FAN SSFC

Friday, May 27, 2011

SSFc Melaungkan Keyakinan!!!

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's blog jpselsoccer. Diharap anda semua berada dalam keadaan ceria sentiasa. Semua sudah sedia maklum bahawa pasukan SSFc akan bertandang ke Ipoh, Perak pada hari Sabtu(esok) ini. Bukan sekadar lawatan semata-mata, tetapi mencari kemenangan pada perlawanan menentang JP Perak. Laporan telah disediakan :


SHAH ALAM, Selangor - Pasukan SSFc telah mengharungi beberapai siri perlawanan yang diadakan di luar kawasan Selangor dan SSFc masih mengekalkan rekod kemenangan pada perlawanan-perlawanan sebelum ini. Oleh itu, pasukan SSFc akan cuba mempertahankan rekod bersih tersebut ketika bertemu pasukan JP Perak esok. Perlawanan yang dijangka diadakan pada sebelah petang itu, akan berlangsung di Stadium Batu Gajah, Perak. Ini bermakna, SSFc telah melalui perlawanan yang kedua di negeri yang sama tetapi berbeza tempat iaitu di Teluk Intan pada dua tahun yang lepas.

Penjaring terbanyak SSfc setakat ini, Ahmad Fais Misbah(gambar kanan) melaungkan keyakinan tinggi bahawa SSFc mampu mencatatkan kemenangan dan beliau yakin mampu merobek gawang pasukan JP Perak pada pertemuan esok. "Tidak kisah siapa yang menjaringkan gol, yang penting kemenangan mutlak milik pasukan tetapi kalau dapat menjaringkan gol, ianya satu bonus buat diri saya."Kata Ahmad Fais ketika ditemuramah baru-baru ini selepas sesi latihan SSFc.

Sementara itu, tonggak pertahanan yang juga ketua pasukan SSFc, Zulham Mansor(gambar kiri) yang kembali memperkuatkan jentera pertahanan SSFc juga memberi reaksi sama seperti Ahmad Fais."Kita perlu konsisten pada perlawanan esok, lakukan yang terbaik seterusnya mencipta kemenangan buat pasukan. Jangan melakukan terlalu banyak kesilapan-kesilapan mudah jika mahukan kemenangan."kata beliau lagi.

Walaupun tanpa kehadiran beberapa tonggak penting pasukan, SSFc masih yakin dan mampu memberikan persembahan bertenaga. Mungkin faktor kepenatan menjadi punca tetapi pemain harus bersiap sedia bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental. Lupakan seketika kegembiraan dan kepenatan kerana tumpuan penuh seratus peratus diperlukan dari pemain semua.

Bagi Talib Mansor, penyerang SSFc turut menaruh harapan tinggi melihat rakan-rakan sepasukan mencipta kemenangan esok. Beliau yang masih dibelenggu kecederaan lutut tidak beraksi untuk beberapa perlawanan bersama SSFc."Walaupun kita kekurangan pemain untuk menghadapi perlawanan esok, saya yakin bahawa SSFc dapat memberi impak yang besar seterusnya mencipta kemenangan. Doa saya sentiasa mengiringi perjuangan mereka."Kata Talib yang ditemu pada perlawanan menentang P.O Kajang baru-baru ini.

Walau apapun, sekalung penghargaan buat semua pemain SSFc di atas semangat juang yang tinggi serta komitmen yang jitu bagi membawa balik kemenangan pada pertemuan esok. Doa pengurusan serta penyokong sentiasa mendahului pemain. Hanya kekuatan dan tidak mengenal putus asa menjadi pembakar semangat buat pemain SSFc.
Akhir kata,

Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFc!!!





PENA JPsel


p/s :
Merindui padang bola setelah sekian lama tidak beraksi bersama rakan-rakan :)

Trip To Perak !!!

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Diharap semua berada dalam keadaan ceria sentiasa. Disini di post kan Trip to Perak sebagai Pengumuman buat semua warga Jabatan Perangkaan Negeri Selangor.


TRIP TO PERAK



Diharap kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan untuk turut serta bagi memeriahkan lawatan SSFc ke Perak. Dan tidak lupa juga, peminat mendoakan KEJAYAAN buat pasukan SSFc...SSFc MENANNG!!! SSFc BOLEH!!!

Akhir kata, Majulah Sukan Buat Negara Juga SSFc!!!



PENA JPsel

p/s : Nak 'join' tapi ada hal... hehehe :)

Senyum @ SSFC

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Bertemu kita lagi diruangan sama iaitu jpselsoccer blog dan diharap follower's sekalian berada dalam keadaan baik-baik hendaknya. Kali ini, penulis hendak menyampaikan info atau boleh juga diklasifikasikan sebagai fakta-fakta menarik sepanjang penubuhan pasukan SSFc ini.

Jadi, untuk tatapan dan permulaan hari ini, diruangan Senyum@ SSFc ini, penulis akan memaparkan beberapa perkara menarik yang pernah terjadi dalam pasukan ini. Jadi, mari kita sama-sama 'menyelak' sejarah SSFc ini. Berikut 5 fakta mengenai SSFC :



Mengikut Sejarah Team SSFc.....

1).......Posisi PERTAHANAN adalah posisi paling banyak ditukar.


2).......Pemain yang memiliki CAP terbanyak adalah Sharizal Alias, Mohd Rafiqie dan Ahmad Fais


3).......Kekalahan TERBESAR SSFc adalah ketika tewas kepada S.U.K fc 5-0. Keeper ketika itu
ialah Keeper Hebak he..he..he..


4).......Pemain yang paling lama dalam pasukan SSFc(berkhidmat) adalah Sharizal Alias...

5).......PENGADIL yang sering digunakan oleh SSFc adalah Mr.Rajan :)




Ini sahaja 5 fakta permulaan yang boleh penulis sampaikan. Selepas ini, akan penulis sampaikan lagi 5 info lain berkaitan SSFc. Diharap anda semua terhibur, kita tunggu dilain waktu bersama fakta-fakta baru SSFc.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFc!!!




Senyum @ SSFc


p/s : Banyak sebenarnya fakta-fakta menarik pasukan SSFc ini... :)

Kalau Ada T-Shirt Pasukan?

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Diharap anda semua berada dalam keadaan sehat sentiasa hendaknya. Kali ini, penulis ingin meminta cadangan itu pun kalau ada respon's dari follower's sekalian.

Apa yang ingin dicadangkan disini ialah, mewujudkan T-SHIRT untuk pasukan SSFc .Seperti contoh(gambar hiasan sahaja) dibawah ini, sekurang-kurangnya dapat la kita guna masa :
training, konvoi ke mana-mana sebagai satu pasukan bola dan secara tidak langsung kita mempromosi pasukan kita kepada orang ramai.



Contoh T-Shirt :


Klik Pada Image untuk paparan lebih jelas



Sekadar tatapan semua, jika anda(pemain) rasa sesuai untuk kita mewujudkan T-Shirt ini boleh lah kita berbincang dengan pengurusan dan buat collection cepat. Itu pun kalau ada yang berminat.

Akhir kata, Majulah Sukan Buat Negara Juga SSFc!!!



PENA JPsel

p/s : Nak pakai T-Shirt SSFc, tunjuk pada orang ramai yang 'aku' ada team hehehe :)




Thursday, May 26, 2011

Bila Penggunaan Logo Baru??

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Tiada info terbaru yang penulis nak sampaikan bersama follower's semua tetapi hanya ingin bertanya bila logo baru bagi pasukan SSFc ini hendak di publish pada peminat.

Logo ini sudah lama tersimpan, tidak tahulah sudah di edit serba sedikit atau belum. Bukan apa, edit bagi melengkapkan warna logo ini supaya nampak lebih garang lagi dan bersesuaian dengan pasukan SSFc nanti.

Mungkin seperti ini jika logo siap dan lengkap untuk dipadankan bersama jersi pasukan nanti. Lihat jersi seperti dibawah(sekadar gambar hiasan) untuk tatapan semua :)



Sekadar suka-suki dari PENA JPsel untuk tatapan anda semua. Harap-harap tiada yang 'geram' pula selepas ini. Ini hanyalah gambar hiasan sahaja, yang kita mahukan adalah logo buat jersi pasukan nanti. Tapi, kalau dapat 'sebijik' macam gambar ini, dah kira beruntung bukan?

Seperkara lagi, permintaan dari Pengurusan kepada sesiapa yang belum menjelaskan bayaran untuk jersi baru SSFc, sila kemukan bayaran kepada En.Syed Shairazi di Tingkat 24. Semoga cepat pembayaran ini selesai, membolehkan pihak pengurusan menguruskan jersi baru dengan lebih cepat buat pasukan, sekian.


Akhir kata, Majulah Sukan Buat Negara Juga SSFc!!!




PENA JPsel


p/s :
Dah hidu glove baru, bila nak hidu jersi baru??.... :)

Wednesday, May 25, 2011

Keputusan Terkini SSFC

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Diharap semua berada dalam keadaan ceria-ceria selalu. Seperti biasa, info terkini yang ingin saya sampaikan disini berkaitan keputusan perlawanan terkini SSFC setakat ini.

Di bawah ini dipaparkan keputusan perlawanan SSFC...

Agak-agaknya, kedudukan ke berapa pasukan kita dalam Liga ?? :)


Nampak ada peningkatan berbanding perlawanan musim lalu. Diharap pemain dapat mengekalkan prestasi ini sehingga akhir musim.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!



PENA JPsel

p/s :
Kekalkan prestasi dan tingkatkan kecergasan :)

Monday, May 23, 2011

Pengalaman Berguna Walau Tewas

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. diharap follower's semua berada dalam keadaan sihat sentiasa hendaknya. Disampaikan disini sedikit info berkaitan perlawanan semalam. Laporan telah disediakan :

SHAH ALAM, 23/05/2011 - Pasukan SSFC telah mengharungi perlawanan yang ke-14 mereka semalam menentang pasukan Polis dari Petaling Jaya(IPD PJ). Perlawanan yang berlangsung di Padang CCM Fertilizer, Padang Jawa itu yang bermula lewat petang semalam berkesudahan SSFC tewas 4-0.

Dengan ketiadaan pemain utama yang juga ketua pasukan Zulham Mansor sedikit merencatkan bahagian pertahanan SSFC yang sering kali diasak bertubi-tubi oleh pasukan lawan. SSFC seperti biasa menurunkan Rizal Zaaba selaku penjaga gawang, manakala pertahanan tengah pula adalah gandingan Zaman bersama dengan Hanif Hanan yang dibantu oleh Nik Norul dan Sayed. Mohd Firdaus mengemudi tengah SSFC bersama Jefi Jani bagi membantu jentera serangan SSFC yang diketuai oleh Ahmad Fais bersama Zaizullyadi. Manakala Mohd Faizal dan Tuan Azrin masing-masing dibahagian sayap.

Bagi perlawanan ini yang dikelaskan sedikit 'high level', sedikit sebanyak pujian harus diberikan kepada para pemain SSFC walaupun dibolos empat gol dan sering kali diasak bertali arus, namun SSFC masih mampu mengawal serta meloloskan diri ke kawasan lawan. Melihatkan SSFC pada perlawanan-perlawanan sebelum, perlawanan yang berlangsung semalam banyak memberi manafaat buat pasukan.

"Melihat kelibat lawan yang mempunyai stamina dan fizikal yang agak baik, kita mungkin akan menerima kekalahan teruk namun itu hanyalah ramalan awal dan apabila melihat kepada permainan SSFC hari ini(semalam), kita masih boleh melawan walaupun ada kekurangan berbanding pasukan lawan". Ulasan dari pengurusan pasukan.

Bermula separuh masa pertama, SSFC sering kali diasak oleh pasukan lawan dari pelbagai arah. Kecekapan penjaga gawang muda SSFC sedikit sebanyak menafikan sejumlah besar peluang jaringan dari pihak lawan. Namun, gawang SSFC bolos juga pada minit ke-20 apabila satu sepakan lemah dari pertahanan disambar oleh penyerang IPD PJ lalu mengawal laju ke arah gol sebelum menolak masuk jaringan pertama mereka.

Dua lagi jaringan berlaku pada separuh masa kedua. Jaringan kedua berpunca apabila larian pantas pemain lawan yang berjaya meloloskan diri dari pertahanan kanan SSFC lalu merembat tepat menewaskan penjaga gawang SSFC pada minit ke-38 untuk memperoleh gol kedua. Sekali lagi melalui gerakan yang hampir sama, IPD PJ berjaya memperoleh jaringan ketiga pada minit ke-42.SSFC menggantikan Mohd Qayyum dibahagian pertahanan kiri. Rizuan Ghani dimasukkan bergandingan dengan Mohd Firdaus. Manakala jentera serangan pula Razan bergandingan bersama Faries.

Diseparuh masa ketiga, SSFC membuat pertukaran pemain apabila menggantikan Azreel Ayob dipertahanan kanan dan Saiful di pertahanan tengah. IPD PJ berjaya mencetak jaringan di minit-minit akhir perlawanan apabila penyerang mereka pantas melepasi offside dari tengah padang lalu mudah berhadapan penjaga gawang SSFC untuk kedudukan kekal 4-0.

Apapun, semangat juang pemain harus dipuji. Mereka menunjukkan komitmen tinggi berlawan dengan pasukan yang lebih baik. Sekurang-kurangnya SSFC masih boleh melawan dan tidaklah seteruk seawal pembabitan dahulu.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!


SENARAI PEMAIN :
Rizal Zaaba, Hanif Hanan, Zaman, Nik Norul, Sayed Shairazi, Mohd Faizal, Tuan Azrin, Mohd Firdaus,Jefri Jani, Rizuan Ghani, Ahmad Fais, Zaizullyadi, Wan Fauzi, Saiful, Azreel Ayob, Azrul,Faries, Mohd Qayyum



PENA JPsel


p/s : Tabik kepada semua player SSFC, kesungguhan semalam membuktikan semangat SSFC :)

Perlawanan Seterusnya

Salam 1 malaysia dan salam sukan buat semu follower's sekalian. Diharap sentiasa sihat hendaknya dan disini disampaikan sedikit info berkaitan pelawanan pada petang ini.

SHAH ALAM, Padang Jawa - Setelah memastikan kemenangan mutlak pada perlawanann ke-13 pada Sabtu lepas, hari ini pasukan SSFC sekali lagi akan menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan menentang Pasukan Polis Petaling Jaya.

Perlawanan dijadualkan berlangsung pada petang ini(Isnin),23/05/2011 bermula 5:30 petang bertempat di Padang CCM Fertilizer, Padang Jawa. Diharap pemain dapat hadir tepat pada masa yang ditetapkan agar dapat 'warming up' terlebih dahulu.Dan diharap juga pemain dapat mengekalkan rentak permainan serta seterusnya memperoleh kemenangan yang ke-14 musim ini.

Segala kelemahan harus ditangani segera sebelum menghadapi perlawanan seterusnya di Ipoh, Perak (ibarat Champion League) selepas ini. Bermain dengan semangat berpasukan dan disiplin yang tinggi.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!



PENA JPsel

p/s : Bersiaplah keeper muda untuk menerima ujian petang ini :)

Gol Ketiga Menentang P.O Kajang!!

Gol jaringan dari Azrul pada minit ke-65 :


Azrul mengawal bola menuju ke kawasan P.O kajang sambil diikuti pertahanan lawan.







Berjaya melepasi dua pertahanan lawan lalu meluru ke kawasan kotak penalti lawan.










Azrul melambungkan bola melepasi penjaga gol lawan.








Azrul berjya menjaringkan gol ketiga buat pasukan SSFC.

Tahniah kepada pemain-pemain dan juga penjaring diatas kesungguhan untuk memenangi perlawanan tempoh hari. Diharapkan pemain dapat mengekalkan kejayaan ini. Untuk makluman semua, JP PENAsel memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan gambar untuk jaringan kedua yang dijaringkan oleh ketua pasukan, Zulham Mansor atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!



JP PENAsel


p/s : Gambar player banyak 'rehat' tak perlu disiarkan, merugikan ruang :)


Gol Pertama Menentang P.O Kajang!!

Jaringan oleh Mohd Firdaus(Abe) pada minit ke-33 :



Gerakan dari sebelah kiri serta hantaran-hantaran pendek tepat menuju kepada Firdaus lalu mengawal sebelum membuat rembatan.







Firdaus membuat rembatan menuju gawang P.O.k dari luar kotak penalti.







Firdaus berjaya menjaringkan gol pendahuluan SSFC!!!

Selepas ini, di post kan gambar penjaring gol ketiga pasukan yang dijaringkan oleh Azrul pada minit ke-65.



PENA JPsel

Aksi-Aksi Menentang P.O Kajang

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Diharap semua berada dalam keadaan sehat hendaknya. Disini disampaikan sedikit gambar aksi-aksi SSFC ketika menentang pasukan P.O Kajang pada Sabtu, 22/05/2011 yang lalu. Untuk makluman semua, pasukan SSFC telah memenangi perlawanan tersebut dengan tiga gol tanpa balas. Berikut adalah pic candid untuk tatapan follower's sekalian. Harap anda semua enjoy's :


Aksi-Aksi Pemain SSFC :


Pemanas badan :-




Ketika Perlawanan:-

Mengekalkan Rentak Kemenangan

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Diharap semua sentiasa berada dalam keadaan baik hendaknya. Disini disampaikan sedikit info berkaitan perlawanan menentang Pejabat Operasi Kajang(p.o) pada sabtu lepas. Laporan telah disediakan :

BANGI,Agro Bank - Bertempat di padang Agro Bank Bangi, telah diadakan satu perlawanan persahabatan pada hari Sabtu(21/05/2011) diantara SSFC bertemu pasukan dari Pejab
at Operasi Kajang(p.o). Perlawanan yang diadakan pada sebelah pagi itu, telah berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik. SSFC telah menurunkan beberapa pemain utama serta menyenaraikan seorang pemain baru yang telah mengikat kontrak bersama SSFC iaitu Mohd Firdaus Ghani(gambar kanan) yang akan bersama SSFC selepas ini.

Pada separuh masa pertama, SSFC lebih banyak mengawal dan mengasak ke kubu pasukan p.o. Pasukan p.o juga sesekali mengasak kubu SSFC yang dikawal oleh penjaga gol muda, Rizal Zaaba serta dibantu pertahanan tengah Zulham Mansor dan Azri serta Mohd Faizal dan Wan Faizal masing-masing pertahanan kanan dan kiri. SSFC meletakkan Zaizullyadi bergandingan bersama Shahrizal dibahagian serangan. Dibahagian tengah dikemudi oleh Jefri Jani bersama Ridzwan Razali.Manakala Hashim diletakkan disebelah kiri bersama Azrul di sebelah kanan.Namun tiada jaringan yang dihasilkan,keputusan terikat 0-0 diseparuh masa pertama.

Perlawanan bersambung lagi diseparuh masa kedua, dimana kedua-dua pasukan cuba menukar beberapa pemain dan juga mengatur strategi pasukan. SSFC mengantikan Jafri Jani ke bahagian serangan dan dibantu pemain baru SSFC,Mohd Firdaus bersama Nik Norul untuk mengemudi bahagian tengah SSFC. Hashim telah diganti dengan Wan Fauzi manakala Hisham dan Razan mengemudi pertahanan kiri dan sayap kiri.SSFC menguasai penuh bola pad
a separuh masa tersebut dan akhirnya memperolehi gol awal yang berpunca dari hantaran-hantaran pendek dari sebelah kiri sebelum singgah kepada Firdaus yang berada luar kotak penalti lalu membuat rembatan ke arah kanan gawang menewaskan penjaga gawang kedua p.o untuk mendahului 1-0 pada minit ke-33. Penampilan pertama, jaringan pertama buat Firdaus.

Asakan demi asakan dari SS
FC sekali lagi membuahkan hasil apabila berlaku sedikit kucar-kacir didalam kawasan p.o lalu terkena tangan salah seorang pemain p.o dan pengadil tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-45 kepada SSFC. Ketua pasukan,Zulham Mansor(gambar kiri) tenang menolak masuk ke kanan gawang p.o untuk mendahului. Berlaku sedikit ketegangan di separuh masa kedua ini dimana Zulham Mansor dan Mohd Shalahudin masing-masing telah dilayangkan kad kuning.

Separuh masa ketiga bersambung, pasukan SSFC tenang mengawal dan menguasai bola disetiap posisi. Sehingga minit ke-65, Azrul(gambar kanan) mudah berlari masuk dari sebelah kiri pasukan p.o sebelum menolak bola menewaskan penjaga gawang ketiga pasukan p.o. Kedudukan terus didahului SSFC dengan 3-0. Pasukan p.o kurang mengasak ke kubu SSFC dimana penjaga gawang SSFC, lebih banyak berehat dan tidak terlalu diasak.

Ketiadaan beberapa pemain SSFC seperti Ahmad Fais, Talib Mansor, Mohd Rafiqie, Rizuan Ghani,Halimi, Sayed, Nadzri serta beberapa lagi tidak menghadirkan kekurangan kepada pasukan yang berjaya menundukkan pasukan p.o tiga gol tanpa balas.

Terdapat sedikit kekurangan dibahagian serangan SSFC. Kurang ketajaman ketika sering mendapat peluang perlu dipertingkatkan agar pasukan mendapat lebih banyak gol. Pujian harus diberikan kepada pertahanan yang berjaya mengawal baik keseluruhan perlawanan serta mengurangkan tekanan setiap kali diasak.

"Kelemahan kawalan bola masih ketara, itu basic dalam permainan dan pemain harus berlatih terutama ketika latihan supaya kesilapan-kesilapan mudah ini tidak berlaku lagi."kata ketua pasukan SSFC.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!


SENARAI PEMAIN :
Rizal Zaaba, Zulham Mansor, Azri, Mohd Faizal, Wan Faizal, Mohd Qayyum, Saiful, Hisham, Azrul, Hashim Rejab, Ridzwan Razali, Jefri Jani, Shahrizal Alias, Zaizullyadi Yasti,Wan Fauzi, Nik Norul Hidayat, Faris



PENA JPsel


p/s : Perlu memperkemaskan jentera serangan, keeper muda harus di uji lebih banyak :)




Friday, May 20, 2011

Juara Baru Futsal Inter Unit Edisi Ke-3

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Harap sihat dan ceria sentiasa. Bertemu kita lagi di dalam ruangan kali ini untuk menyampaikan info berkaitan SSFC dan pada kali ini saya post kan mengenai perlawanan Futsal Inter Unit Edisi ke-3. Laporan telah disediakan :

SHAH ALAM, Selangor - Bertempat di Sport Planet, Seksyen 16 telah berlangsungnya Kejohanan Futsal Inter Unit bagi Edisi Ke-3. Penyertaan dari pasukan yang terlibat adalah seperti biasa iaitu Unit Pro+Rumah, Unit Harga, Unit Ekonomi. Manakala satu pasukan lagi diwakili dari Unit Admin tetapi telah ditukar kepada Unit Sambilan Ekonomi bagi memenuhi kuota pasukan yang bertanding iaitu sebanyak empat pasukan.

Seperti edisi-edisi yang lepas, perlawanan berlangsung mengikut format yang sama iaitu diadakan dua pusingan(6 perlawanan). Dan edisi kali telah dimenangi oleh pasukan dari Unit Ekonomi. Sekalung tahniah buat pasukan dari Unit Ekonomi(gambar kanan) atas kemenangan yang diraih pada petang semalam. Dan tahniah juga buat bekas juara edisi pertama, Unit Harga(gambar bawah) yang menjadi naib juara pada edisi kali ini. Manakala, juara bertahan bagi edisi ke-2 iaitu Unit Pro+Rumah tidak berjaya mempertahankan momentum mereka pada kali ini dimana hanya sekadar meraih tempat terakhir.

Serta jutaan terima kasih buat semua pemain yang terlibat samada secara langsung atau tidak bagi menjayakan kejohanan berprestij yang diadakan sebulan sekali ini.Perlawanan bagi edisi ke-4 akan diumumkan selepas ini oleh pihak penganjur. Penganjur yang terlibat adalah dari pasukan atau unit yang menjadi JUARA pada edisi sebelum. Ini bermakna penganjur pada edisi ke-4 akan diterajui oleh Unit ekonomi. Diharap kejohanan ini akan dapat diteruskan pada edisi-edisi akan datang serta diharap juga komitmen yang tinggi dari semua terutama pemain-pemain SSFC sendiri agar program ini dapat berjalan dengan jayanya.


Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!



PENA JPsel

p/s : Dapat gak merasa simpan sebulan piala :)

Wednesday, May 18, 2011

Futsal Inter Unit Edisi ke-3 KEMBALI

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Bertemu kita lagi diruangan kali ini dan diharap anda semua berada dalam keadaan baik hendaknya. Disini disampaikan info berkaitan Perlawanan Futsal Inter Unit :

SHAH ALAM, Selangor - Perlawanan Futsal Inter Unit bagi Edisi ke-3 akan berlangsung pada petang esok(Khamis) jam 5:30 petang bertempat di Sport Planet, seksyen 16 Shah Alam.

Diharap pemain dapat hadir awal bagi memudahkan perlawanan berlangsung tepat pada masa dan juga kehadiran pemain semua dapat memeriahkan kejohanan tersebut.

Mampukah Unit Pro+Rumah mempertahankan kejuaraan kali ini setelah memenangi pada Edisi ke-2 yang lalu setelah merampas kejuaraan dari pasukan Unit Harga(Pemenang Edisi pertama). Dan diharap juga pemain dapat menunjukkan disiplin serta bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi. Elakkan pergaduhan sesama sendiri. Ini cuma perlawanan pemanas badan diantara rakan sepasukan sebelum menghadapi cabaran-cabaran akan datang

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!



PENA JPsel

p/s : Inilah masa untuk menguji keeper muda bakal keeper utama :)

Keputusan Keseluruhan Perlawanan SSFC 2011

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Bertemu kita sekali lagi didalam blog jpselsoccer pada kali ini dan ingin saya postingkan sedikit info berkaitan keputusan perlawanan SSFC pada musim 2011 sehingga awal bulan mei ini. Berikut adalah senarai keputusan perlawanan SSFC beserta nama penjaring :-

1st GameStats F.C5VSJKM F.C0

Ayie



Anip



Fais



Halimi



Nik Norul








2nd GameA.B.G FC2VSStats F.C3



Zulyadi



Fais



Talib






3rd GameStats F.C0VSSIRIM2






4th GameStats F.C2VSPNSB F.C2

Talib



Azrul








5th GameStats F.C1VSSUK2

Fais









6th GameStats F.C1VSCiast0

Fauzi









7th GameStats F.C1VSPatCo3

Zulyadi









8th GameStats F.C1VSA.B.G0

wan Ghani









9th GameStats F.C2VSR.A.C fc1

Jefri Jani




Nadzri Salleh









10th GameStats F.C0VSJPN Sel1






11th GameStats F.C2VSJKM2

Nadzri Salleh




Wan Fauzi









12th GameStats F.C3VSJP WPKL0

o.g




Zaman





Ahmad Fais



13th Game Stats F.C 3 VS P.O Kajang 0

Firdaus




Zulham




Azrul









14th Game Stats F.C 0 VS Polis P.Jaya 4

15th Game Stats F.C ?
JP Perak ?



Berdasarkan keputusan perlawanan yang dipaparkan diatas, statistik keseluruhan perlawanan yang dilalui oleh SSFC setakat ini ialah :

7 Menang
2 Seri
5 Kalah

Ini menunjukkan prestasi permainan pasukan SSFC semakin meningkat tetapi masih banyak lagi perkara yang perlu dititik beratkan agar pasukan dapat mencapai keputusann yang lebih membanggakan pada masa akan datang.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!



JP PENAsel

p/s : Teruskan kemenangan, Kurangkan ke'bolos'an hehehe :)