FAN SSFC

Friday, May 20, 2011

Juara Baru Futsal Inter Unit Edisi Ke-3

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Harap sihat dan ceria sentiasa. Bertemu kita lagi di dalam ruangan kali ini untuk menyampaikan info berkaitan SSFC dan pada kali ini saya post kan mengenai perlawanan Futsal Inter Unit Edisi ke-3. Laporan telah disediakan :

SHAH ALAM, Selangor - Bertempat di Sport Planet, Seksyen 16 telah berlangsungnya Kejohanan Futsal Inter Unit bagi Edisi Ke-3. Penyertaan dari pasukan yang terlibat adalah seperti biasa iaitu Unit Pro+Rumah, Unit Harga, Unit Ekonomi. Manakala satu pasukan lagi diwakili dari Unit Admin tetapi telah ditukar kepada Unit Sambilan Ekonomi bagi memenuhi kuota pasukan yang bertanding iaitu sebanyak empat pasukan.

Seperti edisi-edisi yang lepas, perlawanan berlangsung mengikut format yang sama iaitu diadakan dua pusingan(6 perlawanan). Dan edisi kali telah dimenangi oleh pasukan dari Unit Ekonomi. Sekalung tahniah buat pasukan dari Unit Ekonomi(gambar kanan) atas kemenangan yang diraih pada petang semalam. Dan tahniah juga buat bekas juara edisi pertama, Unit Harga(gambar bawah) yang menjadi naib juara pada edisi kali ini. Manakala, juara bertahan bagi edisi ke-2 iaitu Unit Pro+Rumah tidak berjaya mempertahankan momentum mereka pada kali ini dimana hanya sekadar meraih tempat terakhir.

Serta jutaan terima kasih buat semua pemain yang terlibat samada secara langsung atau tidak bagi menjayakan kejohanan berprestij yang diadakan sebulan sekali ini.Perlawanan bagi edisi ke-4 akan diumumkan selepas ini oleh pihak penganjur. Penganjur yang terlibat adalah dari pasukan atau unit yang menjadi JUARA pada edisi sebelum. Ini bermakna penganjur pada edisi ke-4 akan diterajui oleh Unit ekonomi. Diharap kejohanan ini akan dapat diteruskan pada edisi-edisi akan datang serta diharap juga komitmen yang tinggi dari semua terutama pemain-pemain SSFC sendiri agar program ini dapat berjalan dengan jayanya.


Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!



PENA JPsel

p/s : Dapat gak merasa simpan sebulan piala :)

2 comments:

wan said...

gambar terkini sang juara blum dpr diupdate krn masalah teknikal...diarap kekawan sabar akan gambar tersebut...

shahieza7972 said...

juara untuk KINI dan SELAMANYA,hahahahaha