FAN SSFC

Monday, May 23, 2011

Mengekalkan Rentak Kemenangan

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Diharap semua sentiasa berada dalam keadaan baik hendaknya. Disini disampaikan sedikit info berkaitan perlawanan menentang Pejabat Operasi Kajang(p.o) pada sabtu lepas. Laporan telah disediakan :

BANGI,Agro Bank - Bertempat di padang Agro Bank Bangi, telah diadakan satu perlawanan persahabatan pada hari Sabtu(21/05/2011) diantara SSFC bertemu pasukan dari Pejab
at Operasi Kajang(p.o). Perlawanan yang diadakan pada sebelah pagi itu, telah berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik. SSFC telah menurunkan beberapa pemain utama serta menyenaraikan seorang pemain baru yang telah mengikat kontrak bersama SSFC iaitu Mohd Firdaus Ghani(gambar kanan) yang akan bersama SSFC selepas ini.

Pada separuh masa pertama, SSFC lebih banyak mengawal dan mengasak ke kubu pasukan p.o. Pasukan p.o juga sesekali mengasak kubu SSFC yang dikawal oleh penjaga gol muda, Rizal Zaaba serta dibantu pertahanan tengah Zulham Mansor dan Azri serta Mohd Faizal dan Wan Faizal masing-masing pertahanan kanan dan kiri. SSFC meletakkan Zaizullyadi bergandingan bersama Shahrizal dibahagian serangan. Dibahagian tengah dikemudi oleh Jefri Jani bersama Ridzwan Razali.Manakala Hashim diletakkan disebelah kiri bersama Azrul di sebelah kanan.Namun tiada jaringan yang dihasilkan,keputusan terikat 0-0 diseparuh masa pertama.

Perlawanan bersambung lagi diseparuh masa kedua, dimana kedua-dua pasukan cuba menukar beberapa pemain dan juga mengatur strategi pasukan. SSFC mengantikan Jafri Jani ke bahagian serangan dan dibantu pemain baru SSFC,Mohd Firdaus bersama Nik Norul untuk mengemudi bahagian tengah SSFC. Hashim telah diganti dengan Wan Fauzi manakala Hisham dan Razan mengemudi pertahanan kiri dan sayap kiri.SSFC menguasai penuh bola pad
a separuh masa tersebut dan akhirnya memperolehi gol awal yang berpunca dari hantaran-hantaran pendek dari sebelah kiri sebelum singgah kepada Firdaus yang berada luar kotak penalti lalu membuat rembatan ke arah kanan gawang menewaskan penjaga gawang kedua p.o untuk mendahului 1-0 pada minit ke-33. Penampilan pertama, jaringan pertama buat Firdaus.

Asakan demi asakan dari SS
FC sekali lagi membuahkan hasil apabila berlaku sedikit kucar-kacir didalam kawasan p.o lalu terkena tangan salah seorang pemain p.o dan pengadil tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-45 kepada SSFC. Ketua pasukan,Zulham Mansor(gambar kiri) tenang menolak masuk ke kanan gawang p.o untuk mendahului. Berlaku sedikit ketegangan di separuh masa kedua ini dimana Zulham Mansor dan Mohd Shalahudin masing-masing telah dilayangkan kad kuning.

Separuh masa ketiga bersambung, pasukan SSFC tenang mengawal dan menguasai bola disetiap posisi. Sehingga minit ke-65, Azrul(gambar kanan) mudah berlari masuk dari sebelah kiri pasukan p.o sebelum menolak bola menewaskan penjaga gawang ketiga pasukan p.o. Kedudukan terus didahului SSFC dengan 3-0. Pasukan p.o kurang mengasak ke kubu SSFC dimana penjaga gawang SSFC, lebih banyak berehat dan tidak terlalu diasak.

Ketiadaan beberapa pemain SSFC seperti Ahmad Fais, Talib Mansor, Mohd Rafiqie, Rizuan Ghani,Halimi, Sayed, Nadzri serta beberapa lagi tidak menghadirkan kekurangan kepada pasukan yang berjaya menundukkan pasukan p.o tiga gol tanpa balas.

Terdapat sedikit kekurangan dibahagian serangan SSFC. Kurang ketajaman ketika sering mendapat peluang perlu dipertingkatkan agar pasukan mendapat lebih banyak gol. Pujian harus diberikan kepada pertahanan yang berjaya mengawal baik keseluruhan perlawanan serta mengurangkan tekanan setiap kali diasak.

"Kelemahan kawalan bola masih ketara, itu basic dalam permainan dan pemain harus berlatih terutama ketika latihan supaya kesilapan-kesilapan mudah ini tidak berlaku lagi."kata ketua pasukan SSFC.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!


SENARAI PEMAIN :
Rizal Zaaba, Zulham Mansor, Azri, Mohd Faizal, Wan Faizal, Mohd Qayyum, Saiful, Hisham, Azrul, Hashim Rejab, Ridzwan Razali, Jefri Jani, Shahrizal Alias, Zaizullyadi Yasti,Wan Fauzi, Nik Norul Hidayat, Faris



PENA JPsel


p/s : Perlu memperkemaskan jentera serangan, keeper muda harus di uji lebih banyak :)




No comments: