FAN SSFC

Friday, April 29, 2011

Senarai Penjaring Goal JP SEL 2011

Salam 1 malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Dikesempatan ini saya ingin posting kan sedikit info berkaitan senarai penjaring bagi pasukan SSFC untuk musim 2011 sehingga bulan April ini.

SHAH ALAM : Sedar tidak sedar pasukan SSFC telah mengharungi 11 perlawanan musim 2011 ini. Disini disenaraikan nama-nama penjaring bagi pasukan SSFC sehingga April 2011 untuk tatapan follower's blog SSFC. Berikut adalah senarai dan jumlah jaringan setakat ini :-

3 Gol - Fais Misbah, Nadzri Salleh

2 Gol - Azrul Zamahuri, Talib Mansor, Wan Fauzi, Zulyadi,

1 Gol - Rizuan Ghani, Hanif Hanan, Halimi Merun@Mirun, Jefri Jani, Nik Norul

Diharap senarai penjaring ini akan bertambah untuk perlawanan-perlawanan seterusnya serta memastikan KEMENANGAN milik pasukan SSFC selepas ini.Sehubungan itu, komitmen serta semangat sepasukan yang tinggi di perlukan dalam mengharungi cabaran yang mendatang.

Insyaallah, kita akan bertemu di lain waktu jika berkesempatan dan akan saya posting kan info-info serta maklumat-maklumat terkini pasukan SSFC.

Sekian, Majulah Sukan Untuk Negara dan SSFC!!!



PENA JPSel

p/s : Harap bertambah gol bukan melepaskan gol dengan banyak :)


Jaringan Lewat Permainan

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Disini disampaikan sedikit info mengenai perlawanan semalam :-

SHAH ALAM - Perlawanan persahabatan yang berlangsung pada petang semalam menentang pasukan dari JKM berkesudahan seri dua gol sama. Perlawanan berlangsung di padang CCM Fertilizer dalam keadaan padang yang agak lembab dan berlumpur akibat hujan.

Perlawanan nampak seimbang diseparuh masa pertama di mana, kedua-dua pasukan cuba menyerang balas. Namun kealpaan pertahanan pasukan SSFC pada minit ke-27, telah memberikan permulaan jaringan pertama bagi pasukan lawan. Jaringan berpunca dari penyerang pasukan lawan yang mudah melepasi pertahanan pasukan SSFC sebelum merembat ke gawang pasukan SSFC. Pasukan lawan sekali lagi memperolehi kesempatan untuk menjaringkan gol kedua melalui gerakan hampir sama, namun kecemerlangan penjaga gawang SSFC,Rizal Zaaba berjaya menafikan percubaan dari pihak lawan.

Permainan bersambung di separuh masa kedua dengan pasukan SSFC cuba bangkit untuk mencari jaringan penyamaan. Beberapa pertukaran posisi dilakukan bagi mencari keserasian. Zulham beralih ke posisi sayap kanan telah beberapa kali berjaya meloloskan diri melepasi pertahanan lawan. Jaringan yang dicari pasukan SSFC berhasil pada minit ke-57 apabila umpanan dari Zulham kepada Nadzri(gambar) tidak disia-siakan sebelum melakukan rembatan dalam kotak penalti bagi mengikat kedudukan satu sama.

Namun pasukan JKM pantas mendahului SSFC pada minit ke-78 apabila satu rembatan kencang dilepaskan dari luar kotak penalti selepas berlaku sedikit kucar-kacir dihadapan gawang sebelum menewaskan penjaga gawang SSFC yang di kawal oleh Rizal untuk mendahului SSFC 2 gol 1. Beberapa pertukaran pemain dilakukan oleh pasukan SSFC bagi mencari jaringan penyamaan dalam usaha mempertahankan rekod pertemuan dengan pasukan JKM sebelum ini. Tanpa beberapa tonggak utama seperti Jefri Jani, Rizuan Ghani, Hanif Hanan, dan beberapa lagi tidak mematahkan semangat juang pasukan SSFC.Penyerang SSFC, Talib hanya dapat beraksi 10 minit permainan sebelum dikeluarkan akibat kecederaan lutut, manakala Nik Norul juga dikeluarkan akibat kecederaan di separuh masa kedua.

Ketua pasukan SSFC, Zulham yang beraksi di posisi sayap kanan bermain dengan cemerlang kerana beberapa kali berjaya menembusi pertahanan lawan namun, juga dikeluarkan untuk diganti dengan Ariff. Serangan demi serangan dari pasukan SSFC di minit-minit akhir permainan membuahkan hasil apabila gerakan dari luar kotak penalti JKM disambar oleh Fauzi(gambar) sebelum mencetak satu rembatan untuk menewaskan penjaga gawang JKM pada minit ke-90 untuk mengikat kedudukan 2 gol berbalas 2 sehingga permainan tamat.

"Pasukan telah mengharungi beberapa siri perlawanan, dan sepatutnya sudah ada keserasian diantara pemain namun masih banyak lagi kelemahan-kelemahan mudah yang sering kali dilakukan," kata ketua pasukan SSFC.

SENARAI PEMAIN : Rizal,Halimi,Azrul,Qayyum,Nik Norul,Syed Shairazi,Nadzri, Hisham, Fais, Shahrizal,Zulham,Fauzi,Afzahari,Ariff,Shalahudin,Talib

PENA JP Sel

p/s : Membaiki kelemahan pasukan serta bersedia untuk beraksi di pelbagai posisi

Thursday, April 28, 2011

Perlawanan Menentang J.K.M

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua warga JP Selangor. Pengumuman untuk perlawanan persahabatan pada petang ini.

Shah Alam, Selangor : Satu perlawanan persahabatan di antara SSFC menentang J.K.M yang akan diadakan pada 28/04/2011( Khamis), iaitu pada hari ini bertempat di Padang Kilang CCM Fetilizer. Perlawanan dijangka berlangsung pada jam 5:30 petang.

Diharapkan pasukan dapat memperolehi kemenangan pada petang ini dengan menunjukkan mutu serta disiplin permainan yang tinggi.Akhir kata, selamat maju jaya buat pasukan SSFC.


PENA JPsel

p/s:Percubaan penulisan pertama dari wartawan muda :)

Monday, April 25, 2011

Tewas dikala menguasai game...

Assamualaikum dan selamat sejahtera kepada follower sekalian...

Harap korang berada dalam keadaan baik dan sejahtera hendaknya...

Khamis, 21/4/2011...Padang CCM, Seksyen 16...Statistik Selangor FC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan team Jabatan Pendaftaran Negara,Negeri Selangor...(JPN Selangor)...game berlangsung dalam cuaca yang agak mendung...maklumlah,cuaca x menentu sekarang ni...

Talib..terpaksa dipapah keluar kerana
kecederaan lutut...
Tewas dikala menguasai game...? ape agaknye maksudnye...sebelum game,dijangka game akan berlangsung dengan seimbang..maklumlah,kedua2 team pun dibarisi dengan kakitangan awam...itu hanya ramalan awal...bile game start,dapat dilihat Statistik Selangor FC menguasai game dengan melancarkan banyak serangan yang dapat melolosi pertahanan mereka..tetapi, xtahu ape yg  jadi kepada barisan depan kita...yang gagal time melakukan finishing...sehinggalah, Syed dijatuhkan didalam kotak penalti...dan dihadiahkan sepakan penalti...Talib yang cube menyempurnakan sepakan itu..tetapi dinafikan oleh keeper mereka yang bijak mengagak arah bola itu disepak...selepas itu,satu passing yang lemah oleh Syed ditengah padang telah menyebabkan bola dirampas oleh pemain JPN Selangor..mereka berjaya melepasi perangkap offside dan memperolehi gol tunggal dan gol kemenangan mereka...Tahniah diucapkan,gol itu memberikan mereka memperolehi kemenangan pertama pada tahun ini...

2nd half...Statistik Selangor FC yang beraksi tanpa beberapa orang pemain bintang seperti Jeff(menghadiri Kursus Induksi) , Wan Ganu(balik kampung),Hashim(kurang cergas) dan Panjang(tidak diketahui sebabnya)..mujurlah Kapten kita ,Zulham mahu bermain walaupun kurang cergas..dan Statistik Selangor FC tetap dapat menguasai game ..dan tanpa putus asa cuba mencari gol...tetapi tetap gagal...kerana mereka telah bermain dengan formasi bertahan ..dan kecekapan keeper mereka yang menafikan banyak cubaan...layak saya katakan man of the match ialah keeper mereka...game berakhir dengan kita tewas 0-1...

Okeh,kesimpulan yang dapat dilihat adalah finishing barisan depan kita agak tumpul dalam mencari gol...banyak kelemahan yang perlu dibaiki..diharapkan,kepada player yang ditegur..amik secara positif..saya sendiri pun selalu ditegur..x salah kalo setiap pemain,menerima teguran..kerana rakan2 pasukan kita adalah cermin kepada diri kita didalam padang...dan kita,cermin kepada rakan kita...so,buatlah yang terbaik...gud luck untuk game akan datang...jangan putus asa dengan setiap kekalahan..dan jangan terlalu pandang rendah keupayaan lawan...

Sekian tuk kali ini...akhir kata, Majulah sukan tuk Negara dan Statistik Selangor FC...

Wednesday, April 20, 2011

Piala bertukar TANGAN...

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera kepada follower2 blog ni...

Diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang baik...

MAAF kerana kami mengambil masa yang lame untuk postkan ulasan ni...baru hari ni kami ade masa untuk postkan...

Okeh,seperti yang diketahui..pada Khamis ,14 April 2011 telah berlangsung Futsal Inter unit JP Selangor 2/2011 di Frenzy Futsal ,Sek 15 Shah Alam...

Seperti yang dirancang...4 team telah mengambil bahagian...unit ekonomi , unit admin , unit harga dan unit prosesan+isirumah....game telah bermula pada pukul 6.30 pm dan berakhir pada pukul 9.00 pm...
team Prosesan + Isirumah
team Ekonomi
juara bertahan..team Harga

pendatang baru..team Admin
Perlawanan berlangsung dengan baik..dan dengan penuh persaingan yang mendebarkan..dilihat daripada team..memang susah untuk meramalkan siapakah yang bakal bergelar juara...semuanya mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri...

Setelah tamat kesemua game...telah munculnya juara baru untuk edisi 2/2011...juaranya ialah team Prosesan + Isirumah...tahniah diucapkan kepada mereka kerana berjaya merampas kejuaraan dari tangan team Harga...

Pada keseluruhannya..semua berjalan dengan lancar..segala kekurangan dan kelemahan pihak penganjur meminta seribu kemaafan..kami berharap, pertandingan ini dapat diteruskan pada masa akan datang...

Pihak penganjur juga ingin berpesan..kita bertanding atas dasar persahabatan...diharapkan segala kekasaran dan kesilapan ketika game dapat dilupakan selepas game...supaya perhubungan antara satu sama lain baik2 saja...segala kesalahan dan kekasaran harap dapat dimaafkan sesama kita...

dan inilah...juara baru...Team Prosesan + Isirumah...
Okeh,sampai sini jer dulu...akhir kata...Majulah sukan tuk Negara dan Statistik Selangor FC...Bubbye...

Wednesday, April 13, 2011

Kembali menjadi rebutan...

Futsal Inter Unit 2/2011...- 4 penjuru

Okeh,seperti yang semua dah tahu...esok, akan berlangsung edisi 2/2011 Futsal Inter Unit - 4 penjuru...
pada kali ini team yang mengambil bahagian ialah...Ekonomi,Isi Rumah ,Harga (holder) dan pendatang baru..Admin...so,kali ni,kita akan main 4 team..2 pusingan liga...team yang collect mata tertinggi..merekalah juara...

KHAMIS 14/4/2011 , 6.00 PM
B3, FRENZY FUTSAL ,SEKSYEN 15
PIALA YANG AKAN MENJADI REBUTAN...


Macam biasa,team yang x cukup player..boleh import player dari unit lain...contoh, Isi Rumah + Prosesan...dan player dari unit rangka juga boleh diimport...tetapi,hanya 2 orang player dari pekerja sambilan yang sedang berkhidmat sahaja dibenarkan...

Kali ni,kita akan memanggil seorang reff dari luar untuk mengendalikan game...format mcm biasa..masa, 5-1-5..main out & corner...

Diramalkan,akan berlaku perlawanan yang sengit,kerana setiap team berazam mahu merampas piala pusingan daripada tangan team harga...

Akhir kata,selamat berjuang...main sungguh2 dengan semangat kesukanan dan persahabatan...

Statistik Selangor FC bangkit..

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada follower yg dikasihi...

1st,kami mintak maaf banyak2...kerana dah lame x update blog ni...bkn x nak..tp,agak sibuk dengan keje...x sempat...

okeh,ni nak cite pasal game pada Khamis 7/4/2011..bertempat di Padang CCM,Seksyen 16...vs R.A.C FC...Team dari Meru,Klang....minggu lepas punye game la ni...baru hari ni sempat ulas...

Game berlangsung dalam cuaca yang baik...dengan kehadiran player Statistik Selangor FC seramai 20 orang...jarang2 berlaku...tahniah dan terima kasih atas komitmen anda...keeper kita, Ijal...kerana Fiqie masih mahu menyambung rehatnya...

Perlawanan petang itu agak seimbang...mereka mendahului kita pada babak pertama,hasil cubaan lemah dari kanan gol..menewaskan Ijal yg tidak menutup ruang dengan baik...selepas itu,Ijal beraksi dengan lebih cemerlang...1st half..0-1...

kembali temui sentuhan gol
2nd half,kita terus mengasak untuk mendapatkan gol...hasilnya,rembatan cantik dari luar kotak penalti oleh Jeff berjaya menerjah jaring mereka...sebelum itu,Qayyum...telah mengelecek 3 org player mereka sebelum assist bola itu kepada Jeff...1-1...



3rd half,kedua2 team berbalas serangan...sehinggalah,kita dihadiahkan 1 freekick..bola dilambung ke dalam kotak penalti mereka..dan ditanduk clear oleh player mereka..dapat pula ditanduk kedalam kotak penalti oleh Syed..dan ditanduk oleh Ayie sekaligus menewaskan keeper mereka...wah,berape banyak tanduk la....hehehe...2-1...mereka memperolehi gol hasil dari corner kick...tetapi tidak dikira kerana bola terkena tangan terlebih dahulu...dengan ini...Statistik Selangor FC comeback untuk menang 2-1...tahniah2...

senyuman scorer..huhuhu
Dapar dilihat disini...player2 kita dah semakin serasi...dan tidak cepat putus asa,walaupun telah ketinggalan...semangat sebeginilah yang penting untuk bermain didalam satu2 team...

k la,sampai sini je dulu tuk harini...jupe lagi ek...

Akhir kata ,majulah sukan tuk Negara dan Statistik Selangor FC