FAN SSFC

Thursday, March 29, 2012

SSFC BANGKIT KEMBALI

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's yang dihormati sekalian. Bertemu kita sekali lagi diruangan SSFC Blog ini untuk mengetahui serba sedikit perjalanan bola sepak SSFC. Seperti sedia maklum, semalam telah diadakan perlawanan ke-5 buat SSFC menentang pasukan UiTM Fakulti Perakaunan (FP) yang sepatutnya diadakan petang semalam bertempat di Padang JKR, Seksyen 17, Shah Alam. Namun, perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan kerana bertindih jadual perlawanan dengan pasukan lain di padang tersebut.

Perlawanan telah ditunda namun, setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak pengurusan dan sebulat suara, perlawanan dilangsungkan di Stadium Kota Raja, Klang pada pukul 8.45 malam semalam. Berikut sedikit laporan yang telah disediakan oleh PENA JPsel :



KOTA RAJA - Klang : Perlawanan persahabatan diantara SSFC menentang UiTM FP yang berlangsung di Stadium Kota Raja malam tadi adalah perlawanan ke-5 buat pasukan SSFC. Dengan kehadiran penonton lebih 5 ribu orang malam tadi telah membangkitkan semangat kepada SSFC. Jaringan awal bermula apabila ketua pasukan SSFC, Zulham Mansor(gambar kanan) merembat masuk sepakan percuma untuk menghadiahkan gol pertama SSFC menewaskan panjaga gawang UiTM FP.

Perlawanan seimbang dari kedua-dua pasukan namun SSFC berjaya mengawal permainan. Keadaan padang yang terlalu teruk boleh diibaratkan seperti bermain di sawah padi telah merencatkan permainan kedua-dua pasukan. Mujur tiada pemain yang tercedera. SSFC lebih berhati-hati terutama ketika mengawal bola kerana keadaan padang yang licin dan teruk. Beberapa percubaan bahaya dilancarkan oleh UiTM FP ke kubu SSFC yang dikawal sementara oleh panjaga gol gantian, Shalahuddin yang berjaya menepis beberapa kali peluang-peluang UiTM FP. Keputusan kekal 1-0 sehingga wisel separuh masa pertama dihentikan.

Separuh masa kedua bersambung semula, SSFC memasukkan beberapa pemain gantian yang lebih baik untuk memantapkan setiap posisi SSFC. Penjaga gawang gantian SSFC, Shalahuddin digantikan dengan penjaga gawang pinjaman, Khairul Amry. SSFC berjaya mengawal permainan diseparuh masa kedua ini, beberapa siri percubaan dilakukan ke kubu UiTM FP. Antara peluang menarik ketika Firdaus Ghani melorongkan bola kepada Halimi Merun yang cuba merampas bola yang terlepas dari dakapan penjaga gawang mereka namun pengadil lebih awal meniup wisel kerana berlaku kekasaran.

SSFC sekali lagi mendapat peluang apabila, Talib Mansor melambungkan bola melepasi perangkap offside lalu dikejar oleh Razan namun sedikit jauh dari kawalannya. Perlawanan berkesudahan tanpa jaringan di separuh masa kedua ini. Pengadil banyak memberikan kelebihan kepada pasukan lawan. Banyak keputusan yang tidak telus oleh pengadil tersebut namun pemain SSFC cuba mengawal perasaan.

Perlawanan yang dilangsungkan secara 3 half ini telah digunakan dengan sebaik mungkin oleh pasukan SSFC untuk mencari kemenangan akibat keletihan pihak lawan. Perlawanan sedikit tegang dimana, pada minit ke-65, satu terjahan keras dari Nadzri Salleh disebelah kiri padang telah menimbulkan sedikit kekecohan apabila penjaga gawang UiTM FP cuba menjerit dan melepaskan amarah yang cuba dibalas oleh ketua pasukan SSFC, Zulham Mansor namun ditenangkan oleh para pemain kedua-dua pasukan.

Pengadil perlawanan, Gurjeet Singh dari Pakistan berjaya mengawal kekecohan tersebut dan hasilnya satu kad kuning telah dilayangkan malam tadi. Talib Mansor yang diletakkan sebagai Attacking Midfielder, sedikit sebanyak membuatkan pemain tersebut lebih bebas untuk mencari ruang kosong. Ini terbukti, dari satu serangan pada minit ke-71, bola dari larian kencang Azrul 'Messi' disebelah kanan berjaya membuat hantaran silang kedalam kotak penalti UiTM FP lalu dikejar oleh Talib Mansor(gambar kanan) yang menanduk cantik apabila membuat tandukan 'terbang' dihadapan gawang yang gagal ditangkap kemas bola lalu melantun dicelah kangkang panjaga gawang UiTM FP. Kedudukan permainan berubah 2-0.

Pecubaan demi percubaan dilakukan terutama dari sayap kiri, Mohd Qayyum juga sayap kanan, Ahmad Fais namun tersasar. Tidak ketinggalan beberapa percubaan jarak jauh dari Firdaus Ghani dan Razan gagal menemui sasaran. Gol ketiga muncul beberapa minit selepas jaringan kedua, apabila satu sepakan percuma yang diambil dari luar kotak penalti selepas Firdaus Ghani dikasari betul-betul dihadapan pengadil. Sepakan kemas yang diambil oleh Zulham Mansor, gagal didakap kemas oleh penjaga gol UiTM FP lalu berjaya disambar oleh Jefri Jani (gambar kiri)untuk menghasilkan gol ke-3 buat SSFC. Kedudukan kekal 3-0 sehingga tamat permainan.

"Saya amat berpuas hati dengan permainan kami terutama dibahagian tengah kerana bahagian tersebut terlalu rapuh jika diperhatikan beberapa perlawanan sebelum ini." Kata Zulham Mansor selaku ketua pasukan SSFC yang ditemuramah sejurus tamat perlawanan malam tadi.

Barisan pemain SSFC :
Khairul Amry(GK), Zulham Mansor, Shalahuddin, Halimi Merun, Syed Shairazi, Mohd Qayyum, Hisham, Nadzri Salleh, Razan, Azrul 'Messi' Zamahuri, Ahmad Fais Misbah, Firdaus Ghani, Talib Mansor, Mohd Ariff, Jefri Jani


Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!


PENA JPsel


p/s : TAHNIAH buat SSFC, jangan dibuai mimpi diatas segala pujian, teruskan usaha kerana 'kita' ada misi PENTING di Tour D' Kelantan nanti... :)


No comments: