FAN SSFC

Tuesday, April 3, 2012

WARM-UP SEBELUM MATCH!!!

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Bertemu kita lagi dalam ruangan blog jpselsoccer ini untuk membincangkan hal-hal berkaitan SSFC. Kali ini, penulis tergerak untuk berkongsi pendapat dengan semua berkaitan tajuk pada hari ini iaitu "Warm-Up Sebelum Latihan".

Baiklah, sebelum kita mengupas isu ini dengan lebih panjang lebar, penulis terfikir sejenak mengenai latihan untuk pasukan SSFC sebelum menghadapai sesuatu perlawanan. Seperti sedia maklum, SSFC bukan suatu pasukan bertaraf profesional kerana SSFC sendiri jarang atau tidak langsung mengadakan latihan walau sekali seminggu. Namun, yang menjadi persoalan dan perhatian, mengapa kita tidak bertindak seakan profesional terutamanya ketika latihan pemanas badan sebelum menghadapi sesuatu perlawanan.

Isu yang ingin dikupas disini, jika anda mahupun SSFC sendiri perasan bahawa setiap kali sebelum perlawanan, jarang ada pemain-pemain SSFC yang membuat larian, regangan mahupun latihan pemanas badan yang lain. Yang ada hanyalah segelintir pemain yang berbuat sedemikian. Tidakkah kita tahu bahawa latihan pemanas badan atau "warm-up" ini adalah senaman asas atau senaman pembuka sebelum melakukan atau memulakan aktiviti yang lebih berat. Sekurang-kurangnya, berlari setengah padang supaya badan berada dalam keadaan bersedia.

Selain itu, isu kedua yang ingin diketengahkan adalah rutin atau kebiasaan setiap kali membuat latihan sepak. Selalu diperhatikan, setiap kali sesuatu perlawanan, latihan sepakan sudut atau "corner-kick" kerapa diamalkan oleh pemain-pemain SSFC. Persoalannya, mengapa tidak setiap kali selepas "warm-up", pemain terus melakukan latihan touch ball. Ia lebih utama dalam pengawalan bola. Pernahkah anda dengar istilah latihan buli atau latihan ayam. Ada juga yang memanggil latihan monyet. Apapun istilah yang diberi, ia lebih kepada latihan touch ball dimana beberapa pemain membuat bulatan dan dua orang pemain didalam cuba merampas bola yang dikawal oleh pemain yang membuat bulatan tadi. Mungkin 'one touch' boleh digunakan dalam latihan ini, ia lebih effektif dan tujuannya lebih kepada serangan balas atau "counter attack". Anda boleh lihat video di bawah :




Lihat kepantasan yang diterapkan dalam klip video diatas, bukan sehebat ini yang kita mahu tapi sekurangnya latihan ini boleh membiasakan kita dengan keadaan padang dan juga kawalan. Penulis bukan mengatakan tidak boleh kepada latihan lain seperti 'corner kick' yang sering diamalkan tetapi latihan ini perlukan ketepatan, set piece yang betul dan mungkin akan memenatkan sedangkan latihan touch ball tersebut lebih cepat, menggunakan ruang kecil, lebih fun dan sesuai sebelum memulakan perlawanan.

Jadi, disinilah yang dimaksudkan latihan pro walau SSFC bukan sebuah kelab profesional. Kita harus tahu rutin sebelum perlawanan. Bukan setiap kali handak "warm-up", kapten akan memekik memanggil pemain. Sekarang ini, sering kita dengar kes-kes yang mengejutkan dipadang bola seperti yang berlaku kepada Fabrice Muamba (gambar kanan) yang tiba- tiba rebah. Beliau adalah pemain profesional bagi pasukan Liga Perdana England, Bolton Wanderers namun kes begini boleh terjadi tapi bagaimana dengan kita? Hanya sekadar pemain amatur.

Jadi, itulah sebabnya latihan-latihan asas diperlukan memandangkan SSFC memang tidak pernah berlatih. Sekurangnya ia dapat membantu anggota badan terutama jantung kita untuk bersedia dan 'panas' sebelum perlawanan. Jika tiada latihan asas dan pemain terus masuk ke padang untuk bermain, ini akan mengakibatkan anggota badan terutama jantung akan 'terkejut'. Kalau silap gaya, pemain boleh 'gol' dulu.

Oleh itu, fikir-fikirkanlah untuk manfaat bersama. Hendak turun berlatih memang sukar akibat kekangan masa dan juga masalah-masalah lain. Tetapi, sebelum menghadapi sesuatu perlawanan, inilah masanya untuk kita tunjuk sikap profesional kita, berlari dahulu, membuat regangan, latihan sepak 'touch ball'. Kemudian, ketua pasukan akan panggil untuk mengatur posisi seterusnya bermula perlawanan. Kan ianya nampak lagi teratur. Pasukan lawan pun akan gerun dengan SSFC sebab dilihat seperti pasukan yang teratur dan terlatih.

Jadi, selepas ini SSFC boleh bermula langkah seperti yang disarankan bagi menghadapi perlawanan akan datang. Semoga apa yang disampaikan hari ini, boleh digunakan bersama. Diharap bertemu lagi dilain hari dan waktu dengan lebih banyak info berkaitan SSFC.

Ahir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!



PENA JPsel


p/s : Menang Kalah tidak mengapa, tapi biar 'profesional'... :)






No comments: