FAN SSFC

Friday, January 20, 2012

PERLAWANAN LATIHAN KEDUA

PERLAWANAN SENGIT ANTARA PASUKAN A MENENTANG PASUKAN B



(KLIK FOR FULL VIEW)

SHAH ALAM,
Selangor - Bertempat di Stadium Mini Shah Alam, telah berlangsungnya perlawanan persahabatan diantara Pasukan A menentang Pasukan B yang memegang status selaku pemenang pada perlawanan pertama tempoh hari.

Perlawanan yang berlangsung pada petang Khamis(semalam) bermula sedikit lewat akibat kekurangan dan kelewatan pemain. Namun, perlawanan seperti yang dijangka sengit berlangsung dengan rancaknya apabila kedua-dua pasukan sering membuat serang balas terhadap kawasan pihak lawan.

Jaringan pembukaan dijaringkan oleh Talib Mansor(gambar) untuk Pasukan A mendahului 1-0. Kelewatan beberapa tonggak yang hadir lewat terutama penjaga gol Pasukan B, Rizal Za'aba sedikit sebanyak memberi peluang kepada Pasukan A namun banyak disia-siakan.

P
erlawanan disambung selepas rehat separuh masa pertama, Pasukan B mendapat gol penyamaan dari penyerang berbisa mereka, Zaizullyadi Yasti(bawah kanan) yang menanduk masuk untuk mengikat kedudukan 1-1.

Namun beberapa minit kemudian, Pasukan A sekali lagi dihadapan apabila Talib Mansor merembat cantik ke penjuru gawang untuk menewaskan Rizal Za'aba bagi mendahului 2-1. Sekali lagi Pasukan A mendahului apabila Ahmad Fais Misbah(gambar kiri) berjaya melepasi offside untuk melengkapkan kedudukan jaringan 3-1.

Perlawanan masuk separuh masa ketiga, Pasukan B seringkali mengancam kubu Pasukan A dengan serangan bertali arus dan berjaya merapatkan kedudukan 3-2 melalui jaringan Jefri Jani.(gambar bawah) Kedudukan kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Semalam juga, Shahrizal Alias selaku Penasihat(CEO) pasukan SSFC dengan rasminya menyerahkan jersi biru putih secara sah kepada pemain-pemain SSFC. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SSFC.

Namun, sedikit mengecewakan apabila masih ada pemain yang tiba lewat dan menyukarkan rakan-rakan sepasukan terutama dari Pasukan B. Ada dikalangan pemain, sudahlah lewat tapi masih boleh relax dan bersahaja diluar padang. Kenapa tidak terus bersiap dan membuat sedikit warming up? Diharap selepas ini tidak ada lagi kekurangan seperti ini yang boleh dikatakan sebagai tidak 'profesional' dari kalangan pemain.

Secara keseluruhannya, ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan perlawanan semalam dan pengurus pasukan boleh berkira-kira untuk memilih pemain untuk mengisi pasukan utama bagi menghadapi musim 2012 ini. Sekian laporan aksi perlawanan semalam, diharap dapat kita berjumpa lagi. Harap maaf jika ada teguran namun semua itu untuk kebaikan bersama.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!




Pemain Pasukan A :
Rafiqie, Hashim, Fais, Talib, Hanif, Zulham, Muz, Fauzi, Nadzri, Shah, Aizuddin, Azrin, Razan, Faizal

Pemain Pasukan B :
Rizal, Azri, Hisham, Qayum, Syed, Firdaus, Zullyadi, Jefri, Ridzwan, Azrul, Azreel, Wan Faizal, Afzahari, Din




PENA JPSel



p/s : Aksi sengit yang disajikan....keeper 'lemas' jua akhirnya... :)