FAN SSFC

Friday, April 29, 2011

Jaringan Lewat Permainan

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Disini disampaikan sedikit info mengenai perlawanan semalam :-

SHAH ALAM - Perlawanan persahabatan yang berlangsung pada petang semalam menentang pasukan dari JKM berkesudahan seri dua gol sama. Perlawanan berlangsung di padang CCM Fertilizer dalam keadaan padang yang agak lembab dan berlumpur akibat hujan.

Perlawanan nampak seimbang diseparuh masa pertama di mana, kedua-dua pasukan cuba menyerang balas. Namun kealpaan pertahanan pasukan SSFC pada minit ke-27, telah memberikan permulaan jaringan pertama bagi pasukan lawan. Jaringan berpunca dari penyerang pasukan lawan yang mudah melepasi pertahanan pasukan SSFC sebelum merembat ke gawang pasukan SSFC. Pasukan lawan sekali lagi memperolehi kesempatan untuk menjaringkan gol kedua melalui gerakan hampir sama, namun kecemerlangan penjaga gawang SSFC,Rizal Zaaba berjaya menafikan percubaan dari pihak lawan.

Permainan bersambung di separuh masa kedua dengan pasukan SSFC cuba bangkit untuk mencari jaringan penyamaan. Beberapa pertukaran posisi dilakukan bagi mencari keserasian. Zulham beralih ke posisi sayap kanan telah beberapa kali berjaya meloloskan diri melepasi pertahanan lawan. Jaringan yang dicari pasukan SSFC berhasil pada minit ke-57 apabila umpanan dari Zulham kepada Nadzri(gambar) tidak disia-siakan sebelum melakukan rembatan dalam kotak penalti bagi mengikat kedudukan satu sama.

Namun pasukan JKM pantas mendahului SSFC pada minit ke-78 apabila satu rembatan kencang dilepaskan dari luar kotak penalti selepas berlaku sedikit kucar-kacir dihadapan gawang sebelum menewaskan penjaga gawang SSFC yang di kawal oleh Rizal untuk mendahului SSFC 2 gol 1. Beberapa pertukaran pemain dilakukan oleh pasukan SSFC bagi mencari jaringan penyamaan dalam usaha mempertahankan rekod pertemuan dengan pasukan JKM sebelum ini. Tanpa beberapa tonggak utama seperti Jefri Jani, Rizuan Ghani, Hanif Hanan, dan beberapa lagi tidak mematahkan semangat juang pasukan SSFC.Penyerang SSFC, Talib hanya dapat beraksi 10 minit permainan sebelum dikeluarkan akibat kecederaan lutut, manakala Nik Norul juga dikeluarkan akibat kecederaan di separuh masa kedua.

Ketua pasukan SSFC, Zulham yang beraksi di posisi sayap kanan bermain dengan cemerlang kerana beberapa kali berjaya menembusi pertahanan lawan namun, juga dikeluarkan untuk diganti dengan Ariff. Serangan demi serangan dari pasukan SSFC di minit-minit akhir permainan membuahkan hasil apabila gerakan dari luar kotak penalti JKM disambar oleh Fauzi(gambar) sebelum mencetak satu rembatan untuk menewaskan penjaga gawang JKM pada minit ke-90 untuk mengikat kedudukan 2 gol berbalas 2 sehingga permainan tamat.

"Pasukan telah mengharungi beberapa siri perlawanan, dan sepatutnya sudah ada keserasian diantara pemain namun masih banyak lagi kelemahan-kelemahan mudah yang sering kali dilakukan," kata ketua pasukan SSFC.

SENARAI PEMAIN : Rizal,Halimi,Azrul,Qayyum,Nik Norul,Syed Shairazi,Nadzri, Hisham, Fais, Shahrizal,Zulham,Fauzi,Afzahari,Ariff,Shalahudin,Talib

PENA JP Sel

p/s : Membaiki kelemahan pasukan serta bersedia untuk beraksi di pelbagai posisi

No comments: