FAN SSFC

Wednesday, May 18, 2011

Futsal Inter Unit Edisi ke-3 KEMBALI

Salam 1 Malaysia dan salam sukan buat semua follower's sekalian. Bertemu kita lagi diruangan kali ini dan diharap anda semua berada dalam keadaan baik hendaknya. Disini disampaikan info berkaitan Perlawanan Futsal Inter Unit :

SHAH ALAM, Selangor - Perlawanan Futsal Inter Unit bagi Edisi ke-3 akan berlangsung pada petang esok(Khamis) jam 5:30 petang bertempat di Sport Planet, seksyen 16 Shah Alam.

Diharap pemain dapat hadir awal bagi memudahkan perlawanan berlangsung tepat pada masa dan juga kehadiran pemain semua dapat memeriahkan kejohanan tersebut.

Mampukah Unit Pro+Rumah mempertahankan kejuaraan kali ini setelah memenangi pada Edisi ke-2 yang lalu setelah merampas kejuaraan dari pasukan Unit Harga(Pemenang Edisi pertama). Dan diharap juga pemain dapat menunjukkan disiplin serta bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi. Elakkan pergaduhan sesama sendiri. Ini cuma perlawanan pemanas badan diantara rakan sepasukan sebelum menghadapi cabaran-cabaran akan datang

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara Juga SSFC!!!



PENA JPsel

p/s : Inilah masa untuk menguji keeper muda bakal keeper utama :)

4 comments:

SyEd ShyrAzi said...

kekuatan dan kelemahan setiap pasukan agak seimbang...beza hanya pada kesungguhan, keserasian dan kemampuan menangani tekanan...kami berazam tuk kembali bergelar juara...hehehe

KurengSkru said...

Bagilah team lain rasa jadi juara..aku akan main kaki kiri ptg nie...he he he

wan said...

team eco xkisah juara nie...dpt bg saingan pun ok...

Red Doss said...

semoga berjaya kepada team juara bertahan...