FAN SSFC

Friday, February 25, 2011

FC DOSS kembali...

Ramai lagi yang masih tertenya-tanya...sape FC DOSS?

FC DOSS adalah team futsal Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor atas inisiatif  pemain sendiri...nama FC DOSS wujud sempena Futsal Club Department Of Statistics Selangor...pemain terdiri daripada staf Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor...tapi,kalo x cukup pemain,terpaksa gak import kawan2 dari luar...
FC DOSS mula ditubuhkan pada Jun 2009 untuk menyertai Kejohanan Futsal Terbuka Shah Alam 2009...

Selepas itu FC DOSS menyertai beberapa siri kejohanan lain di sekitar Selangor...kali terakhir adalah pada Mei 2010 di Kejohanan Rentap Futsal Kosmo Putrajaya...kami belum memenangi apa2 kejohanan tapi,kami sentiasa berusaha ,x kenal putus asa...

Dah lama x menyertai kejohanan...esok,kami kembali bergabung...tanpa pemain dari luar...semua terdiri daripada staf,kerana itu adalah salah satu syarat2 pertandingan...kami akan menyertai Pertandingan Futsal Jabatan Perdana Menteri 2011 di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya...
gambar kenangan,kali terakhir beraksi pada Mei 2010

Pertandingan ini tertutup kepada jabatan dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri sahaja...turut menyertai adalah pasukan futsal yang akan mewakili Zon Tengah ke Sukan Antara Zon Jabatan Perangkaan 2011..pasukan itu terdiri daripada pemain yang terpilih dari JP Selangor dan JP Kuala Lumpur...5 pemain FC  DOSS turut telah diserap ke pasukan itu...kira macam main tuk negara la...FC DOSS main kelab...

Diharapkan kedua2 pasukan mampu membawa cabaran dengan cemerlang pada kejohanan ini...doakan kejayaan kami...Amin....

Sekian tuk kali ni...

Majulah sukan untuk negara dan Statistik Selangor FC serta FC DOSS...

No comments: