FAN SSFC

Friday, October 28, 2011

Kejohanan Faris Cup - 4 Penjuru

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's blog SSFC yang dihormati. Bersua kita sekali lagi diruangan ini dan kali ini penulis akan menyiarkan sedikit info berkaitan perlawanan futsal empat penjuru yang telah berlangsung baru-baru ini.

Buat pengetahuan follower's sekalian, kejohanan yang dijalankan pada hari Selasa(24/10/2011) tempoh hari berlangsung dengan meriahnya serta penyertaan dari semua warga kerja Jabatan Perangkaan Selangor terutama pemain-pemain yang mewakili pasukan SSFC. Bagi kejohanan futsal ini, penganjur perlawanan iaitu Encik Ahmad Fais Bin Misbah telah mengatur sedikit format perlawanan supaya kejohanan lebih menarik dan hadiah berupa medal menjadi sumbangan kepada juara kali ini.


Format atau undang-undang pertandingan kali ini dimana, pemain-pemain yang menyertai kejohanan seramai 28 orang telah diundi dan dibahagi kepada empat kumpulan kecuali penjaga gol yang telah diasingkan untuk mewakili setiap kumpulan.Ini bermakna, setiap kumpulan akan terdiri dari tujuh orang pemain kesemuanya.


Seterusnya perlawanan akan diadakan secara dua pusingan atau timbal-balik dan juara kumpulan akan bertemu tempat ke-4, manakala tempat ke-2 akan bertemu dengan tempat ke-3 di peringkat separuh akhir. Bagi memberi impak terhadap perlawanan akhir supaya pemain-pemain yang beraksi di perlawanan akhir mendapat rehat secukupnya, perlawanan bagi merebut tempat ke-3/4 telah dilangsungkan terlebih dahulu.


Seperti yang dijangka, perlawanan akhir yang melibatkan pertemuan diantara Kumpulan 1(Volkswagen) menentang Kumpulan 3(Jaguar) telah berlangsung sengit. Kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat perlawanan. Penentuan penalti memisahkan jurang dan Jaguar dari kumpulan 3 dinobatkan
sebagai juara bagi kejohanan futsal julung kali diadakan seperti ini.


click image for view

Diatas ini dipaparkan sedikit keputusan dan jadual perlawanan bermula pusingan pertama,kedua, separuh akhir hingga ke perlawanan akhir.


Bagi penulis yang baru menemubual penganjur perlawanan Encik Ahmad Fais Misbah baru-baru ini berkata, penganjuran perlawanan ini bukan bertujuan mencari siapa menang atau terhebat tetapi lebih kepada meningkatkan sefahaman dikalangan pemain SSFC itu sendiri bagi menghadapi apa jua perlawanan samada futsal mahupun padang di masa akan datang.

Sekalung tahniah dari penganjur juga dari pihak penulis sukan SSFC kepada semua yang terlibat menjayakan kejohanan tersebut. Penulis melihat kesemua pemain memberi komitmen yang tinggi serta sokongan yang tidak ternilai demi sayangkan pasukan SSFC.


Diharap, pemain dapat memberikan komitmen sebegini jika ada sebarang tuntutan perlawanan pada masa hadapan. Sekian, setakat ini sahaja ulasan dari penulis buat semua follower's dan kita akan berjumpa di lain waktu diruangan yang sama, Insyaallah.

Sekian, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!



P/S :
Tahniah kepada semua pemain-pemain SSFC,teruskan usaha anda...
:)


PENA JPsel