FAN SSFC

Tuesday, June 21, 2011

Tewas Mengejut

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Moga anda semua berada dalam keadaan ceria dan sihat sentiasa. Hari ini disampaikan sedikit info berkaitan perlawanan semalam. Laporan telah disediakan :


SHAH ALAM, Selangor - Semalam(Isnin) telah diadakan satu perlawanan persahabatan diantara SSFC menentang sebuah pasukan dari Shah Alam, Seksyen 7. Perlawanan yang diadakan pada sebelah petang itu berkesudahan pasukan SSFC tewas mengejut apabila dibolos enam gol berbalas satu.

Ini merupakan perlawanan yang ke-17 buat pasukan SSFC untuk musim ini yang juga kekalahan ke-6 dimana kekalahan terakhir adalah ketika menentang pasukan PDRM-PJ. Pada petang semalam, SSFC kehilangan beberapa tonggak utama apabila tidak dapat menurukan penjaga gol muda mereka, Rizal Zaaba yang kurang cergas(demam malaria tapioka), pertahanan tengah yang juga ketua pasukan, Zulham Mansor(Shoulders Dislocation), Azri Ismail yang juga pertahanan, Ahmad Fais dan beberapa pemain lain yang sedikit sebanyak merencatkan permainan pasukan.

Diseparuh masa pertama, pasukan pelawat lebih banyak membuat serangan dengan memerangkap pertahanan SSFC melalui hantaran kemas untuk melepasi off-side yang cuba dilakukan oleh pertahanan SSFC namun gagal untuk menyekat kemaraan penyerang lawan. SSFC terpaksa menurunkan Hanif Hanan sebagai penjaga gol bidan terjun buat pasukan selepasa ketiadaan penjaga gol utama. SSFC ketinggalan 3 gol tanpa balas diseparuh masa pertama ini hasil hantaran tepat mereka yang berjaya meloloskan diri namun SSFC cuba mengejar jaringan apabila satu hantaran dari Qayyum berjaya melepasi perangkap off-side sebelum disambar oleh Nadzri Salleh (gambar) untuk menolak mudah gol saguhati buat pasukan tuan rumah.

Diseparuh masa kedua, SSFC membuat beberapa pertukaran dengan menggantikan Hanif Hanan dengan Sharizal Alias dari posisi penjaga gol ke posisi pertahanan. Pasukan pelawat hanya berjaya menjaringkan 2 gol diseparuh masa kedua ini.

Kesimpulan dari perlawanan semalam, sedikit sebanyak memberi pengajaran buat SSFC untuk lebih berusaha bagi meningkatkan permainan. Dan, tanpa beberapa tonggak utama yang mengisi posisi penting dalam pasukan seperti penjaga gol dan juga pertahanan sedikit sebanyak merencatkan permainan pasukan SSFC. Dengan kecederaan semalam yang dialami oleh Wan Faizal dan juga Mohd.Firdaus akan menambahkan lagi senarai pemain yang cedera.

Selain itu, pemain masih kurang disiplin dimana permainan yang akan dimulakan pada bila-bila masa itu dapat dilihat hanya beberapa pemain sahaja yang sampai sedangkan pasukan lawan telah pun membuat warming-up tetapi pasukan SSFC masih lagi sedang bersiap-siap.


Apa pun, teruskan komitmen anda untuk masa-masa akan datang dan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan perlawanan semalam. Semoga kita bertemu lagi di lain hari dan waktu.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!


Barisan Pemain :
Haniff Hanan, Hisham, Wan Faizal, Faizal Hasbi Tan, Qayyum, Firdaus, Nadzri, Hashim Rejab, Talib Mansor, Jefri Jani, Azrul, Rizuan Ghani, Syed Shairazi, Sharizal Alias




PENA JPsel


p/s :
Kekalahan suatu pengalaman, ambil sebagai pengajaran...
:)

Monday, June 20, 2011

PERLAWANAN PETANG INI

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian, moga anda berada dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa. Sedikit pemberitahuan mengenai perlawanan pada petang ini. Laporan seperti berikut :


SHAH ALAM, 20/06/2011 - Hari ini akan berlangsungnya perlawanan persahabatan diantara pasukan SSFC menentang pasukan Shah Alam Selangor F.C. Perlawanan ke-17 buat SSFC pada musim ini akan berlangsung pada jam 5:30 petang bertempat di Padang CCM Fertilizer, Padang Jawa.

Diharap pemain dapat hadir seperti yang telah ditetapkan oleh pengurus supaya pengurusan dapat mengatur para pemain dengan lebih baik. Pemain diingat supaya sentiasa fokus pada pertemuan petang ini bagi mencatat kemenangan buat pasukan.

Kemungkinan pasukan akan kehilangan pemain utama yang juga ketua pasukan SSFC, Zulham Mansor yang dilaporkan masih mengalami kecederaan bahu(Shoulder Dislocation) dan belum pulih sepenuhnya.

Sekian laporan untuk hari ini, akhir kata Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!




PENA JPsel

p/s : Melihat aksi SSFC semula setelah lama berehat... :)

Thursday, June 16, 2011

Mengekalkan Kemeriahan Kejohanan!!!

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Semoga anda berada dalam keadaan ceria dan gembira sentiasa. Bertemu kita sekali lagi di ruangan blog jpselsoccer bagi membincangkan isu-isu berkaitan SSFC. Dan kali ini, penulis ingin berkongsi pandangan dengan semua dan berharap ada respon terbaik dari anda semua.

Melihat pada kejohanan Futsal Inter-Unit yang berlangsung semalam, pasukan yang disertai dari unit tetap adalah pasukan Ekonomi, pasukan Harga dan juga pasukan Rangka+Admin. Manakala satu pasukan lagi disertai oleh pasukan Sambilan Ekonomi(pasukan jemputan).

Ini bermakna, kuota bagi pasukan tetap telah diisi oleh pasukan sambilan(ibarat pasukan luar). Ini yang penulis cuba maksudkan disini bahawa kemeriahan kejohanan kali ini sedikit hilang serinya kerana objektif utama kejohanan adalah untuk pasukan dari kakitangan tetap sahaja disamping meng'import' player yang sudah biasa bersama pasukan.

Pasukan tetap yang tidak menyertai kejohanan edisi ke-4(semalam) adalah pasukan Isi Rumah dan juga Pasukan Prosesan. Jika pasukan ini ada, bermakna kuota pasukan tetap yang menyertai kejohanan sudah cukup kepada empat pasukan.

Jadi, bagi memeriahkan kembali serta atas idea beberapa pihak untuk kejohanan akan datang sebelum tirai sukan SSFC berehat(bulan puasa) nanti, pasukan yang sama pada edisi ke-4 yang lepas dikekalkan manakala pasukan juara perlu ada kerana sebagai juara tidak boleh dibuang begitu sahaja dan perlu 'dibuang' secara terhormat(maaf terbahasa kasar) dan kita(pasukan tetap) perlu bermain habis-habisan untuk merampas semula piala tersebut pada edisi ke-5 nanti.

Seterusnya, apabila kejohanan dibuka semula bagi edisi ke-6, kita hadkan sahaja pasukan untuk kejohanan ini hanya kepada pasukan tetap sahaja, tiada lagi pasukan jemputan. Jika pasukan yang mengambil bahagian hanya tiga pasukan sahaja, kita kekalkan pasukan tersebut tanpa perlu ambil pasukan luar dan kejohanan diteruskan seperti biasa cuma pasukan bertanding bukan empat tetapi tiga.

Bukan untuk membuang atau membelakangkan pasukan sambilan tapi bagi penulis, kejohanan ini lebih tertumpu kepada anggota atau pasukan tetap. Jadi, kemeriahan bersama akan dirasai sebagai pemanas badan buat rakan-rakan sepasukan dalam pasukan SSFC. Lagipun, sudahlah namanya Inter-Unit, bermakna anggota tetap yang akan meneruskan kejohanan ini pada masa akan datang. Kalau sambilan yang menjadi juara dan mereka sudah tamat tempoh, bukan Inter-Unit namanya. Betul tak?

Jadi, fikir-fikirlah untuk kelebihan bersama. Jika, hendakkan pasukan luar turut serta terpulang kepada semua. Harap maaf jika ada terkasar bahasa yang penulis tidak sengaja kan semoga kritikan ini dapat membina buat pasukan pada masa akan datang.

Sekian dari penulis, akhir kata Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!




PENA JPse
l


p/s :
Kekalkan penguasaan dari Pasukan Tetap

Keputusan Futsal Inter-Unit Edisi Ke-4

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Moga anda semua berada dalam keadaan ceria sentiasa. Hari ini disampaikan sedikit info berkaitan keputusan "Futsal Inter-Unit" bagi Edisi Ke-4 semalam.


SHAH ALAM, Padang Jawa - Bertempat di gelanggang futsal Sport Planet, Seksyen 16 telah berlangsungnya kejohanan futsal diantara unit di Jabatan Perangkaan Negeri Selangor bagi edisi ke-4.

Bagi perlawanan yang dilangsungkan bermula petang semalam, berlaku sedikit keju
tan dimana pasukan jemputan iaitu pasukan Sambilan Ekonomi telah menjuarai kejohanan tersebut. Ini sedikit sebanyak telah merencatkan tiga kejuaraan sebelum ini yang dipegang oleh unit dari kakitangan tetap.

Bagi naib juara perlawanan semalam, disandang oleh pasukan Admin+Rangka manakala tempat ketiga diraih oleh
pasukan Harga. Manakala pasukan Ekonomi sekadar menduduki tempat terakhir dimana kejohanan ini hanya disertai oleh empat pasukan sahaja.

Apa pun tahniah buat pemenang dan terima kasih atas sokongan semua. Diharap kejohanan ini dapat berlangsung seperti biasa pada masa akan datang dan berharap, hanya unit tetap sahaja yang menyertai.

Sekian, akhir kata Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!



PENA JPsel


p/s :
tak rela 'trofy' bukan dimiliki oleh rakan-rakan tetap... :(

Tuesday, June 14, 2011

Perlawanan Tertangguh

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Diharap anda semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Pada 13/06/2011(Isnin), sepatutnya diadakan perlawanan persahabatan untuk pasukan SSFC yang telah berehat hampir seminggu lebih.

Perlawanan menentang pasukan Toyota, yang dijangka bermula petang Isnin itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui(takut kot...) dan pasukan SSFC hanya turun berlatih seperti biasa.

Apapun, terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama buat pasukan dan memberi komitmen pada latihan.Ini sahaja pengumuman dari penulis, harap maaf sebab lambat post tetapi sekurangnya menjadi sedikit info buat semua.

Sekian, akhir kata Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!


PENA JPsel

p/s : Tim SSFC tak sabar nak membaham pasukan lawan... :)

Reka Bentuk Jersi SSFC...

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Diharap anda semua berada dalam keadaan sehat dan ceria selalu. Penulis memohon maaf kerana tiada posting terbaru dalam masa terdekat ini, maklumlah sedikit sibuk sejak kebelakangan ini jadi hari ini penulis ingin menyampaikan sedikit info yang baru penulis perolehi.

Setelah seminggu lebih pasukan SSFC diberi rehat setelah mengharungi perlawanan yang padat pada minggu-minggu lepas. Mulai esok pemain SSFC akan bertarung tetapi bukan dipadang kerana pemain SSFC akan menentang sesama sendiri bagi merebut piala pusingan pada perlawanan Inter Unit Edisi ke-4 yang akan berlangsung hari ini.

Jadi, bukan mengenai perlawanan futsal yang penulis ingin sampaikan tetapi berita dari pihak pengurusan dimana baru-baru ini, pihak pengurusan telah hadir di pejabat PENA JPsel dan memaklumkan tentang JERSI BARU SSFC. Penulis cuba mengubah sedikit bagi menampakkan kesesuaian kepada pasukan SSFS jadi, penulis hanya ingin bertanya kepada semua terutama pemain SSFC, adakah reka bentuk(design) jersi ini bersesuaian?Lihat gambar dibawah :



KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS

Diharap anda semua dapat memberi idea dan maklumkan kepada pengurus secepat mungkin supaya kita berjaya merealisasikan impian untuk menyarung jersi ini nanti. Juga, kerjasama semua juga diperlukan agar segala berjalan lancar.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!




PENA JPsel

p/s : Tak sabar nak menyarung jersi nie, warna dah 'garang'... :)

PENGUMUMAN "MATCH INTER-UNIT"

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Diharap anda semua berada dalam keadaan ceria sentiasa. Hari ini dilaporkan sedikit info berkaitan Perlawanan Inter Unit Edisi Ke-4.


SHAH ALAM, Selangor - Perlawanan Futsal Inter-Unit bagi Edisi Ke-4 akan berlangsung pada 15/06/2011 (Rabu) esok bertempat di gelanggang Futsal Sport Planet Seksyen 16 Bermula jam 6:00 petang hingga 9:00 malam.

Adakah pasukan Ekonomi mampu mempertahankan rekod kemenangan mereka. Saksikan secara langsung perlawanan Futsal Inter Unit Edisi ke-4 yang dijangka berlangsung sengit ini.

Diharap pemain dapat hadir seperti masa yang ditetapkan agar perlawanan dapat dijalankan mengikut ketetapan waktu yang telah dirancang. Apapun, penulis mengharapkan permainan bersih dari semua pasukan dalam meningkatkan semangat berpasukan. Bermain secara profesional agar perlawanan esok terlepas dari sebarang masalah yang tidak diingini.

Akhir kata, Majulah Sukan Untu Negara Juga SSFC!!!


PENA JPsel


p/s :
Lihat team SSFc bermain esok, setelah rehat dari match padang...
:)

Friday, June 3, 2011

Saksikan Imbasan Perlawanan Menentang MBPJ

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan ceria sentiasa. Bagi memeriahkan blog SSFC kali ini, penulis akan cuba membuat pembaharuan dan mencari inisiatif baru dan kali ini sebagai percubaan pertama dari blogger, PENA JPsel akan cuba berkongsi detik perlawanan ketika menentang MBPJ-G27 tempoh hari.

Maklumlah, nak post semua gambar untuk tatapan anda semua mungkin sedikit sukar, jadi penulis cuba convert gambar para pemain SSFC ke bentuk video. Semoga anda semua terhibur :)




Semoga kita akan bertemu lagi di lain waktu dan masa yang sesuai dengan mengupas isu serta lebih banyak paparan menarik untuk disaji kepada anda semua.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!



PENA JPsel

p/s : Mari menonton... :)

Thursday, June 2, 2011

Sekadar Kenangan...

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Diharap semua berada dalam keadaan ceria sentiasa. Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih atas komitmen tinggi yang ditunjukkan semalam dan tidak lupa ucapan TAHNIAH buat semua kerana berjaya merakam kemenangan semalam.

Hari ini, penulis ingin berkongsi gambar kenangan bersama pemain yang beraksi pada malam semalam menentang MBPJ-G27 FC(ibarat champion league) yang berlangsung di Stadium MBPJ, kelana Jaya. Maklumlah, sekali seumur hidup dapat beraksi di stadium lagipun musim ini sahaja SSFC telah mengharungi 16 perlawanan dan ini diibarat seperti perlawanan akhir sebelum SSFC berehat untuk memberi laluan buat JP Perangkaan Negeri(Banci Ekonomi) yang padat selepas ini.

Semoga anda semua terhibur...
:)




Hanya sebagai kenangan serta ucapan terima kasih buat semua.Sekian dari penulis moga anda semua enjoy.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!



PENA JPsel

p/s
: Kenangan menjadi kenyataan ... :)

Wednesday, June 1, 2011

Senyum @ SSFC

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Diharap anda semua berada dalam keadaan ceria sentiasa. Pada minggu lepas telah di post kan 5 fakta menarik SSFc dan kali ini di paparkan 5 lagi fakta-fakta menarik untuk tatapan follower's semua. Diharap agar semua terhibur. Mari kita lihat 5 fakta menarik SSFc :


Mengikut Sejarah Team SSFc .....

1).....telah ada 5 SET LENGKAP jersi pasukan
.

2).....pemain yang pernah menjaringkan 'HATRIK' adalah Ahmad Fais dan Mohd Hafiz Samirin.

3).....kelab yang paling kerap SSFC friendly adalah pasukan SiRiM dan S.U.K


4).....dalam semusim, tidak pernah KEMENANGAN mengatasi KEKALAHAN...(banyak kalah ler)

5).....
JARINGAN TERBESAR SSFc adalah ketika menentang P.O Kajang dengan jumlah 9 gol tanpa balas...


Setakat ini, 10 fakta menarik SSFc yang telah di sampaikan oleh PENA JPsel. Harap semua terhibur kali ini dan kita akan berjumpa lagi di lain hari dan waktu yang sesuai dengan 5 lagi fakta menarik untuk tatapan anda semua.


Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFc!!!



Senyum @ SSFc

p/s : Seronok menjadi sebahagian dari 'artifak' kelab ini... heheheh :)

Kemenangan Ibarat Final!!

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Moga anda semua berada dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa. Seperti biasa, bertemu kita sekali lagi dan hari ini kita menunggu laporan berkaitan perlawanan semalam. Laporan telah disediakan :



KELANA JAYA, Petaling Jaya - Semalam telah diadakan perlawanan persahabatan diantara MBPJ-G27 menentang SSFc. Perlawanan telah diadakan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada sebelah malam.

Ibarat perlawanan akhir(champion league) ini, telah berakhir dengan kemenangan berpihak pada pasukan SSFc dengan 3-2. SSFc menurunkan beberapa pemain utamanya untuk menghadapi pasukan lawan yang lebih berpengalaman. Pasukan MBPJ-G27 terlebih dahulu membuka jaringan di separuh masa pertama apabila penyerang utama mereka, Azlan Johar mudah menolak masuk menewaskan penjaga gawang SSFc, Mohd Rafiqie. pada minit ke-23. Sekali lagi Rafiqie tertewas apabila serangan pantas pasukan lawan mudah menolak lemah untuk mendahului 2-0 pada minit ke-27. SSFc cuba menyerang balas apabila penyerang SSFc, Jefri Jani yang mudah menggelecek penjaga gawang lalu menolak lemah namun bola hanya melintasi gawang lawan.

SSFc tanpa pertahanan utama yang juga ketua pasukan, Zulham Mansor sedikit merencatkan permainan pasukan. Diseparuh masa kedua, SSFc menurunkan Azri Ismail bagi memperkuatkan pertahanan dan terbukti apabila SSFc tenang menyerap asakan selain beberapa percubaan berbahaya ke kubu pasukan lawan. Serangan demi serangan membuahkan hasil apabila SSFc berjaya menjaringkan gol untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-36, Lurifas mudah melepasi perangkap '
offside' untuk kedudukan 1-2. Banyak percubaan dari pemain SSFc di separuh masa kedua ini selain beberapa larian yang berjaya memerangkap lawan namun SSFc gagal menambah jaringan.

Permainan bersambung di separuh masa ketiga, SSFc melancarkan serangan dan cuba menyerap asakan lawan yang lebih banyak mengawal permainan. SSFc meletakkan harapan kepada penjaga gawang muda, Rizal Zaaba yang tidak mengecewakan apabila berjaya mempertahankan gawang dari ditembusi. Pertahanan MBPJ-G27 yang terlalu yakin ketika mengawal permainan memakan diri apabila asakan pemain SSFc mudah merampas bola lalu singgah di kaki Jefri Jani(gambar kanan) yang mudah menggelecek penjaga gawang lawan untuk mengikat kedudukan 2-2.

Pengurus SSFc mengatur beberapa strategi pasukan dengan menggantikan beberapa pemain untuk memperkuatkan posisi. Akhirnya jaringan yang dicari SSFc terhasil apabila satu umpanan dari tengah padang berjaya dikejar oleh Ayon yang melepasi perangkap '
offside' hanya berdepan penjaga gawang lalu mudah menolak untuk SSFc mendahului pada minit ke-84. MBPJ-G27 cuba menyerang balas untuk mengikat kedudukan namun gagal disudahkan dengan baik apabila pemain SSFc sedaya upaya menyerap asakan untuk mengekalkan kemenangan 3-2 buat SSFC.

"Pemain menunjukkan komitmen tinggi selain cuba menyerap asakan lawan yang lebih banyak mengawal permainan serta hantaran-hantaran pantas. Banyak peluang terhidang namun tidak di manfaatkan sebaik mungkin. Apapun tahniah buat semua pemain yang memberi komitmen tinggi." Kata ketua pasukan yang hadir memberi sokongan kepada SSFc.


Ini kemenangan yang ke-9 SSFc musim ini daripada 16 perlawanan yang dihadapi. Tahniah atas kerjasama sepasukan. Tingkatkan mutu permainan pada pertemuan akan datang. Sekian ulasan hari ini untuk perlawanan semalam.Tahniah sekali lagi buat SSFc dan diharap tidak lena dibuai kemenangan. Bersiap untuk perlawanan mendatang.



Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFc!!!




PENA JPsel

p/s : 'injured' semula selepas sebulan beraksi semula...tahniah SSFc untuk game semalam.. :)

Pengumuman Perlawanan Hari Ini

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Moga anda semua berada dalam keadaan ceria sentiasa. Hari ini, disampaikan pengumuman perlawanan yang dinanti oleh semua peminat SSFC. Berikut dipaparkan pengumuman tersebut :


SHAH ALAM, Selangor - Buat semua peminat-peminat pasukan SSFc, malam ini SSFc dijadualkan akan bertemu pasukan MBPJ-G27 yang akan berlangsung pada jam 8:30 malam ini. Perlawanan persahabatan ini dapat disaksikan secara langsung di Stadium MBPJ, kelana Jaya.


Diharapkan peminat serta follower's semua dapat hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan SSFc. Bagi pemain-pemain SSFc, diharap dapat hadir awal untuk sesi warming-up seterusnya pengurus akan lebih mudah memberi arahan buat pemain bagi mengatur strategi.

Diharap juga pemain dapat memberi tumpuan penuh untuk perlawanan malam ini. Peljari dari permainan lawan supaya dapat diserap pada masa akan datang. Juga, tumpuan pada komitmen, disiplin serta semangat berpasukan harus diutamakan.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFc!!!



PENA JPsel

p/s : Dapat menimba ilmu pada malam ini, semoga berjaya SSFc... :)

Mengekalkan Kemenangan Perlawanan Luar

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Pertama sekali penulis memohon maaf di atas kelewatan menghebahkan laporan kemenangan pasukan kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Hari ini, kita berjumpa lagi diruangan yang sama dan di postkan laporan berita berkaitan perlawanan SSFc menentang JP Perak(JPP). Laporan telah disediakan :



IPOH, Batu Gajah - Mengekalkan kemenangan, itulah ungkapan yang sesuai buat pasukan SSFc apabila mereka mengekalkan rekod kemenangan perlawanan diluar Selangor ketika bertemu pasukan JP Perak(JPP) pada 28/05/2011 baru-baru ini.

Tanpa beberapa pemain utama pasukan, SSFc mengekalkan rentak permainan baik ketika bertemu JPP sabtu lepas untuk meraih kemenangan 2-1. Permainan bermula baik dari pemain SSFc apabila kerap melancarkan serangan ke kubu lawan. Banyak peluang tercipta pada separuh masa pertama namun tidak dapat disudahkan dengan sempurna oleh pemain.

Jaringan pertama tercipta apabila bola hantaran Ahmad Fais ditanduk oleh Jef
ri Jani(gambar kanan) untuk memperoleh jaringan pertama. Tidak lama selepas itu, satu gerakan solo dari ketua pasukan, Zulham Mansor(gambar bawah) sambil dibantu oleh Nadzri yang membuat gerakan satu dua lalu mudah menguis bola ke gawang JPP untuk mendahului 2-0.

Setelah babak kedua bersambung, SSFc telah membuat beberapa pertukaran pemain bagi mengimbangi beberapa posisi. Permainan nampak seimbang namun pasukan JPP berjaya mencuri gol saguhati ketika serangan yang mereka lakukan berjaya menewaskan penjaga gol SSFc, Rizal Zaaba untuk kedudukan jaringan 2-1.

Pemain SSFc cuba bertahan serta mengawal permainan terutama dibahagian pertahanan yang kerap kali membenteng asakan lawan bagi memperolehi kemenangan sebagai bekalan untuk dibawa pulang. Permainan berlanjutan sehingga separuh masa ketiga namun tiada jaringan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan pada petang itu. Akhirnya kemenangan tercipta diluar buat SSFc yang menewaskan JPP 2-1.

Pemain beraksi baik, memberi tumpuan penuh serta fokus pada pertemuan tersebut sehingga memperoleh kemenangan. Teruskan perjuangan dan tingkatkan mutu permainan pada masa akan datang.


Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFc!!!




PENA JPsel

p/s : Tiada dalam sebahagian skuad ketika bertarung, 'glove' baru tak melekat :)