FAN SSFC

Wednesday, April 4, 2012

FARIS CUP SIRI 3... KEMBALI!!!

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Diharap follower's serta pemain-pemain SSFC berada dalam keadaan sihat sentiasa. Jadi, hari ini ada sedikit info atau pengumuman berkaitan futsal untuk semua pemain-pemain SSFC dan juga warga kerja Jabatan Perangkaan Negeri Selangor untuk berentap sesama sendiri setelah agak lama futsal tidak diadakan.

Untuk pengetahuan semua, Kejohanan FARIS Cup bagi siri ke-3 kini telah kembali membuka tirai di mana kejohanan ini akan berlangsung pada 10 April 2012 (bersamaan hari Selasa minggu hadapan) pada jam 6:00 petang sehingga 9:00 malam.

Kejohanan kali ini akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 15:00 seorang dan JUARA akan membawa pulang JERSI MALAYSIA (seorang). Dan kali ini, Penaung FARIS Cup juga ada menyatakan bahawa kejohanan kali ini turut disertakan hadiah bagi PENJARING TERBANYAK dan juga PEMAIN TERBAIK PILIHAN (akan dipilih oleh penaung FARIS CUP) bersama juri berkecuali yang akan dilantik.

Bayaran kejohanan kali ini dianggap segelintir sebagai harga yang sedikit MAHAL namun seperti yang diberitahu oleh penaung sebelum ini bahawa lebihan atau baki dari bayaran yang dikenakan ke atas pemain ini, akan dikumpul bersama tabung kelab SSFC bagi membeli peralatan-peralatan yang diperlukan. Malah, tempoh 3 jam yang diperuntukkan untuk kejohanan kali ini, juga diharap dapat memuaskan semua pihak yang terlibat dalam pertandingan nanti.

Oleh itu, adakah semua terutama pemain-pemain SSFC ingin turut serta dan bersedia mengharungi Kejohanan FARIC Cup Siri ke-3 ini?? Bayaran bolehlah dibuat dengan kadar segera kepada Encik Ahmad Fais Bin Misbah (Ting.8) dan Encik Abdul Mutalib Bin Mansor(Ting.8) sebelum 6 APRIL 2012(Jumaat) ini.

Sekian, terima kasih. Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!





PENA JPsel



Tuesday, April 3, 2012

WARM-UP SEBELUM MATCH!!!

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Bertemu kita lagi dalam ruangan blog jpselsoccer ini untuk membincangkan hal-hal berkaitan SSFC. Kali ini, penulis tergerak untuk berkongsi pendapat dengan semua berkaitan tajuk pada hari ini iaitu "Warm-Up Sebelum Latihan".

Baiklah, sebelum kita mengupas isu ini dengan lebih panjang lebar, penulis terfikir sejenak mengenai latihan untuk pasukan SSFC sebelum menghadapai sesuatu perlawanan. Seperti sedia maklum, SSFC bukan suatu pasukan bertaraf profesional kerana SSFC sendiri jarang atau tidak langsung mengadakan latihan walau sekali seminggu. Namun, yang menjadi persoalan dan perhatian, mengapa kita tidak bertindak seakan profesional terutamanya ketika latihan pemanas badan sebelum menghadapi sesuatu perlawanan.

Isu yang ingin dikupas disini, jika anda mahupun SSFC sendiri perasan bahawa setiap kali sebelum perlawanan, jarang ada pemain-pemain SSFC yang membuat larian, regangan mahupun latihan pemanas badan yang lain. Yang ada hanyalah segelintir pemain yang berbuat sedemikian. Tidakkah kita tahu bahawa latihan pemanas badan atau "warm-up" ini adalah senaman asas atau senaman pembuka sebelum melakukan atau memulakan aktiviti yang lebih berat. Sekurang-kurangnya, berlari setengah padang supaya badan berada dalam keadaan bersedia.

Selain itu, isu kedua yang ingin diketengahkan adalah rutin atau kebiasaan setiap kali membuat latihan sepak. Selalu diperhatikan, setiap kali sesuatu perlawanan, latihan sepakan sudut atau "corner-kick" kerapa diamalkan oleh pemain-pemain SSFC. Persoalannya, mengapa tidak setiap kali selepas "warm-up", pemain terus melakukan latihan touch ball. Ia lebih utama dalam pengawalan bola. Pernahkah anda dengar istilah latihan buli atau latihan ayam. Ada juga yang memanggil latihan monyet. Apapun istilah yang diberi, ia lebih kepada latihan touch ball dimana beberapa pemain membuat bulatan dan dua orang pemain didalam cuba merampas bola yang dikawal oleh pemain yang membuat bulatan tadi. Mungkin 'one touch' boleh digunakan dalam latihan ini, ia lebih effektif dan tujuannya lebih kepada serangan balas atau "counter attack". Anda boleh lihat video di bawah :




Lihat kepantasan yang diterapkan dalam klip video diatas, bukan sehebat ini yang kita mahu tapi sekurangnya latihan ini boleh membiasakan kita dengan keadaan padang dan juga kawalan. Penulis bukan mengatakan tidak boleh kepada latihan lain seperti 'corner kick' yang sering diamalkan tetapi latihan ini perlukan ketepatan, set piece yang betul dan mungkin akan memenatkan sedangkan latihan touch ball tersebut lebih cepat, menggunakan ruang kecil, lebih fun dan sesuai sebelum memulakan perlawanan.

Jadi, disinilah yang dimaksudkan latihan pro walau SSFC bukan sebuah kelab profesional. Kita harus tahu rutin sebelum perlawanan. Bukan setiap kali handak "warm-up", kapten akan memekik memanggil pemain. Sekarang ini, sering kita dengar kes-kes yang mengejutkan dipadang bola seperti yang berlaku kepada Fabrice Muamba (gambar kanan) yang tiba- tiba rebah. Beliau adalah pemain profesional bagi pasukan Liga Perdana England, Bolton Wanderers namun kes begini boleh terjadi tapi bagaimana dengan kita? Hanya sekadar pemain amatur.

Jadi, itulah sebabnya latihan-latihan asas diperlukan memandangkan SSFC memang tidak pernah berlatih. Sekurangnya ia dapat membantu anggota badan terutama jantung kita untuk bersedia dan 'panas' sebelum perlawanan. Jika tiada latihan asas dan pemain terus masuk ke padang untuk bermain, ini akan mengakibatkan anggota badan terutama jantung akan 'terkejut'. Kalau silap gaya, pemain boleh 'gol' dulu.

Oleh itu, fikir-fikirkanlah untuk manfaat bersama. Hendak turun berlatih memang sukar akibat kekangan masa dan juga masalah-masalah lain. Tetapi, sebelum menghadapi sesuatu perlawanan, inilah masanya untuk kita tunjuk sikap profesional kita, berlari dahulu, membuat regangan, latihan sepak 'touch ball'. Kemudian, ketua pasukan akan panggil untuk mengatur posisi seterusnya bermula perlawanan. Kan ianya nampak lagi teratur. Pasukan lawan pun akan gerun dengan SSFC sebab dilihat seperti pasukan yang teratur dan terlatih.

Jadi, selepas ini SSFC boleh bermula langkah seperti yang disarankan bagi menghadapi perlawanan akan datang. Semoga apa yang disampaikan hari ini, boleh digunakan bersama. Diharap bertemu lagi dilain hari dan waktu dengan lebih banyak info berkaitan SSFC.

Ahir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!



PENA JPsel


p/s : Menang Kalah tidak mengapa, tapi biar 'profesional'... :)






Thursday, March 29, 2012

SSFC BANGKIT KEMBALI

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's yang dihormati sekalian. Bertemu kita sekali lagi diruangan SSFC Blog ini untuk mengetahui serba sedikit perjalanan bola sepak SSFC. Seperti sedia maklum, semalam telah diadakan perlawanan ke-5 buat SSFC menentang pasukan UiTM Fakulti Perakaunan (FP) yang sepatutnya diadakan petang semalam bertempat di Padang JKR, Seksyen 17, Shah Alam. Namun, perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan kerana bertindih jadual perlawanan dengan pasukan lain di padang tersebut.

Perlawanan telah ditunda namun, setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak pengurusan dan sebulat suara, perlawanan dilangsungkan di Stadium Kota Raja, Klang pada pukul 8.45 malam semalam. Berikut sedikit laporan yang telah disediakan oleh PENA JPsel :



KOTA RAJA - Klang : Perlawanan persahabatan diantara SSFC menentang UiTM FP yang berlangsung di Stadium Kota Raja malam tadi adalah perlawanan ke-5 buat pasukan SSFC. Dengan kehadiran penonton lebih 5 ribu orang malam tadi telah membangkitkan semangat kepada SSFC. Jaringan awal bermula apabila ketua pasukan SSFC, Zulham Mansor(gambar kanan) merembat masuk sepakan percuma untuk menghadiahkan gol pertama SSFC menewaskan panjaga gawang UiTM FP.

Perlawanan seimbang dari kedua-dua pasukan namun SSFC berjaya mengawal permainan. Keadaan padang yang terlalu teruk boleh diibaratkan seperti bermain di sawah padi telah merencatkan permainan kedua-dua pasukan. Mujur tiada pemain yang tercedera. SSFC lebih berhati-hati terutama ketika mengawal bola kerana keadaan padang yang licin dan teruk. Beberapa percubaan bahaya dilancarkan oleh UiTM FP ke kubu SSFC yang dikawal sementara oleh panjaga gol gantian, Shalahuddin yang berjaya menepis beberapa kali peluang-peluang UiTM FP. Keputusan kekal 1-0 sehingga wisel separuh masa pertama dihentikan.

Separuh masa kedua bersambung semula, SSFC memasukkan beberapa pemain gantian yang lebih baik untuk memantapkan setiap posisi SSFC. Penjaga gawang gantian SSFC, Shalahuddin digantikan dengan penjaga gawang pinjaman, Khairul Amry. SSFC berjaya mengawal permainan diseparuh masa kedua ini, beberapa siri percubaan dilakukan ke kubu UiTM FP. Antara peluang menarik ketika Firdaus Ghani melorongkan bola kepada Halimi Merun yang cuba merampas bola yang terlepas dari dakapan penjaga gawang mereka namun pengadil lebih awal meniup wisel kerana berlaku kekasaran.

SSFC sekali lagi mendapat peluang apabila, Talib Mansor melambungkan bola melepasi perangkap offside lalu dikejar oleh Razan namun sedikit jauh dari kawalannya. Perlawanan berkesudahan tanpa jaringan di separuh masa kedua ini. Pengadil banyak memberikan kelebihan kepada pasukan lawan. Banyak keputusan yang tidak telus oleh pengadil tersebut namun pemain SSFC cuba mengawal perasaan.

Perlawanan yang dilangsungkan secara 3 half ini telah digunakan dengan sebaik mungkin oleh pasukan SSFC untuk mencari kemenangan akibat keletihan pihak lawan. Perlawanan sedikit tegang dimana, pada minit ke-65, satu terjahan keras dari Nadzri Salleh disebelah kiri padang telah menimbulkan sedikit kekecohan apabila penjaga gawang UiTM FP cuba menjerit dan melepaskan amarah yang cuba dibalas oleh ketua pasukan SSFC, Zulham Mansor namun ditenangkan oleh para pemain kedua-dua pasukan.

Pengadil perlawanan, Gurjeet Singh dari Pakistan berjaya mengawal kekecohan tersebut dan hasilnya satu kad kuning telah dilayangkan malam tadi. Talib Mansor yang diletakkan sebagai Attacking Midfielder, sedikit sebanyak membuatkan pemain tersebut lebih bebas untuk mencari ruang kosong. Ini terbukti, dari satu serangan pada minit ke-71, bola dari larian kencang Azrul 'Messi' disebelah kanan berjaya membuat hantaran silang kedalam kotak penalti UiTM FP lalu dikejar oleh Talib Mansor(gambar kanan) yang menanduk cantik apabila membuat tandukan 'terbang' dihadapan gawang yang gagal ditangkap kemas bola lalu melantun dicelah kangkang panjaga gawang UiTM FP. Kedudukan permainan berubah 2-0.

Pecubaan demi percubaan dilakukan terutama dari sayap kiri, Mohd Qayyum juga sayap kanan, Ahmad Fais namun tersasar. Tidak ketinggalan beberapa percubaan jarak jauh dari Firdaus Ghani dan Razan gagal menemui sasaran. Gol ketiga muncul beberapa minit selepas jaringan kedua, apabila satu sepakan percuma yang diambil dari luar kotak penalti selepas Firdaus Ghani dikasari betul-betul dihadapan pengadil. Sepakan kemas yang diambil oleh Zulham Mansor, gagal didakap kemas oleh penjaga gol UiTM FP lalu berjaya disambar oleh Jefri Jani (gambar kiri)untuk menghasilkan gol ke-3 buat SSFC. Kedudukan kekal 3-0 sehingga tamat permainan.

"Saya amat berpuas hati dengan permainan kami terutama dibahagian tengah kerana bahagian tersebut terlalu rapuh jika diperhatikan beberapa perlawanan sebelum ini." Kata Zulham Mansor selaku ketua pasukan SSFC yang ditemuramah sejurus tamat perlawanan malam tadi.

Barisan pemain SSFC :
Khairul Amry(GK), Zulham Mansor, Shalahuddin, Halimi Merun, Syed Shairazi, Mohd Qayyum, Hisham, Nadzri Salleh, Razan, Azrul 'Messi' Zamahuri, Ahmad Fais Misbah, Firdaus Ghani, Talib Mansor, Mohd Ariff, Jefri Jani


Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!


PENA JPsel


p/s : TAHNIAH buat SSFC, jangan dibuai mimpi diatas segala pujian, teruskan usaha kerana 'kita' ada misi PENTING di Tour D' Kelantan nanti... :)


Tuesday, March 20, 2012

JERSI BARU HARIMAU MALAYA

Apa kata anda...cun.....????

Wartawan kurengskru.com

TERBARU...!!!


MERCURIAL VAPOR 8's


PENA JPsel


P/S : Ada Bran...??!!



Monday, March 19, 2012

GUA TEMPURUNG ROAD TOUR

Assalamualaikum.......
Biro riadah SSFC yang dicintai ini akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Gua Tempurung, Gopeng, Perak Darul Rizuan....
Ini kerana setelah kita berjaya pada trip yang pertama pada tahun lepas...kita KECEWA xdapat masukkan???......kesian........

(muka-muka kecewa xdapat masuk Gua Tempurung )

La Nie.... kita buatlah trip yang kedua...
Tapi......
Trip ini tiada bayaran yang ditetapkan..
Trip ini tiada syarat-syarat dikenakan...
Sapa nak pegi kita kumpul ramai-ramai kat Opis...
Gerak...tumpang-tumpang....
Kolet duit masing-masing...
&&&&&& GOOOOoooo.......
Sedikit Info Gua Tempurung

Tarikh dicadangkan 14 April 2012*tertakluk pd perubahan

Sampai sana pilihan masing-masing nak masuk pakej mana...tapi kena bagitau urusetia awal untuk proses BOOOking....PAHAM.......!!!!!
Segala perbelanjaan pengangkutan adalah urusan tuan punya kereta dan penumpang...pandai-pandailah nak TONG TONG...
Segala perbelanjaan lain seperti makan, minum, rokok, bayaran masuk tandas dan lain-lain ADALAH URUSAN SENDIRI...
post ini hanyalah makluman awal..

Sekian....

Majulah SSFC untuk Diri Sendiri...

Wartawan kurengskru.com



LAUNCHING JERSEY

APA KATA ANDA...??




Sekadar lakaran sahaja...

SATU LAGI JERSEY

Harap maklum, Ada satu lagi jersey yang akan dipaparkan disini. Sila buat pilihan anda...


PEMILIHAN JERSEY TERBARU SSFC



Yang mana satu jersey yang menjadi pilihan anda untuk diguna pakai oleh pemain-pemain SSFC musim 2012

P/S : Pilihan warna yang garang...SSFC mengaum...Aaumm!!!.

DUA PERLAWANAN TERAKHIR

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Bertemu kita sekali lagi di dalam blog pasukan SSFC ini untuk melihat perjalanan atau aktiviti pasukan SSFC sepanjang musim 2012 ini. Kali ini, penulis ingin mengulas serba sedikit perlawanan terakhir pasukan SSFC baru-baru ini. Penulis memohon maaf diatas kelewatan melaporkan berita mengenai perlawanan tersebut akibat tugasan lain.

Baiklah, untuk makluman follower's sekalian, SSFC telah mengadakan siri perlawanan persahabatan menentang pasukan Intekma FC.Perlawanan ini diadakan secara timbal balik bagi kedua-dua pasukan. Ini merupakan perlawanan ke-3 dan ke-4 bagi pasukan SSFC yang secara keseluruhannya telah mengadakan empat perlawanan dimana SSFC mencetak satu kemenangan, 2 seri dan 1 kalah.

Berikut kita saksikan sedikit ulasan berkaitan perlawanan tersebut. Laporan telah disediakan oleh PENA JPsel :-

SHAH ALAM - Selangor :
Pasukan SSFC telah mengadakan dua siri perlawanan timbal balik menentang pasukan Intekma FC yang berlangsung di padang JKR, Seksyen 17 Shah Alam.


Perlawanan pertama yang berlangsung itu berkesudahan seri 2-2. Perlawanan tampak seimbang oleh kedua-dua pasukan. Jaringan pertama pasukan SSFC dijaringkan oleh Mohd Nadzri (gambar kanan) dan Jefri Jani(gambar bawah) menjaringkan gol kedua untuk mengikat kedudukan.

Perlawanan timbal balik seminggu kemudian, berkesudahan SSFC tewas 0-1 kepada pasukan sama. Banyak peluang-peluang yang hadir namun tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pemain-pemain SSFC.

Pemain-pemain SSFC juga bermain dibawah keupayaan sebenar mereka. Beberapa pertukaran dilakukan bagi mengisi kelemahan beberapa posisi namun SSFC gagal menemui jaringan. Aggregat keputusan perlawanan memihak kepada Intekma menewaskan SSFC 3-2.


Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara...!!!




PENA JPSel


P/S : Bernama memohon maaf kerana berita update perlawanan tidak dapat di ulas dengan lebih baik. Bernama akan mencoretkan ulasan-ulasan perlawanan lain pada masa akan datang... :)


Friday, March 9, 2012

PERLAWANAN HARI INI

Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera kepada semua follower's blog SSFC sekalian. Pengumuman kepada SEMUA PLAYER SSFC, petang ini dijadualkan satu perlawanan persahabatan menentang INTEK FC seperti ketetapan berikut :

MASA : 5:30 Petang
TEMPAT : Padang JKR, Seksyen 17, Shah Alam

* Sila bawa jersi biru lengkap untuk perlawanan petang ini.

Sekian, terima kasih.

Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!


PENA JPsel


p/s : Harap mencatat kemenangan petang ini... :)



Friday, March 2, 2012

KEMENANGAN BESAR

SHAH ALAM - Selangor. Bertempat di padang JKR, Seksyen 17 Shah Alam telah berlangsungnya perlawanan kedua SSFC menentang UiTM Fakulti Perakaunan pada hari Sabtu pagi yang lalu. SSFC berjaya 'mambaham' pasukan UiTM dengan keputusan 4-1.

Pesta gol SSFC bermula di separuh kedua apabila SSFC mendapat sepakan sedut yang diambil oleh Razan dari sebelah kanan gawang lawan lalu masuk menerjah jaring. Antara sepakan 'corner kick' terbaik setakat ini. SSFC didepan 1-0 pada minit ke-37.

SSFC sekali lagi dihadapan apabila Jefri Jani berjaya melepasi perangkap offside dari tengah padang dimana bola yang dikeluarkan dari kotak penalti SSFC terus ke arah Jefri yang berada ditengah padang lalu mengawal secara solo dan berjaya menewaskan penjaga gol UiTM FP pada minit ke-43 untuk kedudukan 2-0.

UiTM FP bingkas bangkit merapatkan jurang gol apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-65 apabila penyerang UiTM FP berjaya menyambar peluang dihadapan gawang untuk menewaskan penjaga gol SSFC, Rizal Za'aba.

Pada minit ke-77, SSFC sekali lagi di depan selepas satu sepakan sudut yang diambil dari sebelah kiri disambar oleh pemain SSFC dihadapan gawang UiTM FP, berlaku sedikit kekalutan lalu ditendang oleh pemain UiTM FP untuk jaringan sendiri dan SSFC mendahului 3-1.

Penyerang veteran SSFC, Ahmad Fais Misbah sekali lagi menghukum kealpaan UiTM FP apabila mendapat bola hantaran lintang dari Firdaus lalu merembat deras kearah gawang gol yang gagal ditepis keluar oleh penjaga gol UiTM FP pada minit ke-84.

Perlawanan berkesudahan SSFC menewaskan pasukan UiTM FP dengan jaringan 4 berbalas 1. SSFC sekarang mengumpul 4 mata dengan 5 jaringan dan bolos 2. Tahniah buat pasukan SSFC.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!


PENA JPsel

PERMULAAN HAMBAR

SELANGOR - Shah Alam. Bertempat di padang JKR Seksyen 17, telah berlangsungnya perlawanan persahabatan di antara SSFC menentang Muzium FC yang berkesudahan seri 1-1.

SSFC banyak menyerang dan mengasak kubu lawan di separuh masa pertama, dimana percubaan demi percubaan bertali arus ke arah pintu gol lawan, namun buntu. Sedikit kealpaan dari pertahanan SSFC, Muzium FC berjaya menjaringkan gol melalui arah kanan SSFC melalui sayap kiri mereka lalu mudah merembat masuk menewaskan penjaga gol gantian, Ahmad Fais Misbah pada minit ke-42.

Pertukaran pemain SSFC diseparuh masa kedua, cuba mengimbangi rentak permainan dan cuba mencari gol penyamaan. Gol yang dicari hadir pada lewat permainan apabila, Fauzi berjaya meloloskan diri dari sayap kiri lalu melintangkan bola ke dalam kotak penalti namun bola terus menuju ke jaring pada minit ke-89.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1. Permulaan hambar dari SSFC untuk musim 2012 ini hanya sekadar seri dengan pasukan yang kurang menyerang ini. Namun, SSFC tetap bersemangat walaupun ketinggalan 0-1 dan terus mengasak pasukan lawan dalam mencari gol penyamaan. SSFC berjaya mengutip 1 mata pada perlawanan tempoh hari.

PENA JPSel

Friday, January 20, 2012

PERLAWANAN LATIHAN KEDUA

PERLAWANAN SENGIT ANTARA PASUKAN A MENENTANG PASUKAN B



(KLIK FOR FULL VIEW)

SHAH ALAM,
Selangor - Bertempat di Stadium Mini Shah Alam, telah berlangsungnya perlawanan persahabatan diantara Pasukan A menentang Pasukan B yang memegang status selaku pemenang pada perlawanan pertama tempoh hari.

Perlawanan yang berlangsung pada petang Khamis(semalam) bermula sedikit lewat akibat kekurangan dan kelewatan pemain. Namun, perlawanan seperti yang dijangka sengit berlangsung dengan rancaknya apabila kedua-dua pasukan sering membuat serang balas terhadap kawasan pihak lawan.

Jaringan pembukaan dijaringkan oleh Talib Mansor(gambar) untuk Pasukan A mendahului 1-0. Kelewatan beberapa tonggak yang hadir lewat terutama penjaga gol Pasukan B, Rizal Za'aba sedikit sebanyak memberi peluang kepada Pasukan A namun banyak disia-siakan.

P
erlawanan disambung selepas rehat separuh masa pertama, Pasukan B mendapat gol penyamaan dari penyerang berbisa mereka, Zaizullyadi Yasti(bawah kanan) yang menanduk masuk untuk mengikat kedudukan 1-1.

Namun beberapa minit kemudian, Pasukan A sekali lagi dihadapan apabila Talib Mansor merembat cantik ke penjuru gawang untuk menewaskan Rizal Za'aba bagi mendahului 2-1. Sekali lagi Pasukan A mendahului apabila Ahmad Fais Misbah(gambar kiri) berjaya melepasi offside untuk melengkapkan kedudukan jaringan 3-1.

Perlawanan masuk separuh masa ketiga, Pasukan B seringkali mengancam kubu Pasukan A dengan serangan bertali arus dan berjaya merapatkan kedudukan 3-2 melalui jaringan Jefri Jani.(gambar bawah) Kedudukan kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Semalam juga, Shahrizal Alias selaku Penasihat(CEO) pasukan SSFC dengan rasminya menyerahkan jersi biru putih secara sah kepada pemain-pemain SSFC. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SSFC.

Namun, sedikit mengecewakan apabila masih ada pemain yang tiba lewat dan menyukarkan rakan-rakan sepasukan terutama dari Pasukan B. Ada dikalangan pemain, sudahlah lewat tapi masih boleh relax dan bersahaja diluar padang. Kenapa tidak terus bersiap dan membuat sedikit warming up? Diharap selepas ini tidak ada lagi kekurangan seperti ini yang boleh dikatakan sebagai tidak 'profesional' dari kalangan pemain.

Secara keseluruhannya, ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan perlawanan semalam dan pengurus pasukan boleh berkira-kira untuk memilih pemain untuk mengisi pasukan utama bagi menghadapi musim 2012 ini. Sekian laporan aksi perlawanan semalam, diharap dapat kita berjumpa lagi. Harap maaf jika ada teguran namun semua itu untuk kebaikan bersama.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!




Pemain Pasukan A :
Rafiqie, Hashim, Fais, Talib, Hanif, Zulham, Muz, Fauzi, Nadzri, Shah, Aizuddin, Azrin, Razan, Faizal

Pemain Pasukan B :
Rizal, Azri, Hisham, Qayum, Syed, Firdaus, Zullyadi, Jefri, Ridzwan, Azrul, Azreel, Wan Faizal, Afzahari, Din




PENA JPSel



p/s : Aksi sengit yang disajikan....keeper 'lemas' jua akhirnya... :)

Wednesday, January 18, 2012

PERLAWANAN LATIHAN PERTAMA

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. sedikit laporan berkaitan perlawanan persahabatan yang telah disediakan oleh penulis, PENA JPsel :

SHAH ALAM, Selangor - Satu perlawanan persahabatan akan berlangsung pada hari Khamis(esok) jam 5:30 petang bertempat di Padang Mini Stadium (luar). Perlawanan persahabatan tersebut membabitkan perlawanan diantara Team A menentang Team B.

Ini adalah perlawanan kedua membabitkan kedua-dua pasukan dimana Team B telah memenangi perlawanan pertama yang berlangsung pada Disember lalu dengan keputusan 4-2.

Perlawanan persahabatan ini secara tidak langsung adalah perlawanan pemanas badan bagi kedua-dua pasukan dalam menghadapi perlawanan akan datang.


(KLIK FOR FULL VIEW)

Diharap semua pemain dapat hadir tepat pada masa yang ditetapkan supaya tidak timbul masalah di perlawanan tersebut.


Majulah Sukan untuk Negara dan juga SSFC!!!

Sekian, terima kasih.



PENA JPSel



p/s : Harapan semoga akan ada perlawanan menarik disajikan esok... :)

Wednesday, January 4, 2012

PENANGGUHAN PERLAWANAN PERSAHABATAN

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Penulis baru menerima satu panggilan dari pengurus pasukan SSFC, Encik Zulham Bin Mansor yang menyatakan bahawa perlawanan persahabatan pada hari Sabtu ini terpaksa di BATAL kan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Berikut laporan berkaitan pembatalan perlawanan yang di sediakan oleh PENA JPSel :



PEMBATALAN PERLAWANAN PERSAHABATAN



Panggilan dari pengurus SSFC juga menyatakan bahawa padang yang digunakan untuk perlawanan persabahatan ini di Padang JKR, Seksyen 17 tidak dapat digunakan sehingga selepas perayaan Tahun Baru Cina. Manakala pasukan yang sepatutnya SSFC bertemu juga meminta perlawanan diadakan disebelah petang.

Jadi, untuk mengelakkan sebarang masalah kepada pemain yang mungkin mempunyai sebarang komitmen lain, pengurus terpaksa membatalkan perlawanan tersebut. Pengurus akan berbincang semula dengan ahli-ahli untuk mencari perlawanan lain pada masa akan datang terutama membabitkan perlawanan menentang P.O nanti.


Oleh yang demikian, diharap pembatalan perlawanan ini tidak sedikit pun mengganggu mentaliti para pemain SSFC dimana pemain-pemain ini sedia dipanggil untuk bersama skuad pada bila-bila masa sahaja. Diharap, semua pemain sedia maklum di atas pembatalan perlawanan pada Sabtu ini. Sekian, terima kasih.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negar dan Juga SSFC!!!






PENA JPSel



p/s : 'standby' bila-bila masa sahaja... :)

Tuesday, January 3, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua khas dari skuad Statistic Selangor Football Club. Semoga tahun ini akan memberi semangat serta dorongan baru buat semua.



Selamat maju jaya dalam apa jua yang dihadapi...!!!




PENA JPsel


P/S
: Harap tahun Baru ini semua cita-cita akan tercapai.... :)