FAN SSFC

Thursday, May 5, 2011

Apa Sudah Jadi Barisan Hadapan SSFC ??

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's dan peminat pasukan SSFC. Bertemu kita lagi didalam blog jpselsoccer untuk berbincang dan melontar sedikit pandangan untuk kepentingan bersama. Jadi, kali ini ingin saya post kan sedikit info berkaitan penyerang-penyerang dalam pasukan SSFC sekadar untuk memeriahkan blog ini.

SHAH ALAM, 5/5/2011 - Kita sedang hangat berbincang dan memperkatakan mengenai penganugerahan terutama bagi anugerah Penjaring Terbanyak namun sedar tidak sedar untuk musim kali ini, terdapat pemain yang masih ketandusan jaringan terutama penyerang sedangkan perlawanan telah pun memasuki perlawanan yang ke-12.
Apa sudah jadi?

Seperti sedia maklum, Ahmad Fais sedang mendahului jaringan dengan 4 gol, diikuti Mohd Nadzri 3 gol. Mengikut posisi, Mohd Nadzri sering diletakkan di posisi yang berubah-ubah namun masih mampu menjaringkan gol. Apa yang ingin dibincangkan adalah berdasarkan purata jaringan yang dihasilkan dari penyerang SSFC kali ini nampak kurang berbanding musim-musim lepas seperti musim 2010, Jefri Jani antara penyerang paling banyak menjaringkan gol pada musim lalu namun, musim ini hanya sekadar menjaringkan 1 gol dari 12 perlawanan. Seorang lagi penyerang Talib Mansor juga kerap menjaringkan gol pada musim 2009 namun ketandusan jaringan pada musim lepas dan musim ini nampak kurang konsisten dan sekadar menjaringkan 2 gol dari 12 perlawanan.

Manakala Zaizullyadi hanya sekadar menjaringkan 2 gol musim ini dan hanya turun beraksi jika tiada sebarang masalah untuk menghadapi perlawanan. Dan seorang lagi penyerang Sharizal Alias yang kerap diturunkan namun masih belum menemui sasaran menjaringkan gol untuk musim ini. Lain-lain jaringan dilakukan oleh pemain dari pelbagai posisi cuma, disini kita melihat dari skop penyerang sahaja.

Lihat statistik jaringan yang dilakukan oleh penyerang SSFC setakat ini :-


Adakah Ahmad Fais akan terus mengungguli senarai penjaring terbanyak? Adakah penyerang lain akan terus gagal menjaringkan gol? Dan berapa ramai pemain dari posisi lain akan terus menjaringkan gol?

Walau apapun, penyudah kepada penghasilan gol buat penyerang pasukan SSFC bergantung pada komitmen, komited serta fokus yang berterusan dan tidak lupa juga bantuan dan kerjasama rakan-rakan sepasukan untuk membantu barisan hadapan untuk terus menjaringkan gol. Anugerah mungkin suatu sasaran buat pemain namun, kemenangan pasukan adalah perkara paling dan perlu diutamakan dalam membantu hala tuju pasukan.

Oleh itu, penyudah tidak terus tertumpu kepada penyerang kerana sesiapa didalam pasukan masih mampu menjaringkan gol namun harus diingat semangat sepasukan harus di utamakan. Sampai disini dulu posting saya untuk kali ini, moga kita berjumpa di lain waktu. Diharap semua follower's dan peminat SSFC akan terus menyokong pasukan SSFC dan menyuntik semangat sebagai tonik tambahan buat pemain.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara dan juga SSFC!!!



PENA JPsel

p/s : Mengharap ketajaman semua 'striker' SSFC :)

3 comments:

Red Doss said...

itu la..mmg nmpak sgt ketumpulan jentera serangan ssfc musim ni..main dh berbelas game tp penyerang kurang menjaringkan gol..harap player posisi lain lak yg score..nasib baik penjaga gol x naik score..

apapun nasib baik dua2 penjaga gol ssfc cemerlang..klu x mgkin lg byk kekalahan yg ssfc alami..hehehe

Anonymous said...

Syed 'iniesta' perlulah lebih kreatif mencipta peluang. Azrul 'messi' sekali sekala perlu buat larian solo hingga ke pintu gol. Talib 'ronaldo' kena buat stepover selalu. Shah 'drogba' mungkin perlu gandingan baru..Hehe

jeffrey23 said...

Nk striker cam ne? Yg tgl nk tolak masuk gol or die yg menyerang buat gol?