FAN SSFC

Wednesday, May 4, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN HARI INI

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Diharap semua berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Baiklah, perlawanan seterusnya akan diadakan seperti berikut :-

SHAH ALAM - Seperti semua sedia maklum, perlawanan persahabatan pada malam ini akan mempertemukan pasukan tuan rumah, SSFC menentang pasukan jiran iaitu pasukan JP WPKL yang dijangka berlangsung sengit.

Perlawanan akan berlangsung di Padang Mini Stadium, Shah Alam jam 8 malam ini(rabu) bersamaan 04/05/2011. Diharap semua pemain akan tampil dengan semangat juang tinggi untuk meneruskan rentak kemenangan dengan pasukan jiran.

Perlawanan malam ini sekadar perlawanan persahabatan namun, mereka(JP WPKL) akan cuba sedaya upaya membalas kekalahan berturut dari SSFC dan mengharap kemenangan pertama mereka tercipta ke atas SSFC pada malam ini."kata Pengurus Pasukan SSFC".

Saksikan perlawanan secara langsung ini dan diharap, ramai dapat hadir untuk memberi sokongan dan semangat buat pasukan SSFC.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara juga SSFC!!!



PENA JPsel

p/s : Harap pemain fokus pada perlawanan malam ini, diharap juga tiada jaringan bolos :)

No comments: