FAN SSFC

Friday, June 21, 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN KE-2 2013

Assalamualaikum W.B.T dan salam 1 Malaysia kepada semua follower's blog JPSel Soccer. Untuk makluman semua follower's, semalam(Khamis) telah diadakan perlawanan persahabatan kedua bagi pasukan SSFC menentang pasukan TOYOTA. Perlawanan telah dilangsungkan di Padang JKR, Seksyen 17, Shah Alam petang semalam. Berikut disediakan laporan berkaitan perlawanan semalam yang telad disediakan oleh PENA JPSel :



SHAH ALAM, Selangor - Petang semalam(Khamis) telah berlangsungnya satu perlawanan persahabatan antara SSFC menentang TOYOTA. Perlawanan tersebut telah diadakan di padang JKR, Seksyen17, Shah Alam.

Dengan ketiadaan beberapa tonggak utama, pasukan SSFC ketinggalan 3 gol kosong di separuh masa pertama. Pasukan SSFC kerap kali diancam dengan serangan demi serangan ke kubu oleh pihak lawan. Hanya beberapa serangan sahaja yang dapat dilakukan oleh pemain-pemain SSFC ke kubu pasukan lawan.

Pemain yang beraksi pada petang semalam terdiri daripada Rizal Za'aba selaku penjaga gol utama, dibantu oleh pertahanan yang terdiri daripada Shalahuddin, Haniff Hanan, Hisham dan Apai. Manakala di bahagian tengah dibarisi oleh Firdaus(Abe), Pojie, Ashraff dan juga Sayed. Serangan SSFC pula dikemudi oleh Shah Alias dan Nadzri Salleh. Pemain Simpanan SSFC hanya Mohd Qayyum sahaja.

Keadaan permukaan padang yang amat teruk serta berpasir amat berbahaya buat pemain-pemain SSFC kerana silap langkap boleh mendatangkan kecederaan. Di separuh masa kedua, TOYOTA memulakan serangan bertali arus ke arah kubu SSFC. Kali ini, permainan pasukan lawan sedikit perlahan dan bersahaja. Empat percubaan tepat berjaya dihasilkan oleh pasukan lawan namun hanya 3 sahaja berjaya menembusi gawang SSFC manakala satu lagi percubaan yang diperolehi oleh pihak lawan melalui sepakan penalti, tersasar jauh dari sasaran.

Bagi pemain-pemain yang tidak dapat beraksi seperti Azri Panjang, Zulham Mansor, Jefri Jani, Ahmad Fais serta Talib Mansor, diharap dapat turun beraksi pada perlawanan akan datang. Secara keseluruhannya pada aksi semalam, pemain SSFC beraksi dibawah tahap sebenar dan sedikit longlai. Mungkin kurang pendedahan dan juga perlawanan. Jika melihat statistik perlawanan SSFC bagi tahun 2013 ini, SSFC hanya mengadakan 2 perlawanan persahabatan termasuk perlawanan semalam. Perlawanan pertama SSFC pada bulan April yang lepas di Padang Mini, Shah Alam menentang pasukan Toshiba.

Diharap kekalahan semalam tidak mematahkan semangat juang para pemain untuk menempuh perlawanan-perlawanan akan datang. Sekian laporan hari ini, semoga berjumpa dilain hari dan masa. Selamat maju jaya kepada SSFC.

Sekian dari PENA JPSel.

Tuesday, April 30, 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN MENENTANG SHARP ROXY SALES

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua followers blog JPSel Soccer. Semoga anda berada dalam keadaan sihat sentiasa. Pada Sabtu lepas telah diadakan perlawanan persahabatan diantara pasukan kesayangan kita iaitu SSFC menentang pasukan SHARP(Roxy Sales). Kita ikuti sedikit laporan yang telah disediakan oleh PENA JPSel :

SHAH ALAM - Selangor : Bertempat di Stadium Mini Shah Alam, telah berlangsungnya satu perlawanan bolasepak persahabatan diantara pasukan SSFC menentang pasukan SHARP FC. Perlawanan telah berlangsung pada minggu lepas(Sabtu) jam 8:30 malam. Dengan kehadiran hampir 500 penyokong setia SSFC(penyokong Selangor vs Lions di stadium Shah Alam) telah menyuntik semangat para pemain SSFC yang telah lama tidak beraksi.

Perlawanan telah berlangsung sebanyak 3 half itu bermula sedikit hambar pada separuh masa pertama apabila pasukan SSFC yang turun buat kali pertama setelah berehat panjang nampak sedikit goyah dan hambar. 10 minit awal permainan tampak sukar buat pasukan SSFC untuk menembusi pertahanan lawan yang sering kali mengasak ke kubu pasukan SSFC.

Pasukan SSFC menurunkan Rizal Za'aba selaku penjaga gol utama dibantu oleh Shalahudin disebelah kanan, Zulham Mansor bergandingan bersama Hisham serta Mohd.Qayyum di sebelah kiri. Manakala bahagian tengah dikemudi oleh Tuan Azrin, Kechik,Talib Mansor, Razan dan Nadzri Salleh serta penyerang tunggal Fais Misbah(pemain import JDT).

Dengan corak serta formasi 4-5-1 yang diterapkan oleh pengurus pasukan untuk mengimbangi perlawanan langung tidak menjadi. Cuma ketangkasan penjaga gol SSFC, Rizal Za'aba serta barisan pertahanan pimpinan Zulham Mansor sedikit sebanyak mematahkan serangan pihak lawan yang sering kali terperangkap dengan offside. Separuh masa pertama berkesudahan seri 0-0 dengan pasukan SHARP FC lebih banyak menyerang dan mensia-siakan peluang.

Bermula separuh masa kedua, pengurus SSFC menukar formasi serta strategi dengan mengamalkan formasi asal pasukan iaitu 4-4-2 telah banyak membawa perubahan kepada corak permainan SSFC.Pengurus telah membawa masuk Shahrizal untuk menggantikan Fais Misbah, Pojie menggantikan Nadzri manakala Shalahudin digantikan dengan Firdaus(Abe) serta Tuan Azrin pula diganti dengan Azrul Zamahuri.

Serangan demi serangan dilakukan pula oleh pasukan SSFC untuk menembusi pasukan SHARP FC yang juga telah membuat beberapa rombakan diseparuh masa kedua ini. Jaringan yang ditunggu telah terhasil apabila umpanan daripada Firdaus Ghani(Abe) berjaya melepasi perangkap offside dan dikejar oleh Talib Mansor lalu membuat hantaran lintang yang gagal dikeluarkan oleh pertahanan pasukan pelawat dan berjaya disambar oleh Azrul Zamahuri untuk meletakkan SSFC mendahului 1-0.

Pasukan SSFC terus menerus melakukan serangan tanpa henti dan akhirnya gol kedua terhasil apabila Talib Mansor berjaya melepasi offside setelah menerima umpanan dari Hisham yang mudah menewaskan penjaga gol SHARP FC untuk mendahului 2 gol kosong. SHARP FC juga mempunyai peluang keemasan apabila satu serangan mereka berjaya menewaskan penjaga gol SSFC namun bola terkena tiang sebelah kanan dan melantun ke sebelah kiri sebelum berjaya ditangkap kemas oleh Rizal Za'aba.

Separuh masa ketiga bersambung, pasukan SHARP FC melakukan rombakan dengan membawa semula pasukan utama mereka untuk mendekatkan defisit jaringan namun perlawanan berlangsung seimbang. Serang balas kedua-dua pasukan sering kali mengancam pertahan masing-masing. Banyak peluang dihadapan gol dipersia-siakan oleh kadua-dua pasukan. Nadzri Salleh berjaya membuat satu rembatan dihadapan gol SHARP FC namun sepakan tersebut dipersiakan kerana menyepak tanah.Firdaus(Abe) juga mendapat peluang keemasan namun rembatannya sedikit tersasar.

Kealpaan pemain SSFC ketika mengambil sepakan sudut berjaya dihidu pihak lawan apabila berjaya membuat serang balas yang ketika itu Zulham Mansor keseorangan dibawah menghadapi tiga pemain lawan. Berlaku kucar-kacir dihadapan gol SSFC sebelum pemain SHARP FC berjaya menanduk masuk untuk merapatkan jurang gol kepada 2-1.

Serangan demi serangan dari pemain SHARP FC diminit-minit akhir perlawanan hampir-hampir untuk menyamakan kedudukan namun dipersiakan begitu sahaja. Kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.

Sekian, sedikit laporan dari PENA JPSel. Semoga bertemu lagi dimasa akan datang. Majulah Sukan Untuk SSFC...!!!

Barisan SSFC :
Rizal Za'aba, Zulham Mansor, Hisham, Razan, Shalahudin, Qayyum, Tuan Azrin, Nadzri Salleh, Kechik, Firdaus(Abe), Pojie, Shahrizal Alias, Fais Misbah, Azrul Zamahuri, Talib Mansor.













P/S : Kekalkan prestasi menghadapi perlawanan akan datang. 'Keeper' kena banyak bergayut... :)