FAN SSFC

Wednesday, January 19, 2011

MEMASTIKAN 1/2 DALAM SKUAD

Assalamualaikum WBT,Salam Sejahtera bagi yang BELUM BERAGAMA ISLAM, berjumpa pertama kali diruang catatan Statistik Selangor FC. Tajuk catatan ada kena mengena dengan pemilihan skuad FUTSAL ZON TENGAH ke Sukan Jabatan Perangkaan Malaysia di Negeri Sembilan pada 4-6 Mac 2011. Kalau ikutkan kepada pencapaian DOS FC adalah menjadi satu kemestian dari 8 orang yang bermain futsal sekurang-kurangnya 4 org mesti pemain dari JP Selangor. Sebabnya setiap kali game bola sepak padang besar lawan JP KL, JP Selangor pasti MENANG atau SERI dan x pernah KALAH sejak kebelakangan ini. Ikut pencapaian FUTSAL juga begitu. 2 pertandingan terakhir JP SELANGOR menjadi JUARA di Kejohanan Futsal Jabatan Perangkaan Malaysia (Anjuran JP KL) dan JUARA di Liga Futsal Tertutup Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (Anjuran JP Selangor). So kalau ikutkan bukan 4 orang, maybe 5-6 orang yang layak. Nak lagi senang semua pemain dari JP SELANGOR (hehehehehe...saja bakar line). apapun utk menjaga keharmonian pada 23 Januari 2011 kita akan berentap vs JPKL di Sport Planet Seksyen 16, Shah Alam. Untuk memastikan skuad yg kuat turun menentang JPKL,pada 19 Januari 2011,jam 6-8pm sila turun ramai2 geng futsal JP SELANGOR ke Freenzy Futsal, Seksyen 15, Shah Alam untuk sesi pemilihan. Dalam memastikan skuad LELAKI gah,lupa pulak yg JP Selangor perlukan jugak Skuad Wanita dan Veteran Lelaki,ada ker pemain2 nyer????Warga JP Selangor tolong war-warkan kepada kaum HAWA dan OTAI2 JP Selangor yg pemain futsal diperlukan. Apapun kita kena pastikan sekurang-kurangnya 1/2 dari Skuad Futsal Zon Tengah dibarisi pemain2 dari JP SELANGOR walau hakikatnya sepatutnya JP Selangor patut sebat semua senarai player.Sampai ke temu lagi. SAYA PEDULI DOS FC...

No comments: