FAN SSFC

Monday, May 23, 2011

Pengalaman Berguna Walau Tewas

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. diharap follower's semua berada dalam keadaan sihat sentiasa hendaknya. Disampaikan disini sedikit info berkaitan perlawanan semalam. Laporan telah disediakan :

SHAH ALAM, 23/05/2011 - Pasukan SSFC telah mengharungi perlawanan yang ke-14 mereka semalam menentang pasukan Polis dari Petaling Jaya(IPD PJ). Perlawanan yang berlangsung di Padang CCM Fertilizer, Padang Jawa itu yang bermula lewat petang semalam berkesudahan SSFC tewas 4-0.

Dengan ketiadaan pemain utama yang juga ketua pasukan Zulham Mansor sedikit merencatkan bahagian pertahanan SSFC yang sering kali diasak bertubi-tubi oleh pasukan lawan. SSFC seperti biasa menurunkan Rizal Zaaba selaku penjaga gawang, manakala pertahanan tengah pula adalah gandingan Zaman bersama dengan Hanif Hanan yang dibantu oleh Nik Norul dan Sayed. Mohd Firdaus mengemudi tengah SSFC bersama Jefi Jani bagi membantu jentera serangan SSFC yang diketuai oleh Ahmad Fais bersama Zaizullyadi. Manakala Mohd Faizal dan Tuan Azrin masing-masing dibahagian sayap.

Bagi perlawanan ini yang dikelaskan sedikit 'high level', sedikit sebanyak pujian harus diberikan kepada para pemain SSFC walaupun dibolos empat gol dan sering kali diasak bertali arus, namun SSFC masih mampu mengawal serta meloloskan diri ke kawasan lawan. Melihatkan SSFC pada perlawanan-perlawanan sebelum, perlawanan yang berlangsung semalam banyak memberi manafaat buat pasukan.

"Melihat kelibat lawan yang mempunyai stamina dan fizikal yang agak baik, kita mungkin akan menerima kekalahan teruk namun itu hanyalah ramalan awal dan apabila melihat kepada permainan SSFC hari ini(semalam), kita masih boleh melawan walaupun ada kekurangan berbanding pasukan lawan". Ulasan dari pengurusan pasukan.

Bermula separuh masa pertama, SSFC sering kali diasak oleh pasukan lawan dari pelbagai arah. Kecekapan penjaga gawang muda SSFC sedikit sebanyak menafikan sejumlah besar peluang jaringan dari pihak lawan. Namun, gawang SSFC bolos juga pada minit ke-20 apabila satu sepakan lemah dari pertahanan disambar oleh penyerang IPD PJ lalu mengawal laju ke arah gol sebelum menolak masuk jaringan pertama mereka.

Dua lagi jaringan berlaku pada separuh masa kedua. Jaringan kedua berpunca apabila larian pantas pemain lawan yang berjaya meloloskan diri dari pertahanan kanan SSFC lalu merembat tepat menewaskan penjaga gawang SSFC pada minit ke-38 untuk memperoleh gol kedua. Sekali lagi melalui gerakan yang hampir sama, IPD PJ berjaya memperoleh jaringan ketiga pada minit ke-42.SSFC menggantikan Mohd Qayyum dibahagian pertahanan kiri. Rizuan Ghani dimasukkan bergandingan dengan Mohd Firdaus. Manakala jentera serangan pula Razan bergandingan bersama Faries.

Diseparuh masa ketiga, SSFC membuat pertukaran pemain apabila menggantikan Azreel Ayob dipertahanan kanan dan Saiful di pertahanan tengah. IPD PJ berjaya mencetak jaringan di minit-minit akhir perlawanan apabila penyerang mereka pantas melepasi offside dari tengah padang lalu mudah berhadapan penjaga gawang SSFC untuk kedudukan kekal 4-0.

Apapun, semangat juang pemain harus dipuji. Mereka menunjukkan komitmen tinggi berlawan dengan pasukan yang lebih baik. Sekurang-kurangnya SSFC masih boleh melawan dan tidaklah seteruk seawal pembabitan dahulu.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!


SENARAI PEMAIN :
Rizal Zaaba, Hanif Hanan, Zaman, Nik Norul, Sayed Shairazi, Mohd Faizal, Tuan Azrin, Mohd Firdaus,Jefri Jani, Rizuan Ghani, Ahmad Fais, Zaizullyadi, Wan Fauzi, Saiful, Azreel Ayob, Azrul,Faries, Mohd Qayyum



PENA JPsel


p/s : Tabik kepada semua player SSFC, kesungguhan semalam membuktikan semangat SSFC :)

No comments: