FAN SSFC

Monday, March 7, 2011

FUTSAL ZON TENGAH (JP SELANGOR + JP KL) MENGGEGAR PAROI

3 Mac 2011 (Khamis), jam 9.00pm...Masuk ke Bilik Merbau Klana Resort sebagai Pengurus Futsal untuk Cabutan undi, Zon Borneo dan HQ dipisahkan kerana mereka JUARA / NAIB JUARA bertahan, selesai cabutan undi : Kumpulan A : Zon Borneo (ZB), Zon Utara (ZU) & ZON TENGAH, Kumpulan B : HQ, Zon Selatan (ZS) & Zon Timur (ZT).Kata-Kata sinis Ketua Kontinjen Zon Borneo,"Kami fokus kat Futsal dan YAKIN akan juara lagi"

4 Mac 2011 (Jumaat) : 3pm, lokasi Gelanggang Futsal, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sembilan
Gelanggang diperbuat dari simen dan agak kecik...emmmm perlawanan pertama vs ZON UTARA, sementara menunggu perlawanan pertama Zon Tengah, sebagai pengurus, perlawanan anatara ZB vs ZU ditonton dengan tekun,perlawanan seimbang,namun ZB menang dgn jaringan 3-2,ciri2 juara bertahan ada laaa...dalam pada itu HQ menewaskan ZS (1-0),

Perlawanan Pertama ZON TENGAH vs Zon Utara

Kelimaan Utama : Min (GK), Abe, Kamarul, Talib & Anip, Sub : Awe, Adi, Azrin & Shahrul

Dengan jersey baru jenama Reebok diharapkan ZON TENGAH akan memenangi perlawanan pertama. Pemain nampak bersemangat ingin membuktikan sesuatu, ZON TENGAH ketinggalan 1-0. Namun berjaya bangkit dengan kemenangan 3-1, 2 gol jaringan Anip dan 1 lagi lupa la pulak, game ini Awe dan Azrin juga mendapat sesuatu iaitu Kad Kuning. Maka dengan kemenangan ZON TENGAH, maka ZB dan ZON TENGAH sudah layak ke SEMI FINAL dan ZU boleh la balik tidur, dalam pada itu HQ dan ZT seri 2-2.
Untuk game vs ZB, ZON TENGAH telah membuat satu percaturan tidak kisah dengan siapa hendak ditentang di SEMI FINAL, maka juara kumpulan bukanlah sasaran. Maka formasi diamond digunakan utk perlawanan ini. Saja la try....

Kelimaan Utaman : Adi (GK), Abe, Kamarul, Anip & Shahrul, Sub : Min, Awe, Azrin & Talib

So bila sistem baru digunakan maka tewas la ZON TENGAH kepada ZB 2-0, xpe la kerana tiket ke SEMI dh dapat, rasanya kalau WAJIB menang utk ke SEMI confirm ZON TENGAH boleh 'pukul' ZB...bagi la ZB confident yg diaorg kuat...Maka dengan itu Juara Kump A : ZB dan N.Juara Kump A : ZON TENGAH
ZT pula menewaskan ZS 2-1 untuk menjadi Juara Kump B. Maka esok di Semi Final ZON TENGAH akan vs ZT....ZT tunggu!!!! ZON TENGAH pasti GEGAR....satu lagi Semi Final menemukan HQ dan ZB

Bagi Kategori Wanita ZON TENGAH menjadi Juara Kumpulan, manakala Kategori Veteran Zon Tengah 'bungkus', kena 7-1 1st game,dan 2-0 2nd game,tapi apa pun Veteran tetap sporting...u all mmg best. Buat Team Wanita cayalah coz jadi JUARA KUMPULAN.

5 Mac 2011 (Sabtu)

Jam 10.00 am : SEMI FINAL pertama...ZB menewaskan HQ 2-0, mmg ZB hebat dan menepati status mereka sebagai Juara Bertahan, dan dalam masa yg sama Team Wanita ZON TENGAH tewas sepakan penalti kepada HQ...xpe....kita cuba next Sukan Antara Zon (SAZ)

SEMI FINAL KEDUA : ZON TENGAH vs ZT tanpa pengurus kerana pengurus terpaksa standby utk pasukan volleyball,tanpa Anip yg menjadi Kapten Team Badminton dan Adi yg mnjadi 1st single ping pong... Tinggal 7 org yg akan meneruskan perjuangan....Tanggungjawab diberikan kepada Abe sebagai Kapten merangkap pengurus...dan mereka ZON TENGAH mmg hebat bila berjaya menewaskan ZT dengan jaringan 2-1. 2 Gol dijaringkan oleh Kamarul...tetap menang walau GK kena gol oleeee...

FINAL : Pertembungan semula ZB dgn ZON TENGAH

Kelimaan Utama : Min (GK), Abe, Kamarul, Talib & Shahrul, Sub : Awe & Azrin

ZON TENGAH mendahului 1-0 hasil jaringan Shahrul. ZB tersentap sbb semalam ZON TENGAH lain jer main (semalam jual game sbb dh tau layak). Namun ZB bangkit (maklumlah juara bertahan) untuk kembali mendahului 2-1,namun disaat mereka (ZB) hampir menjadi JUARA, SUPER SUB...Azrin menjaringkan gol yang sungguh hebat...sampaikan dia sendiri tidak tahu dgn Kaki mana bola itu disepak....pada mulanya gol x disahkan namun pengadil ke-2 dan simpanan mengesahkan jaringan itu....CAYALAH Azrin + ZON TENGAH...kerana berjaya menyamakan kedudukan dan x menyerah kalah

Maka perlawanan ditentukan oleh sepakan penalti

1st Penalti : ZB (Gol), ZON TENGAH (Gol) - Azrin
2nd Penalti : ZB (Gagal), ZON TENGAH (Gol) - Kamarul
3rd Penalti : ZB (Gol), ZON TENGAH (Gagal) - Awe
4th Penalti : ZB (Gagal), ZON TENGAH (Gol) - Abe
5th Penalti : ZB (Gol), ZON TENGAH (GOLLLLL) - Min

ZON TENGAH JUARAAAAAAA!!!!!! WE ARE THE CHAMPION !!!!
Terlalu GEMBIRA sampai lupa Dato' KP menonton perlawanan akhir.

YES...akhirnya ZON TENGAH JUARA, juara edisi ke-2,dgn mengalahkan JUARA BERTAHAN - zb... puashati kerna ketua kontinjen ZB pati menyesal kerana CAKAP BESAR macam proses undian...HAHAHAHA......sampai ketemu lagi di Kejohanan Sukan Antara Zon Ke-10 di Kedah, dan yg pasti Jersi ZON TENGAH utk SAZ akan datang akan tercetak 1 BINTANG...TAHNIAH ZON TENGAH

Malam nyer KAROK di Seremban Parade meraikan kemenangan Futsal / Trio Bowling...

No comments: