasukan Stats Sel terus menjadi selepas itu dimana permainan kemas ditunjukkan oleh pemain-pemain yang diketuai oleh kapten Muhd Zulham.Gol ketiga terus menjelma selepas itu juga dari seorang lagi penyerang yang boleh dikatakan agak lama tidak menjaringkan gol iaitu Talib atau nama glamornya C.T.R(sekarang Berbatov katanya).Gol tersebut ternyata amat cantik dan layak menjadi gol terbaik untuk perlawanan hari ini.Setelah selesa mendahului dengan 3-1 pasukan Stats Sel memperlahankan rentak dan ini membuatkan pasukan lawan mengambil kesempatan menggempur kubu pertahanan Stats.Hasilnya mereka berjaya mendapatkan gol kedua melalui sepakan penalti setelah pemain mereka dikasari oleh kapten Zulham dlm kotak penalti.Minit-minit terakhir pasukan lawan terus menyerang untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi dihampakan oleh kecekapan penjaga gol Stats dan barisan pertahanan.Akhirnya wisel ditiupkan dan Stats Sel memperolehi kemenangan kedua.

Wednesday, January 26, 2011

Esok Statistik Selangor FC akan menggegar...

Salam Bola...Salam Sejahtera...Salam aman damai
Emmmm...perlawanan seterusnya setelah kemengan hebat 5-0
Moga diulangi esok di Padang yg boleh dikatakan baik...moga cuaca jugak baik esok...
Insyaallah saya akan hadir if keje2 di Pasir Panjang, Sg Sireh & Puncak Alam selesai
Apa pun saya doakan SSFC akan menang...tidak kalah....
Kepada pemain-pemain, main sungguh2 kasi gegar A.B.G...apa yek A.B.G??? ABC saya tau laaa
Ok....sdg mencari idea dan isu utk diketengahkan...sekali lagi...SELAMAT MAJU JAYA SSFC

~Saya Peduli

Perlawanan Persahabatn...

Salam...perhatian kepada semua pemain Statistik Selangor FC...esok,Khamis 27/1/2011..kul 5.30pm..kite ade perlawanan persahabatan dengan team A.B.G bertempat di Padang B, Kompleks Mini Stadium,Sek 13, Shah Alam...harap maklumkan kepada kawan-kawan yang lain..sekian..majulah sukan tuk Perangkaan...

26 Jan 1
SHAH: SOK 27/01/2011 ade game lwn team A.B.G kat padang mini stadium ( padang B ) kul 5.30 pm.maklumkan pd kengkawan yg lain

Tuesday, January 25, 2011

BUKAN SATU TUGAS MUDAH

Berada di satu organisasi yg SUKAN hanya perkara SAMPINGAN & TEMPELAN
Sememangnya SUKAR untuk diterjemahkan dgn kata-kata...
Dalam mesyuarat bersama TP,Sukan FUTSAL dianggap sukan yg terlalu ASING."Macamana Futsal tu?"
Di JPKL,staff disponsor penuh dalam sukan bowling, di JP....kena kuar duit poket sendiri RM20...
Emmmm...BUKAN SATU TUGAS MUDAH...tahniah kepada yg join bowling
Tahniah kepada kawan2 yg menghidupkan STATISTIK SELANGOR FC, LATIHAN FUTSAL...
Walau tanpa kewangan bantuan,hanya aliran tunai dari poket...berjaya juga dilaksanakan
U ALL memang minat dan hebat bersukan....
Mula timbul suara2 yg x puashati dengan pemilihan pemain FUTSAL untuk mewakil ZON TENGAH
Sememangnya....BUKAN SATU TUGAS MUDAH...
Kalau boleh JP Selangor nak hanta 4-5 team,kalau boleh BOLA SEPAK pun nk buat...TAPI....
BUKAN SATU TUGAS MUDAH...banyak mentaliti nk kena ubah...bukan org-org yg kecil
TAPI,ORG ORG BESAR yg meletak sukan itu hanya TEMPELAN..BUKAN SATU TUGAS MUDAH...
berada di organisasi yg sukan hanyalah acara TEMPEL MENEMPEL....
Apa pun TAHNIAH kepada staff JABATAN PERANGKAAN yg mengambil inisiatif sendiri
dalam menubuhkan TEAM BOLA SEPAK, Latihan Futsal, Latihan Ping Pong...
sebab apa anda semua layak mendapat PUJIAN...b'coz nk buat semua nyer...
BUKAN SATU TUGAS MUDAH...perlu korban MASA, TENAGA mahupun WANG RINGGIT
TERUSKAN PERJUANGAN KALIAN...walaupun...BUKAN SATU TUGAS MUDAH...

~Saya Peduli....

Friday, January 21, 2011

Kasi Gegar JPKL

PEJUANG-PEJUANG JP SELANGOR vs JP KL in Futsal

Tarikh : 23 Januari 2011
Masa : 11.00 pagi -12.00 tgh
Tempat : Sport Planet, Seksyen 16, Shah Alam

Penjaga Gol : Rafiqie (Isi Rumah), Reza (Ekonomi)
Pertahanan : Hashim (Isi Rumah), Qayyum (Harga), Nazri (Harga), Zulham (Isi Rumah)
Penyerang : Syed (Harga), Talib (Prosesan), Wan (Harga), Hanif (Ekonomi)

2 Pemain dari PO Kajang dan 2 Pemain dari PO Gombak dijemput hadir. Juga dimaklumkan terdapat pemain2 yang mungkin tidak dapat bersama dengan skuad ini. Sila maklum kepada Muriza - 017 347 3645 (Pengurus Futsal) jika nama-nama yg inyatakan tidak dapat join. Ini memudahkan untuk membuat gantian pemain. Setakat ini tiada pemain sambilan yg boleh didaftarkan.

MAJULAH FUTSAL UNTUK JP

Wednesday, January 19, 2011

MEMASTIKAN 1/2 DALAM SKUAD

Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera bagi yang BELUM BERAGAMA ISLAM, berjumpa pertama kali diruang catatan Statistik Selangor FC. Tajuk catatan ada kena mengena dengan pemilihan skuad FUTSAL ZON TENGAH ke Sukan Jabatan Perangkaan Malaysia di Negeri Sembilan pada 4-6 Mac 2011. Kalau ikutkan kepada pencapaian DOS FC adalah menjadi satu kemestian dari 8 orang yang bermain futsal sekurang-kurangnya 4 org mesti pemain dari JP Selangor. Sebabnya setiap kali game bola sepak padang besar lawan JP KL, JP Selangor pasti MENANG atau SERI dan x pernah KALAH sejak kebelakangan ini. Ikut pencapaian FUTSAL juga begitu. 2 pertandingan terakhir JP SELANGOR menjadi JUARA di Kejohanan Futsal Jabatan Perangkaan Malaysia (Anjuran JP KL) dan JUARA di Liga Futsal Tertutup Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (Anjuran JP Selangor). So kalau ikutkan bukan 4 orang, maybe 5-6 orang yang layak. Nak lagi senang semua pemain dari JP SELANGOR (hehehehehe...saja bakar line). apapun utk menjaga keharmonian pada 23 Januari 2011 kita akan berentap vs JPKL di Sport Planet Seksyen 16, Shah Alam. Untuk memastikan skuad yg kuat turun menentang JPKL,pada 19 Januari 2011,jam 6-8pm sila turun ramai2 geng futsal JP SELANGOR ke Freenzy Futsal, Seksyen 15, Shah Alam untuk sesi pemilihan. Dalam memastikan skuad LELAKI gah,lupa pulak yg JP Selangor perlukan jugak Skuad Wanita dan Veteran Lelaki,ada ker pemain2 nyer????Warga JP Selangor tolong war-warkan kepada kaum HAWA dan OTAI2 JP Selangor yg pemain futsal diperlukan. Apapun kita kena pastikan sekurang-kurangnya 1/2 dari Skuad Futsal Zon Tengah dibarisi pemain2 dari JP SELANGOR walau hakikatnya sepatutnya JP Selangor patut sebat semua senarai player.Sampai ke temu lagi. SAYA PEDULI DOS FC...

Friday, January 14, 2011

Imbasan keputusan perlawanan persahabatan 2010

STATISTIK SELANGOR  VS  POLIS SMS                          3-0      
                                     
STATISTIK SELANGOR  VS  SUBANG FC                         4-1      
                                     
STATISTIK SELANGOR  VS  PNSB                                   2-2      
                                     
STATISTIK SELANGOR  VS  JP PUTRAJAYA                     0-0      
                                     
STATISTIK SELANGOR  VS  SG BESI                               1-3
                                     
STATISTIK SELANGOR  VS  JKM                                     0-2      
                                     
STATISTIK SELANGOR  VS  JP KL                                   3-2      
                                     
STATISTIK SELANGOR  VS  PEJABAT TANAH                  1-2      
                                     
STATISTIK SELANGOR  VS  JP PUTRAJAYA                     1-2      
                                     
STATISTIK SELANGOR  VS  POLIS SMS                           1-0      
                                     
STATISTIK SELANGOR  VS  JP KL                                    2-1      
                                     
STATISTIK SELANGOR  VS  CONCORDE                           2-2       


membawa kepada, 5 kemenangan, 3 seri dan 4 kalah...semoga 2011 memberikan keputusan yang lebih baik..sekian,wassalam.

Thursday, January 13, 2011

Sentuhan gol menjadi

Memasuki tahun baru 2011 pasukan Statistik Selangor dengan gahnya berjaya mencapai kemenangan pada game yang pertama untuk tahun in.kemenangan 5-0 ke atas pasukan JKM telah memadamkan tanggapan awal dimana ramai yang menjangkakan perlawanan ini akan berkesudahan dengan pasukan stats tewas.Ini memandangkan rekod pertemuan sebelum ini memihak kepada pasukan lawan.Apapun barisan pemain pada petang semalam telah turun dengan begitu bersemangat walaupun tanpa beberapa tonggak penting seperti kapten,Zulham yang dilanda selsema,Panjang(nama sebenar tak tahu,sorry),Qayyum yang ada kelas katanya,Awe yang datang tapi lewat,Hashim yang butnya dipinjam oleh kapten tapi belum bagi dihantar dan beberapa orang lagi.
Apa yang menarik adalah tentang gol-gol yang dijaringkan,kesemuanya boleh dikategorikan sebagai goal of the season..sungguh cantik kata seorang pemain simpanan yang berada di belakang gol sehinggakan meminta pemain yang menjaringkan gol itu mengulang semula aksinya.Manakala penyerang yang lama ketandusan gol(rasanya hampir 4 tahun!!) Fais yang menggunakan jersi bernama anaknya Faris berjaya menjaringkan gol..agak cantik juga walaupun ada sesetengah orang mengatakan itu adalah gol nasib.Apapun tahniah kepada semua pemain yang berjaya menaikkan nama pasukan.Sama-sama la kita nantikan perlawanan kedua(lawan harimau Muda D katanya)berkemungkinan pada hujung bulan ini.Akhir kata,majulah bolasepak untuk Statistik..amin!

Wednesday, January 12, 2011

Permulaan 2011 yang baik untuk Statistik Selangor

Tahniah kepada Statistik Selangor kerana berjaya menewaskan JKM ,5-0...perlawanan yang berlangsung pada 12.1.2011 pukul 5.30 petang di Padang B,Kompleks Sukan MSN Matsushita..gol-gol telah disumbangkan oleh Ayie,Anip,Fais,Halimi dan Apai...Statistik Selangor beraksi tanpa kapten yang tidak cergas..diharapkan prestasi ini dapat diteruskan untuk game yang akan datang...


 gol pertame placing cantik ayie menewaskan keeper JKM...

freekick leret yg kencang gagal ditampan oleh keeper..

crosing fais terus menerjah gawang lawan...

cubaan jarak jauh halimi gagal di baca oleh keeper ...

apai melibas bola ala berbatov time cornerkick

sekian,majulah sukan untuk Statistik Selangor