FAN SSFC

Thursday, May 5, 2011

Kekal Rekod Kemenangan

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Moga berada dalam keadaan baik hendaknya. Seperti yang kita sedia maklum, semalam telah berlangsungnya friendly match bagi pasukan SSFC di padang Mini Stadium, jadi disini saya sampaikan sedikit ulasan berkaitan perlawanan semalam :

SHAH ALAM - Semalam telah berlangsungnya perlawanan persahabatan membabitkan dua pasukan berjiran diantara SSFC menentang JP WPKL fc yang bertempat di Padang Mini Stadium, Shah Alam. Perlawanan ibarat adik-beradik telah berlangsung pada sebelah malam dalam keadaan cuaca yang baik ini memberikan SSFC rekod kemenangan bersih ke atas pasukan jiran, JP WPKL fc.

Separuh masa pertama permainan melihatkan rentak kedua-dua pasukan nampak seimbang. Beberapa serangan balas dilakukan kedua-dua pasukan terhadap kubu lawan masing-masing. SSFC mempunyai beberapa peluang namun kurang persefahaman telah menidakkan peluang SSFC. SSFC menurunkan Shahrizal Alias mengalas tugas penyerang bergandingan bersama Ahmad Fais. Serangan demi serangan dari pasukan SSFC telah membuahkan hasil apabila satu hantaran dari ketua pasukan, Zulham Mansor(gambar) pada minit ke-20 telah mengenai seorang pertahanan lawan lalu melambung ke gawang pasukan JP WPKL fc.

Beberapa minit kemudian, pasukan JP WPKL fc telah membuat serangan balas ke kubu SSFC sehingga di minit ke-29 penyerang JP WPKL fc hanya berdepan dengan penjaga gol SSFC, namun percubaan berbahaya dari penyerang JP WPKL fc berdaya dinafikan oleh kecekapan penjaga gol muda SSFC dan telah menyebabkan pertembungan keras yang menyebabkan penjaga gol SSFC, Mohd Rizal tercedera di kepala. Pertukaran sementara penjaga gol di ganti dengan Azri untuk menggalas posisi penjaga gol untuk separuh masa kedua.

Permainan berlangsung seterusnya di separuh masa kedua, pertukaran di semua posisi telah dilakukan bagi menguji setiap posisi dan persefahaman diantara pemain. SSFC telah berjaya mendapat beberapa peluang keemasan terutama larian Fauzi yang hanya berdepan dengan penjaga gol gagal menghasilkan gol pada minit ke-33. Begitu juga dengan peluang pada minit ke-37 dimana Zalzullyadi juga telah berjaya meloloskan diri dan hanya berdepan dengan penjaga gol, namun sepakan lemah berjaya ditangkis dengan mudah oleh penjaga gol. Pada minit ke-46, hantaran lambung cantik oleh Azrul gagal disambar dengan baik oleh Nazdri yang berada betul-betul di depan gol yang melihatkan penjaga gol JP WPKL fc telah tertewas.

Separuh masa ketiga, SSFC telah menyusun semula kesebelasan utama mereka dalam misi untuk menambah gol. Penjaga gol, Azri telah diganti dengan penjaga gol utama SSFC, Mohd Rafiqie dan telah mengandingkan Mohd Jefri dan Ahmad Fais di bahagian serangan. Di bahagian tengah, gandingan Khairul Zaman dan Ridzwan Razali, manakala Azri dan Zulham Mansur di bahagian pertahanan bersama Afzahari dan Mohd Qayyum. Pertukaran ini juga telah membuahkan hasil apabila SSFC kerap kali melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan dan hasilnya pada minit ke-64, percubaan Khairul Zaman(gambar kiri) telah memerangkap
penjaga gol lawan melalui sepakan lambun
g cantik lalu menuju ke gawang. SSFC mendapat gol pada minit ke-67 apabila umpanan Khairul Zaman disambar oleh Ahmad Fais namun jaringan tersebut tidak dikira kerana Fais berada dalam kedudukan offside. Namun, Ahmad Fais(gambar kanan) sekali lagi mencipta nama sebagai penjaring pada minit ke-73 apabila menolak mudah hantaran dari Khairul Zaman dihadapan pintu gol JP WPKL fc.

Keputusan perlawanan kekal 3-0 sehingga wisel penamat ditiup oleh Rajan,penga
dil perlawanan malam tersebut, Pemain SSFC mempertahankan rekod kemenangan di tempat sendiri menentang pasukan berjiran selain menunjukkan kualiti permainan yang baik namun pelbagai aspek perlu dipelbaiki terutama kurang komunikasi antara pemain menjadikan perlawanan malam tadi berlaku banyak perebutan sesama sendiri. Mutu pengadilan juga tidak memuaskan pada malam itu dan terdapat beberapa keputusan yang kurang tepat terutama jaringan Ahmad Fais yang dikatakan berada dalam kedudukan offside dan juga beberapa peluang yang dibatalkan oleh pengadil dan ini juga menjadi punca bagi SSFC untuk meraih jaringan yang lebih besar.

"Apapun, ucapan tahniah kepada pemain-pemain SSFC kerana berjaya bermain baik serta mempertahankan rekod kemenangan dan diharap keadaan ini akan berterusan pada masa-masa akan datang." Kata pengurus pasukan SSFC.

Setakat ini sahaja ulasan saya untuk kali ini dan sekali lagi, ucapan tahniah buat pasukan SSFC atas kemenangan pada malam tadi yang juga perlawanan yang ke-12 musim ini. Diharap pemain akan lebih komited dan konsisten pada perlawanan-perlawanan akan datang.

Akhir kata dari saya, Majulah Sukan Untuk Negara juga SSFC!!!!



SENARAI PEMAIN :Rizal,Azri,Rafiqie,Zulham,Azman,Sayed Shairazi,Halimi,Hanif,Faris, Qayyum,
Ridzwan,
Ahmad Fais,Wan Faizal,Zaizullyadi,Ariff,Hisham,Jefri Jani,Mohd Hashim,Khairul Zaman,
Wan Fauzi,Shalahudin,Azrul,Sharizal Alias,Razan,Tuan Azrin



PENA JPsel

p/s : Ingin melihat SSFC menjaringkan 6 gol lebih dalam satu perlawanan :)

No comments: