FAN SSFC

Friday, June 21, 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN KE-2 2013

Assalamualaikum W.B.T dan salam 1 Malaysia kepada semua follower's blog JPSel Soccer. Untuk makluman semua follower's, semalam(Khamis) telah diadakan perlawanan persahabatan kedua bagi pasukan SSFC menentang pasukan TOYOTA. Perlawanan telah dilangsungkan di Padang JKR, Seksyen 17, Shah Alam petang semalam. Berikut disediakan laporan berkaitan perlawanan semalam yang telad disediakan oleh PENA JPSel :



SHAH ALAM, Selangor - Petang semalam(Khamis) telah berlangsungnya satu perlawanan persahabatan antara SSFC menentang TOYOTA. Perlawanan tersebut telah diadakan di padang JKR, Seksyen17, Shah Alam.

Dengan ketiadaan beberapa tonggak utama, pasukan SSFC ketinggalan 3 gol kosong di separuh masa pertama. Pasukan SSFC kerap kali diancam dengan serangan demi serangan ke kubu oleh pihak lawan. Hanya beberapa serangan sahaja yang dapat dilakukan oleh pemain-pemain SSFC ke kubu pasukan lawan.

Pemain yang beraksi pada petang semalam terdiri daripada Rizal Za'aba selaku penjaga gol utama, dibantu oleh pertahanan yang terdiri daripada Shalahuddin, Haniff Hanan, Hisham dan Apai. Manakala di bahagian tengah dibarisi oleh Firdaus(Abe), Pojie, Ashraff dan juga Sayed. Serangan SSFC pula dikemudi oleh Shah Alias dan Nadzri Salleh. Pemain Simpanan SSFC hanya Mohd Qayyum sahaja.

Keadaan permukaan padang yang amat teruk serta berpasir amat berbahaya buat pemain-pemain SSFC kerana silap langkap boleh mendatangkan kecederaan. Di separuh masa kedua, TOYOTA memulakan serangan bertali arus ke arah kubu SSFC. Kali ini, permainan pasukan lawan sedikit perlahan dan bersahaja. Empat percubaan tepat berjaya dihasilkan oleh pasukan lawan namun hanya 3 sahaja berjaya menembusi gawang SSFC manakala satu lagi percubaan yang diperolehi oleh pihak lawan melalui sepakan penalti, tersasar jauh dari sasaran.

Bagi pemain-pemain yang tidak dapat beraksi seperti Azri Panjang, Zulham Mansor, Jefri Jani, Ahmad Fais serta Talib Mansor, diharap dapat turun beraksi pada perlawanan akan datang. Secara keseluruhannya pada aksi semalam, pemain SSFC beraksi dibawah tahap sebenar dan sedikit longlai. Mungkin kurang pendedahan dan juga perlawanan. Jika melihat statistik perlawanan SSFC bagi tahun 2013 ini, SSFC hanya mengadakan 2 perlawanan persahabatan termasuk perlawanan semalam. Perlawanan pertama SSFC pada bulan April yang lepas di Padang Mini, Shah Alam menentang pasukan Toshiba.

Diharap kekalahan semalam tidak mematahkan semangat juang para pemain untuk menempuh perlawanan-perlawanan akan datang. Sekian laporan hari ini, semoga berjumpa dilain hari dan masa. Selamat maju jaya kepada SSFC.

Sekian dari PENA JPSel.

3 comments:

KurengSkru said...

pasukan perlu ambil lebih banyak pemain baru kerana pemain2 yg sedia ada sudah mula memikirkan waktu untuk bersara..

KurengSkru said...

pasukan perlu ambil lebih banyak pemain baru kerana pemain2 yg sedia ada sudah mula memikirkan waktu untuk bersara..

Anonymous said...

kesian team jpsel skrg..pemain2 yg ada makin merosot pmainan mereka..tiada taktik yg bagus juga memainkan peranan penting..