FAN SSFC

Wednesday, June 1, 2011

Kemenangan Ibarat Final!!

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Moga anda semua berada dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa. Seperti biasa, bertemu kita sekali lagi dan hari ini kita menunggu laporan berkaitan perlawanan semalam. Laporan telah disediakan :



KELANA JAYA, Petaling Jaya - Semalam telah diadakan perlawanan persahabatan diantara MBPJ-G27 menentang SSFc. Perlawanan telah diadakan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada sebelah malam.

Ibarat perlawanan akhir(champion league) ini, telah berakhir dengan kemenangan berpihak pada pasukan SSFc dengan 3-2. SSFc menurunkan beberapa pemain utamanya untuk menghadapi pasukan lawan yang lebih berpengalaman. Pasukan MBPJ-G27 terlebih dahulu membuka jaringan di separuh masa pertama apabila penyerang utama mereka, Azlan Johar mudah menolak masuk menewaskan penjaga gawang SSFc, Mohd Rafiqie. pada minit ke-23. Sekali lagi Rafiqie tertewas apabila serangan pantas pasukan lawan mudah menolak lemah untuk mendahului 2-0 pada minit ke-27. SSFc cuba menyerang balas apabila penyerang SSFc, Jefri Jani yang mudah menggelecek penjaga gawang lalu menolak lemah namun bola hanya melintasi gawang lawan.

SSFc tanpa pertahanan utama yang juga ketua pasukan, Zulham Mansor sedikit merencatkan permainan pasukan. Diseparuh masa kedua, SSFc menurunkan Azri Ismail bagi memperkuatkan pertahanan dan terbukti apabila SSFc tenang menyerap asakan selain beberapa percubaan berbahaya ke kubu pasukan lawan. Serangan demi serangan membuahkan hasil apabila SSFc berjaya menjaringkan gol untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-36, Lurifas mudah melepasi perangkap '
offside' untuk kedudukan 1-2. Banyak percubaan dari pemain SSFc di separuh masa kedua ini selain beberapa larian yang berjaya memerangkap lawan namun SSFc gagal menambah jaringan.

Permainan bersambung di separuh masa ketiga, SSFc melancarkan serangan dan cuba menyerap asakan lawan yang lebih banyak mengawal permainan. SSFc meletakkan harapan kepada penjaga gawang muda, Rizal Zaaba yang tidak mengecewakan apabila berjaya mempertahankan gawang dari ditembusi. Pertahanan MBPJ-G27 yang terlalu yakin ketika mengawal permainan memakan diri apabila asakan pemain SSFc mudah merampas bola lalu singgah di kaki Jefri Jani(gambar kanan) yang mudah menggelecek penjaga gawang lawan untuk mengikat kedudukan 2-2.

Pengurus SSFc mengatur beberapa strategi pasukan dengan menggantikan beberapa pemain untuk memperkuatkan posisi. Akhirnya jaringan yang dicari SSFc terhasil apabila satu umpanan dari tengah padang berjaya dikejar oleh Ayon yang melepasi perangkap '
offside' hanya berdepan penjaga gawang lalu mudah menolak untuk SSFc mendahului pada minit ke-84. MBPJ-G27 cuba menyerang balas untuk mengikat kedudukan namun gagal disudahkan dengan baik apabila pemain SSFc sedaya upaya menyerap asakan untuk mengekalkan kemenangan 3-2 buat SSFC.

"Pemain menunjukkan komitmen tinggi selain cuba menyerap asakan lawan yang lebih banyak mengawal permainan serta hantaran-hantaran pantas. Banyak peluang terhidang namun tidak di manfaatkan sebaik mungkin. Apapun tahniah buat semua pemain yang memberi komitmen tinggi." Kata ketua pasukan yang hadir memberi sokongan kepada SSFc.


Ini kemenangan yang ke-9 SSFc musim ini daripada 16 perlawanan yang dihadapi. Tahniah atas kerjasama sepasukan. Tingkatkan mutu permainan pada pertemuan akan datang. Sekian ulasan hari ini untuk perlawanan semalam.Tahniah sekali lagi buat SSFc dan diharap tidak lena dibuai kemenangan. Bersiap untuk perlawanan mendatang.



Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFc!!!




PENA JPsel

p/s : 'injured' semula selepas sebulan beraksi semula...tahniah SSFc untuk game semalam.. :)

No comments: