FAN SSFC

Thursday, December 22, 2011

Mesyuarat Kelab SSFC

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Agak lama penulis tidak membuat huraian di laman ini memandangkan penulis sedikit sibut kebelakangan ini. Insyaallah, penulis akan cuba memastikan info-info SSFC selepas ini akan dapat disampaikan kepada follower's sekalian. Baiklah, untuk kali ini, penulis ingin menyampaikan sedikit laporan berkaitan Mesyuarat Kelab SSFC yang telah dijalankan baru-baru ini. Laporan telah disediakan oleh PENA JPSel :

SHAH ALAM, Selangor - SSFC baru-baru ini telah mengadakan mesyuarat kelab pada 11 Disember 2011 bertempat ditingkat 19, Unit Harga, Bangunan Darul Ehsan. Pelbagai perkara berbangkit telah diusulkan bagi meningkatkan lagi pasukan. Antara agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat kali ini adalah perlantikan baru bagi membentuk organisasi sedia ada.

Perkara utama diusulkan adalah perlantikan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Jawatankuasa bagi sesi 2011-2012. Ahli mesyuarat telah sebulat suara melantik Encik Zulham Bin Mansor untuk menjawat tugas sebagai Pengerusi. Manakala, jawatan bagi Setiausaha disandang oleh Encik Hashim Bin Rejab. Bagi jawatan Bendahari pula, Encik Zaizullyadi Bin Yasti secara sah memegang jawatan tersebut yang dianggap sebagai jawatan terpenting dalam pasukan.

Bagi Jawatankuasa Peralatan dan Pakaian, masing-masing dipegang oleh Encik Ridzwan Bin Razali dan Encik Nadzri Bin Salleh. Satu lagi Jawatankuasa telah ditubuhkan atas kesepakatan ahli-ahli, Encik Ahmad Fais Bin Misbah telah memegang peranan sebgai Jawatankuasa Riadah iaitu jawatankuasa yang akan memastikan tahap kecergasan pemain akan lebih baik.

Setelah selesai sesi pemilihan jawatankuasa baru ini, mesyuarat diteruskan lagi dengan beberapa perkara berkaitan antaranya isu-isu berkaitan pembayaran atau yuran yang dimana telah dipersetujui sebulat suara, akan dibayar pada dua hari sebelum menjelang sesuatu perlawanan. Pada musim baru ini, Pengerusi bersama ahli-ahli, telah mempersetujui bahawa pemain-pemain(anggota tetap) akan diberi keutamaan pada perlawanan akan datang.

Beberapa perkara berbangkit juga telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut serta mencari jawapan dalam memastikan kelab sentiasa dalam perancangan terbaik. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Sehubungan dengan ini, penulis mengharapkan agar semua pihak dapat bersama-sama dengan organisasi baru ini dalam memastikan perjalanan kelab untuk mengharungi musim 2012 berjalan lancar.Sekian dari penulis, diharap kita dapat bersua lagi dilain masa.


Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara dan juga SSFC!!!




PENA JPsel


P/S : Ingin melihat SSFC lebih kehadapan dimasa akan datang. Hidup SSFC!!! : )



No comments: