FAN SSFC

Wednesday, April 4, 2012

FARIS CUP SIRI 3... KEMBALI!!!

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Diharap follower's serta pemain-pemain SSFC berada dalam keadaan sihat sentiasa. Jadi, hari ini ada sedikit info atau pengumuman berkaitan futsal untuk semua pemain-pemain SSFC dan juga warga kerja Jabatan Perangkaan Negeri Selangor untuk berentap sesama sendiri setelah agak lama futsal tidak diadakan.

Untuk pengetahuan semua, Kejohanan FARIS Cup bagi siri ke-3 kini telah kembali membuka tirai di mana kejohanan ini akan berlangsung pada 10 April 2012 (bersamaan hari Selasa minggu hadapan) pada jam 6:00 petang sehingga 9:00 malam.

Kejohanan kali ini akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 15:00 seorang dan JUARA akan membawa pulang JERSI MALAYSIA (seorang). Dan kali ini, Penaung FARIS Cup juga ada menyatakan bahawa kejohanan kali ini turut disertakan hadiah bagi PENJARING TERBANYAK dan juga PEMAIN TERBAIK PILIHAN (akan dipilih oleh penaung FARIS CUP) bersama juri berkecuali yang akan dilantik.

Bayaran kejohanan kali ini dianggap segelintir sebagai harga yang sedikit MAHAL namun seperti yang diberitahu oleh penaung sebelum ini bahawa lebihan atau baki dari bayaran yang dikenakan ke atas pemain ini, akan dikumpul bersama tabung kelab SSFC bagi membeli peralatan-peralatan yang diperlukan. Malah, tempoh 3 jam yang diperuntukkan untuk kejohanan kali ini, juga diharap dapat memuaskan semua pihak yang terlibat dalam pertandingan nanti.

Oleh itu, adakah semua terutama pemain-pemain SSFC ingin turut serta dan bersedia mengharungi Kejohanan FARIC Cup Siri ke-3 ini?? Bayaran bolehlah dibuat dengan kadar segera kepada Encik Ahmad Fais Bin Misbah (Ting.8) dan Encik Abdul Mutalib Bin Mansor(Ting.8) sebelum 6 APRIL 2012(Jumaat) ini.

Sekian, terima kasih. Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!





PENA JPsel



No comments: