FAN SSFC

Thursday, January 27, 2011

Kemenangan Kedua!

Shah Alam-Statistik Selangor FC membuktikan yg pasukan mereka benar-benar hebat.Kemenangan pertama tempoh hari dipandang sebelah mata oleh beberapa pihak kerana perlawanan tersebut berlangsung di padang bersaiz kecil.kali ini perlawanan berlangsung di padang yang bersaiz internasional iaitu di padang B,Stadium Mini Shah Alam.Kemenangan 3-2 ke atas pasukan A.B.G yang boleh dikatakan agak bagus telah memadamkan anggapan awal ramai peminat yang menyangka pasukan Stats Sel akan kecundang.Walaupun pada mulanya pasukan Stats Sel ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama ia tidak mematahkan semangat pasukan.setelah di asak dari pelbagai penjuru pemain-pemain Stats terus bertahan dgn kental terutamanya penjaga gol yang beraksi dgn agak cemerlang pada hari ini.Memulakan babak kedua pasukan stats sel telah melakukan beberapa pertukaran pemain di mana pemain-pemain utama telah dimasukkan menggantikan pemain yang telah mengalami keletihan.Dan hasilnya gol yang cantik daripada penyerang yang telah menjalani latihan di Old Trafford selama 2 minggu iaitu Ryan Eddy telah memadamkan kelebihan awal pasukan lawan dan Eddy telah meraikan gol tersebut dgn aksi yang sangat menarik.Semangat juang pasukan Stats Sel terus meningkat setelah gol penyamaan tersebut dan hasilnya gol kedua dari penyerang yang kembali menemui sentuhan gol bagi 2 perlawan berturut-turut iaitu Ahmad Fais.Aksi pasukan Stats Sel terus menjadi selepas itu dimana permainan kemas ditunjukkan oleh pemain-pemain yang diketuai oleh kapten Muhd Zulham.Gol ketiga terus menjelma selepas itu juga dari seorang lagi penyerang yang boleh dikatakan agak lama tidak menjaringkan gol iaitu Talib atau nama glamornya C.T.R(sekarang Berbatov katanya).Gol tersebut ternyata amat cantik dan layak menjadi gol terbaik untuk perlawanan hari ini.Setelah selesa mendahului dengan 3-1 pasukan Stats Sel memperlahankan rentak dan ini membuatkan pasukan lawan mengambil kesempatan menggempur kubu pertahanan Stats.Hasilnya mereka berjaya mendapatkan gol kedua melalui sepakan penalti setelah pemain mereka dikasari oleh kapten Zulham dlm kotak penalti.Minit-minit terakhir pasukan lawan terus menyerang untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi dihampakan oleh kecekapan penjaga gol Stats dan barisan pertahanan.Akhirnya wisel ditiupkan dan Stats Sel memperolehi kemenangan kedua.

2 comments:

PENA JPsel said...

tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan...GO Stat Sel...

KurengSkru said...

tahniah untuk semua timnas...stat sel