FAN SSFC

Wednesday, May 4, 2011

ANUGERAH? Apa Kata Anda?

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Bertemu kita lagi diruangan jpselsoccer.blogspot.com ini bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pasukan SSFC. Berbalik pada tajuk kali ini, saya ingin post kan sedikit info berkaitan dan diharap juga posting kali ini mendapat maklum balas dan idea bernas dari semua follower's sekalian.

Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah, berkaitan dengan dua komen/cadangan yang saya terima iaitu "MEWUJUDKAN ANUGERAH" bagi pemain-pemain dalam pasukan
SSFC ini. Anugerah ini khususnya bagi Penjaring Terbanyak dan juga Pemain Terbaik Tahunan. Ianya sekadar memberi semangat kepada pemain-pemain dalam mengharungi perlawanan-perlawanan yang mendatang.

Disini saya post kan dua komen/cadangan yang telah saya terima untuk kita menilai bersama-sama, samada ianya mampu dilaksanakan serta melihat dari pelbagai aspek bagi manjayakannya. Antara komen/cadangan adalah seperti berikut :-

Komen 1:
ANUGERAH KASUT EMAS 2011 PERLU DIADAKAN. BARULAH PARA PEMAIN BERLUMBA2 UNTUK MENJARINGKAN GOL. TAPI AWAS! JANGAN TAMAK, PASSING PADA
KAWAN JIKA SITUASI KAWAN LEBIH BERPELUANG TINGGI UNTUK SCORE. ANUGERAH LAIN SEPERTI PEMAIN TERBAIK TAHUNAN PUN PERLU JUGA. SEMUA INI UNTUK MENAIKKAN SEMANGAT DAN MENDAPAT KOMITMEN TINGGI PARA PEMAIN.TQ

Komen 2:
TENTANG ANUGERAH KASUT EMAS 2011 ADALAH IDEA YANG BERNAS BAGI MENAIKKAN MUTU PERLAWANAN KITA. BAGI MERIALISASIKAN IMPIAN DAN IDEA BERKENAAN, SAYA SUDI MEMBERIKAN SUMBANGAN SEBANYAK RM 200.00 BAGI PEMAIN YANG TELAH MENJARINGKAN GOL TERBANYAK. DIHARAP DENGAN ADANYA SUMBANGAN INI DAPATLAH KIRANYA PARA PEMAIN STATISTIK SELANGOR FC BERMAIN PENUH SEMANGAT. MUNGKIN DILAIN WAKTU KITA AKAN ADAKAN ANUGERAH PENJAGA GOL, PERTAHANAN, PENYERANG TERBAIK PULA. MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.

Bagi saya, ini memang satu idea bernas dan terima kasih kepada mereka yang tela
h memberi idea ini. Cuma beberapa perkara yang perlu diambil kira terutama bagi penganugerahan Pemain Tahunan Terbaik. Pelbagai aspek perlu dinilai supaya ketelusan penganugerahan ini berlaku secara adil dan saksama. Dan antara aspek yang perlu diambil kira adalah :

1) Kreteria atau ciri-ciri Pemain Terbaik?
2) Disiplin dan semangat dalam berpasukan?
3) Siapa yang memilih/hakim untuk menentukan keputusan yang dibuat?

Mungkin follower's sekalian dapat menokok tambah idea-idea lain atau aspek-aspek berkaitan penganugerahan ini bagi merealisasikan impian dalam mewujudkan anugerah ini. Bagi saya, kita dahulukan dengan penganugerahan bagi Penjaring Terbanyak dan Pemain Tahunan Terbaik dahulu dan jika i
anya berjaya, mungkin kita akan wujudkan lebih banyak anugerah pemain pemain seperti Pertahan Terbaik, Penjaga Gol atau Pemain Tengah Terbaik pada masa-masa akan datang. Apa Kata follower's semua?

Mungkinkah anugerah seperti ini akan wujud dan sedikit sebanyak memberi semangat buat pemain SSFC untuk lebih maju dan berdaya saing.






Anugerah Pemain

Tahunan Terbaik

(
sekadar gambar hiasan)


atau juga hadiah seperti ini akan membakar semangat para pemain SSFC. Cuma sekadar suka-suka dan kita nantikan apa kata follower's semua nanti bagi mendapatkan maklum balas serta idea-idea bernas.


Anugerah Penjaring
Terbanyak
(sekadar
gambar hiasan
)


Sampai disini dulu penulisan saya kali ini, diharap akan ada pembaharuan dalam meningkatkan kualiti bagi pasukan SSFC pada masa akan datang. Insyaallah, jika ada kesempatan waktu akan saya post kan isu-isu lain diruangan ini.

Akhir kata dari saya, Majulah Sukan Untuk Negara dan Juga SSFC!!!

Sekian, terima kasih.


PENA JPsel

p/s : Teringin nak tambah koleksi trofi selepas ini :)

6 comments:

Anonymous said...

ANUGERAH PENJARING TERBANYAK - Mungkin mudah untuk mengiktiraf siapa penjaring terbanyak iaitu hanya berpandukan pada jumlah gol dijaringkan. Tapi bagaimana sekiranya ada lebih daripada seorang yg menjaringkan gol terbanyak? Jika cara 'world', yg assist lebih akan diiktiraf penjaring terbanyak. Tapi rasanya rekod tentang assist xde. So, mudah je..trofi kena buat lebih.

ANUGERAH PEMAIN TERBAIK TAHUNAN - Rasanya setiap yang bergelar pemain termasuk juga pengurus/jurulatih & AJK perlu mencalonkan 3 NAMA. 3 NAMA calon yang tertinggi akan dimaklumkan/dipaparkan dlm blog. So, semua pemain,pengurus,jlatih & AJK masing2 buat undian 1 daripada 3 calon tersebut. Kaedah undian tertakluk pada perbincangan.

T.Kasih...

p/s: just jadi pemerhati je..

KurengSkru said...

nie yang semangat nie....he he he.....kejor penjaring terbanyak jer yop...nok kejor pemain terbaik xda harapan...cadangan yang bagussss untuk memeriahkan lagi team kiter...lagi bagus bila nak sampaikan anugerah nie sok buatla majlis makan2 @ sebgai acara tahunan...Dinner ker....siap ade karaoke + joget lambak + minum2 ( coke sahaje )...ape yang aku mengarut nie....

SyEd ShyrAzi said...

aku setuju...bile ade anugerah gini..setiap pemain akan menjaga disiplin..mengambil inisiatif sendiri untuk tingkatkan stamina..dan menanam rase cinta kepada kelab kita ni...pastu,barulah team kita akan lebih sukses...

Red Doss said...

cadangan yg agak baik..klu utk pjaga tbaik x byk pilihan la nmpaknya..tp utk pnjaring tbyk nga pmain tbaik blh direalisasikn!

shahieza7972 said...

Den pun setuju dgn korang semua.cadangan utk semua anugerah tu bagus sambil kt makan2 malam+karaoke+aktiviti sampingan.saya akan cb merialisasikan impian anda.harap selepas nie makin ramai lg pemaian STATISTIK SELANGOR FC yg menonjol+komitmen+SAYANGKAN Pasukan Bola Sepak kita.AMIN

Anonymous said...

Idea ini memang patut direalisasikan. Lagipun inilah pengiktirafan yang ada untuk menghargai jasa pemain-pemain yang berkorban, penat dan lelah malah ada yang tercedera demi untuk SSFC. Perlawanan demi perlawanan tidak menjanjikan sebarang kejuaraan atau habuan, jadi pengiktirafan anugerah ini berbaloi untuk pemain kejarin.